18 March 2009

Pagi-pagi kol ibu

Kalau boleh hari-hari nak tanya khabar ibu walaupun ibu hectic setiap hari kadang-kadang susah nak reach. Semoga cepat sehat ye ;)

Ok, hari ni aku nak tanya, kau pernah dengar tak pasal 10 muasofat? Takpun 10 sifat peribadi Muslim. Takpe, dah baca entry ni kira pernah dengar la kan.


list 1 hingga 10 tulah sifatnya. Tapi hari ni aku nak ambil part no 9 tu, sistematik urusannya, memandangkan ibu ceritakan sesuatu pagi-pagi buta tadi. Mengenai perancangan Israel laknatullah.

Biasanya kita biasa dengar pasal perancangan yahudi dan israel part menjatuhkan ummat Islam seperti hedonism, perang dan sebagainya. Macam yang video ni paparkan. Sape-sape yang serious nak tengok episode seterusnya dan rasa boleh manfaatkan videos tu sume, silalah bitau aku. Boleh aku pass kan DVD nya pada kamu, regardless near or far. Asalkan kau manfaatkan.

Ok, balik semula. Kita dah biasa dengar semua tu tentang perancangan jangka masa panjang diorang, bukan baru 10 tahun lepas diorang plan, malah dah beratus tahun dulu. Betapa sistematik gila ah. Ni semua sebab diorang ikut apa yang Qur'an ajarkan, tinggal lagi mereka tak taat kepada Allah. Itu je.

Kita ni orang Islam terbalik lak kot, taat Allah tapi tak nak ikut ajaran dalam Qur'an. Nak tepati masa pun susah inikan plak nak bersistematik dalam mengatur plan. Isk..

Tak hairan lah al-kaafirun lebih maju daripada Muslim, sebab kita sendiri terasa berada pada zon selesa. Rasa diri tu Muslim dah cukup. Quran terbentang depan mata, tak pandang. Pandai baca arabic text je. Tak pernah nak dalami maksud dia. Ok, ni aku marah diri sendiri, bukan kau, kau tak payah terasa sebab aku percaya kamu semua bagus-bagus belaka kan.

Ibu cerita pagi tadi, wanita-wanita Israel, once pergi klinik dan confirm pregnant, akan di daftar terus. Dan terus di haramkan segala makanan ringan dan tak berkhasiat. Hanya makan yang segar-segar macam kekacang, susu dan buah. Setiap ahri wajib buat 10 soalan matematik dan akan ada sumone yang semak jawapan. Sampailah hari dia melahirkan bayi barulah dia merdeka.

Wah wah wah. Sebab tulah anak orang ISrael kecik-kecik dah duk membilang gerabak kerata api. Ni yang kawan ibu kaji hidup diorang, if tak silap aku.

Ibu-ibu hari ni, dalam ummat Islam, aku tak pasti bagaimana cara mereka. Antara yang aku snagat ingat tentang didikan ibu, ibu meletakkan dalam kepala kami adik beradik bahawa makan 'junk food' itu salah, makan maggi itu salah. Ni time kitorang rebung lagilah.

Jadi bila kami membesar, kadang rasa nak makan, nanti bitau ibu, ibu belikan jugaklah, with limitation. Bila terasa nak maggi setahun sekali dua, akan bitau ibu, nanti ibu akan amik mee maggi tu dan alter terus jadi mee sehat :D

Bila makin dewasa, didikan tu dah dalam kepala, dah ade mind-setting 'junk food' itu tak bagus, maggi itu tak boleh makan. Jadi sekali sekala dalam setahun makan 'junk food' dan maggi, akan terasa dalam diri, aku buat benda salah.

Bukannya haram pun, cuma tak sehat kan benda-benda tuh. Hasil serapan minda time kecik membawa menyengat sampai besar. Ni yang aku rasa ibu bapa moden skang kena apply kat anak-anak kecik. Sebab bila dah besar, dah biasa makan 'junk food' dan sebagainya, time tu baru nak tegur, macam agak useless ah, sebab bukan dididik dari rebung.

