28 March 2009

Etika masuk lift

semua orang tahu kan lift tu ape?
semua pernah masuk lift kan?

Etika masuk lift:

Jika kau dari luar, bila lift terbuka, SILA lah bagi laluan kepada yang di dalam untuk keluar terlebih dahulu ye. Sangat tak ber etika bila kau dari luar dan kau serbu masuk ke dalam lift dan orang di dalam lift terpinga-pinga sebab tak dapat keluar.

Macam-macam gaya dah aku jumpa kes-kes begini. Ada yang siap terus terjah masuk dan terus tekan butang level berapa dia nak tuju (sambil tangan dia menghalang muka kami, jadi kami takleh gerak kena stay).
Bila die dah tekan butang, dan pandang kami, barulah terpacul soalan,

"Eh, nak keluar ke?"

Owh my, soalan paling tak relevan untuk ditanya bila kau nak masuk ift dan tengok ada orang di dalam, dan lift telah sampai di level 1 tika itu. Mestilah nak kelaur kalau dah di level SATU.

"Dah tu, ingat kitorang nak bersiar-siar?"
Heh tu dalam hati jelah kot.

Aku suka perhati je sikap manusia bila tunggu lift dan masuk keluar lift.

Bab nak keluar pulak, sila jangan main terjah aje keluar. Relax bro. Heh. tengok dulu kalau ada orang laen tengah bergerak nak keluar jugak, nak-nak kalau lift sempit. Bagi laluan kepada saudaramu, daripada korang berlaga bahu ke ape kan.

Baik kau tekan button hold lift terbuka, biarlah golongan yang kelam kabut ni setel dulu hal mereka. Dan memang kena tengok la jugak, berhati-hati dengan golongan yang main terjah je masuk lift tak pandang kiri kanan. Hehehehe.

Mintak maaf kalau kau terasa ;P

Sikap kau, cerminan siapa kau. Aku? Aku pun sedang perbaiki diri dalam pelbagai segi. Tolong betulkan aku teman, mana-mana yang kau nampak salah ;)

chowzz~~

11 comments:

Unknown said...

tak tahu nak cakap ape dah dengan orang2 yang dengan simple rule ni pun maseh nak kena ajar. adoi~

Nadiah Azli said...

yg nak berebut masuk lift tu, macam ada tempat duduk first class je bunyinye.

lainla kalau ktm tu kan. beratur je lebih. nak masuk tu still rempuh suka2 hati lagi.

mana la yg tak betulnya. kene ajar dari tadika kut. manners bersabar.

Ahmad Naeem said...

haih..

manusia manusia..

agaknya ni golongan orang2
yang tak pernah naik lif..

once dia nampak, dia naik raplah...
like dpt excitement and at the same time dpt anxiety attack..haha

sedar2 lah yang dlm smua benda pun kita mesti bersabaq...kan kan?

:)

As said...

szakif
:D
simple rule yang dipandang remeh

***

niealex
as rasa kan, depa takut pintu lift tu tertutup tak sempat masuk, itu yang berebut. Macam la takleh tekan button hold..heh.

***

AhmadN
betul kena bersabaq
al masalahnya depa nih orang yang sangat biasa naek lift. Heh!

Liyana said...

nasib baik sepanjang guna lif kat Kuantan ni tak pernah la lagi jumpa dengan manusia2 yang tak reti etika naik lif...
tapi masa tinggal kat KC dulu, manusia2 macam ni memang ramai...
hello, bagi la orang keluar dulu...
ni main rempuh nak masuk as if lif tu nanti gerak tinggalkan dorang...

*off topic...
yang saya selalu marah tu pasal naik bas...
dahle kadang2 main naik je, padahal orang kat dalam nak keluar...
pastu, takdenye nak queue...
mungkin boleh jadi n3 baru pula...
etika naik bas... (^_^)

shafiqrahman said...

naik tangga kan lebih sihat hehe ;p

tapi as kena naik lift tau as.

Mak Su said...

kalu masuk dlm lif jgn kentut.... huhuhu

As said...

Liyana
KOS dua tingkat je no prob..
heh
tapi KOM...hehe

hah etika nek bus best tuh ;)

***

shafiqrahman
abang, our lecturers (female) balik dr office petang2 depa lalu ikut tangga belakang tau! Dari tingkat lima depa turun tangga..wuhuu!

As takleh..naik 2-3 tingkat pun cam nak patah kaki.. ;)

***

Mak su
:P

Hasbi said...

hehe biasa la tu..tapi paling bengang pasal nak masuk train@ktm@lrt dan apa2 jelah.

abg bi punya la beralah sampai dekat 4 train stop, tak dapat2 nak masuk..adeh..baik sangat pun tak boleh gak..semua dah start pentingkan diri sendiri..

where's your manners?

3p4h said...

Kadang2 tak tgk nombor kt lif, dan dan je kluar. Bl da jln 2 3 langkah, arhggghhh!!! Salah level~

Sabar je la kne tggu lg... Hu5. Sadis


Papepn bl naik lif, bg org kluar dlu, jgn dok menonong masuk, truk kot~

j477 said...

tambahan etika dalam lift:
elakkan berbual kosong dan berbuat bising...