16 November 2008

Radiotherapy, kenapa kena buat berulang kali II

Pape hal, sila baca sini dulu
--> Radiotherapy, my perspective I

ok sambung dalam bahasa layman, supaya semua umat sejagat di negara2 berbahasa melayu faham, barulah bermakna sket ilmu. Pasal pasal pape pun, biasanya website English yang lebih informatif dan selesa baca. Haih.

layman = To put something in layman’s terms is to describe a complex or technical issue using words and terms that the average individual (someone without professional training in the subject area) can understand, so that they may comprehend the issue to some degree.

susah jugak nak susun kata jadi bahasa camni, lebey senang mengarang dalam exam, guna bahasa sains. heh~

-----------------------------------------------

ok, kenapa pesakit kanser yang menerima rawatan radiotherapy perlu datang berulang kali. Banyak pendapat berdasarkan bidang masing-masing dan di sini hanya diterangkan salah satu daripada sebab-sebab tersebut. Sebab ni je yang dipelajari selaku bukan pelajar perubatan, iaitu kaitan radiotherapy dan reoxygenation.

Reference: Eric J Hall (2000), Radiobiology for the Radiologist

Radiotherapy biasanya menggunakan radiation sama ada sinar X atau sinar gamma. Ada jugak sekarang dipanggil neutron radiotherapy, sebab bagi kesan yang lebih pada cancer cells. Maka side effects die lebih severe daripada conventional radiotherapy.

Untuk radiation memusnahkan human cells, oksigen mesti presence pada cells. Bila ada oksigen, barulah semua reactions boleh berlaku yang akhirnya membebaskan free radicals untuk memusnahkan cells.

Bila kepekatan oksigen meningkat, maka makin sensitif cells pada sinar radiasi. Ada patient, cancer cells die jenis yang memang macam takde langsung kepekatan oksigen (hypoxic cells), ini yang menyebabkan radiotherapy susah nak jadi efektif. Bila dah macam ni kita akan gunakan neutron radiotherapy.

figure1: reoxygenation

Gambar rajah kat atas ni, bulatan yang atas sekali belah kiri menunjukkan tumour cell yang mempunyai bahagian ber-oksigen (aerated --> gray) dan takde oksigen (hypoxic--> black). Lepas radiotherapy, aerated area akan musnah dan tinggal hypoxic area je yang seterusnya akan melalui proses reoxygenation (proses bg hypoxic cells untuk menghasilkan aerated area ada semula).

Untuk cell ade oksigen semula, kita akan mintak die balik dulu then datang semula pada tempoh masa tertentu. Proses tu akan berulang-ulang sampailah tumour cells terhapus sepenuhnya. Sebab tulah kena banyak kali buat radiotherapy, tak jadi pape jika buat sekali dua je. Faham takat tu?

Jadi, macam mana kita nak pastikan cell tu da ada oksigen semula?

Untuk sesetengah patient, kita akan implant-kan sejenis electrode kat tumour area untuk measure oxygen concentration. Ini digunakan sebelum rawatan. Tapi, hypoxic cells ni kadang2 jadi indikasi yang tumour tu makin aggresive sebenanrya. -_-"

Status oksigen dalam tumour cells, die tak static sentiasa berubah-ubah. Ada sesetengah tumour cells proses reoxygenation ni berlaku dengan rapid, dan ada yang tak. Jadi mereka simpulkan patient yang tak terkesan dengan rawatan radiotherapy adalah patient yang tumour cell-nya tak rapidly undergo reoxygenation.

ok, skang da faham kan kenapa kena berulang kali jalani rawatan radiotherapy daripada perspektif ni.

Macam mana pulak dengan side effect radiotherapy memandangkan sinar radiasi ni die bukan tau mana satu tumour cells mana satu normal cells. Die tibai je musnahkan semua sekali. Yang ni ada rumour mengatakan normal cell boleh repair semula tapi tumour cell takleh repair diri die, jadi sebab tu tak teruk kesan die pada manusia.

