9 November 2008

kisah-kisah teladan aku. Do not try this at home.

Kisah 1

Mula-mula aku ingin tamatkan kisah saman semester ini, saman pertama.
Usai kertas Fiqah dan Etika dalam Islam 30 haribulan yang lepas, keluar sahaja dari Dewan Peperiksaan, aku mendapat panggilan daripada pihak pengurusan hostel menyatakan saman itu telah dibatalkan.

"Pesan kat kawan yang dah bayar, duit tak boleh dikembalikan."

Aku masih tidak mencari sebab kenapa, sebab cerita je pasal segala saman mesti teman-teman bengang dengan saman liar (nonsense).
Aku pulak bukan sengaja masih belum bayar saman tersebut, tidak menunggu ia dimansuhkan, tapi dek kerana dua sebab di bawah:
1. Aku asyik lupa aku perlu membayar saman.
2. Aku lupa di mana aku letakkan surat saman. (tau je tapi sengaja jadi lupa)

Dan bukan sebab aku rajin menunggu saman tersebut dimansuhkan. Tapi bersyukur itu wajib, ok!

Kisah 2

Sejak seminggu ini, aku hanya boleh optimasikan penggunaan tangan untuk menulis dalam peperiksaan hanya untuk sejam pertama sahaja, selebihnya aku terpaksa memaksa tangan menulis dengan kadar perlahan dan terhenti-henti.

Usai kertas Fizik Radiasi 2 Jumaat lepas, tika aku dan teman-teman menunggu lif untuk turun, tiba-tiba aku bersuara,

"Nak jumpa DDSA jap." dan berpaling pergi tika lif terbuka.

Kukuak pintu bilik beliau,

"Madam..." aku tidak terkata-kata.

"Yes, Hasanah. What happened?" Beliau pandang seraut wajah aku dan aku menatap beliau penuh makna.

Aku pasti beliau faham kenapa aku datang.

"Mdm, I got 3 consecutive papers starting today..could you please do something to ease my pain?"

Beliau tarik nafas dalam. Bangun dan cakap,

"Okay, come! But it is only will help you for a very short period."

Aku angguk, faham. Habis lama pun, sehari.

Setiap kali terapi, dengan beliau atau di hospital, aku pasti menangis kesakitan :) Kadang-kadang rasa fobia, tapi tanpa pengorbanan, tiada hasil. Itu pasti! Aku budak tough kan :D

Kisah 3

9 papers all out, serasa dalam mimpi!
Tinggal satu lagi paper keramat yang sangat keramat. Presentation esok agak menyeramkan kami semua, walaupun sebelum ini aku belum pernah rasa seram. Tapi dengan DDAA pasti seram ;P
Heh, sape yang tahu kenapa, baguslah.

Aku yakin sekarang majoriti sedang hadapi kertas-kertas akhir. Semua sedang berjuang menghabiskan peperiksaan. Namun, perjuangan tu takkan berakhir selagi mana jasad belum terpisah dengan ruh.

"Exam petang ni, tapi baca nota tak habis-habis lagi."
- Prof. Popia Elektrik

Dalam kajian aku menyatakan bahawa, tidak kira berapa lama masa yang diberi untuk mengulang kaji, namun pasti kamu takkan habis-habis baca nota selagi belum masuk dewan periksa. Heh!

Related entry: Berkenaan entri semalam

nota: DDSA (deputy dean students' affairs), beliau merangkap HOD (Head of Dept.) Physiotherapy. DDAA (deputy dean academic affairs).

1 comment:

Jepah said...

~~ kisah saman... mmg klakar... kitorang bro kene gak... ntah ape2 je... kesalahan yg x wat... huhh...

~~ no pain, no gain... =)

~~ jep ada 2 paper lg... huhuhu...