Ni ape aku fikirlah. Kita bukan nak didik anak-anak supaya jadi anak yang cemerlang je, tapi kita nak didik anak-anak supaya bermanfaat kepada ummat Islam. Generasi mereka hari nilah yang akan mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Ok, aku cakap macam berhabuk je kan. Tapi ni dalam fikiran aku bila aku tengok anak-anak muda zaman sekarang. Bila duduk kat food court sambil tunggu makanan sambil perhati orang, bila kawan aku tegur aku tanya kenapa, aku akan jawab,

"takde pe, tengok remaja sekarang, rosaknya mereka."

Kau bayang jelah, subang kat telinga dan sebagainya. Padahal mak ayah ada sama jalan dengan anak. Aku tatau apa yang mak ayah diorang fikir sampai tak tegur anak-anak tu. Heh.

Itu yang aku cakap, kalau nak didik, didik sejak rebung, jangan kau tunggu dan jadi buluh baru nak didik. Time tu mereka dan ade serapan minda laen dah. Dan waktu tu kata-kata kau sebagai ayah dan mak macam agak masuk telinga kiri keluar telinga kanan...

Tapi kalau kau tersedar time anak dah besar, jangan risau, teruslah mendidik, kerana it's always better to be late than never. All the best.

wallahu'alam

update: Yosh sorry pasal salah eja and all, entry ini dibuat 10min sebelum berkejar ke kuliah :D

9 comments:

Anonymous said...

erm, pendidikan terbaik bermula dari rumah

sebenarnya tengah kaji keberkesanan home schooling...

btw, ada juga baca entry tentang cara jews besarkan anak2. kalu tak silap, bila dah sah pregnant, ibu2 start buat latihan matematik. bila masuk uni, dah start kursus usahawan, sbb tu diorang bley kuasai ekonomi...

3p4h said...

Oh btul2... Entri ni penah sya bca kt email. ttg cara didikan org2 israel. Mmg berkesan bl wat camni.

Itulah pentingnya tarbiyah.

Cuma kalo cara pentarbiyahan slh, alamatnya bis la..

p/s: Junk fud, not jump food. Ryte?

bawangmerah said...

my mom sgt lah sistematik. kadang2 bengang gak sebab tak trikut cara dia handle one thing. but im sure, lama-lama mesti sy kn biasa. tol tak kak?

*haah, time bace entri ni, dahi berkerut sikit. junk food or jump food?*
ke akak sengaje je tu....?

Anonymous said...

thanks for the sharing...
btw, u sounds like women yg da ade anak 2 3 org..hehe sori

Nuur Ailmi said...

hehe.. tulisan u tak berubah lor... :)

Anonymous said...

huish. dahsyat jugak ye cara didikan wanita2 israel yang mengandung. siap kena jawab soklan matematik.

thanks for the info ye as =)

diya teringat kata2 ustaz zaid masa ceramah motivasi kem diya baru ni. akhir zaman ni, banyak ibu2 yang melahirkan tuan nya. as faham kan. kalau jenis tak dengar kata tu, boleh tahan lagi. yang jenis berlagak bos dengan mak ayah tu, rasa nak pelangkung je makhluk tersebut. huh!

Hasbi said...

memang penting sangat peranan ibu bapa ni dalam mendidik anak mereka sejak kecil. Kalau didikan tu diberikan kepada anak2 sejak kecil yang berlandaskan agama, insyaAllah anak itu akan jadi khalifah Allah yang berguna. Amin.

zahidzuhri said...

Sama la kita...susah betul nak tukar diri ini..huhu...Iman tak sempurna lagi...

Dammit said...

Kita dah terbalik, taat Allah tapi tak nak ikut ajaran dalam Qur'an.

heh, simple tapi padat. sangat setuju