Tapi takpe, jangan berpegang lagi yang tu. Di lain siaran akan dikongsi pulak camane oncologist a.k.a therapeutic radiographer atasi masalah ni bersama-sama dengan doctor dan pharmacist. :D
------------------------------------------

Remember: Bukan semua benda doktor tahu, bukan semua benda pharmacist tahu dan seterusnya. Ia bergantung pada bidang masing-masing. Bila dah klasifikasikan betul-betul, kita akan nampak betapa limit-nya kerja-kerja doktor sebenarnya sebab sama level dengan doktor ada ramai healthcare personnel yang arif bidang masing-masing.

Nilah yang dipraktikkan di private hospitals. Masa nilah akan nampak indahnya teamwork dalam healthcare team jika semua kerja diberi pada yang berhak, yang lebih mengetahui bidang masing-masing. Sebab tu cam agak hampeh tengok citer house MD. Semua benda doktor buat dan sangat tak logik :D Jadi kalau macam tu, ape gunanya ada pegawai biomedic, biotech, radiographers etc..

Dalam House MD, apa yang healthcare personnel yang lain belajar selama 4 tahun semua doktor boleh buat, macam termasuk sekali 4 tahun tu dalam 5 tahun pembelajaran mereka, itu satu mind-setting yang tak bagus diserapkan oleh media kepada masyarakat yang memandang semua benda doktor je lebih tahu. Kat Malaysia ni jika klasifikasikan betul-betul bidang kerja dalam KKM (kementerian kesihatan Msia), takdelah penat sangat semua benda doktor kena buat. Aite?

Kat hospital kerajaan masih belum wujud jawatan radiographer U41 sebab my course pun KKM belum approve which means, I cannot work in government hospital yet. So do our seniors yang newly grad last April. They are all over Malaysia working in private sectors, be it as a lecturer in private colleges or radiographers in private hospitals. I'm looking forward for the accreditation from JPA (:

ok, jumpa lagi lain siaran pada waktu dan hari yang berlainan, tempat tetap sama ok!

yang benar,
penyampai radioIIUM.fm :D

7 comments:

Adlan said...

tiba2 jadi penyampai radio plak. nak join jugak boleh?

setuju psl citer HOUSE MD tu. memang la nampak mcm best je. tapi nama pun drama TV, kenela sensasi dan menarik. kalo tak tak dpt la menang award

Faisal Admar said...

dah try fresh lemon grass juice? ada scientific fact regarding lemon grass tak? :)

As said...

myadlan..
takleh la alan..penyampai radioIIUM.fm layak bagi pelajar radio IIUM je.
Alan leh jadi tukang sapu kot kat konti, nanti as rekemen :D

citer House MD tu akan lebih smart if die wujudkan watak2 healthcare laen duk dalam TEAM die. Wah sure gempak. Ade pakar radiology, ada pakar ubat, ada pegawai BIOmed cam dalam CSI. Huyoo...mesti admire amat ;)

As said...

faisal..nanti as carikan info pasal serai itu secara saintifik nya.

Walaubagaimana pun..seperti dalam entry ur blog, serai orang israel guna sejak lama dulu da. Dan negara2 europe memang import serai dr Msia untuk tujuan ubati kanser

asy said...

hi As
kt UK ive seen a good example of what u mentioned in this entry bout teamwork.Here regardless of the department,be it ENT,oncology,or psychiatry,they seem do do lots of multi diciplinary meeting(MDM meeting) to discuss the patient's cases involving almost every healthcare profesional u can imagine eg surgeons,doctors,radiologist,pathologist,nurses ,pharmacists,dietician,speech therapist and whoever else who has been and will be involved in the patient's care.
i was fascinated by how each of them giv their expert opinion about 1 single patient then they would reach a concencus of what is the best treatment plan for the patient.
im not sure how much this has been practiced in malaysia but i do share your hope that this kind of collaboration would be the way to go rather than relying too much on doctors.life is hard enough without having to read about neutrons :P

MNM said...

wow,

it's sure is fascinating.........

As said...

uniasy..
wonderful nye ur story :D
we've been talk a lot in YM abt dis i guess ;)

MNM..
which one? :D