Takziah buat teman seperjuangan sewaktu di zaman Golden Days sekolah dulu. Baru sahaja aku menatap wajah ayahmu di kaca TV, dikejutkan pula dengan berita kehilangan beliau.
Inilah hukum 'alam yang tidak pernah tidak setia, tidak pernah terpesong, kematian itu pasti. Dan semestinya tiada ganti, moga Allah beri keteguhan Iman dan kekuatan jiwa menempuh ujianNya, buatmu teman sekeluarga.
Teringat waktu dulu, walaupun beliau merupakan Pengarah Pelajaran Terengganu, namun jiwanya mekar dengan sifat seorang guru, sangat dekat dengan warga pendidik. Semua akan khusyu' mendengar ucapan beliau, dan beliau biasanya berucap tanpa teks!
Malah sewaktu menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, beliau tetap memberi ucapan berbentuk Power Point yang sangat jarang dilakukan menteri lain. Kata-kata beliau yang aku ingat hingga hari ini,
"saya bukan menteri, saya adalah guru. Guru mesti melakukan yang terbaik untuk memberi kefahaman dalam penyampaian.."
Moga ruh beliau dirahmati dan berada dalam golongan yang beriman..ameen
"Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion."
At Taubah: 185
Berita lanjut
11 comments:
Seperti pepatah Melayu lama "Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama". Walaupun ia lama tetapi benar.
Alangkah bahagianya jika kita pun boleh mengharumkan nama sendiri dan keluarga seperti beliau. Orang-orang yang ditinggalkan masih dapat mengingati bait-bait kata-kata dan ucapan beliau. Masih boleh menggunakan apa yang diajar beliau sebelum ini.
Sesungguhnya kita juga hendaklah mencari sesuatu yang kita boleh buat untuk berbakti pada rakyat, bangsa dan agama.
"Ask yourself what have you done to your country instead of ask what country has done for you"
Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.
al fatihah utk arwah. moga tenang di sana...
p/s-diya suka baca tafsiran ayat quran dlm bhs inggeris. terasa sgt meaningful gitu :) thanks for sharing ye as ;)
kite x tahu bile ajal kite...
Memang seronok mendengar ucapannya. Ada gaya pemidato terbaik.
dear faisal,
at least we do sumting for our religion, our ummah. yes i got ur point :) tqvm
***
dear diya,
tafseer quran in english lagi touching senanya :)
my pleasure to share, sharing is caring
***
dear jep,
exactly, fren!
***
Dear anuar mansor,
bapa borek anak rintik i think..
his 3rd son during our time, johan pdato peringkat negeri :)
his speech memang menrik semua orang untuk fokus :)
sedih sgt bile bc blog teman seperjuangan as tu. Mati itu sememangnya sentiasa menunggu kita.
kite slalu lupakan mati tapi mati tak pernah lupakan kita.
David Caracol disini;
yang pergi jadi teladan kita...
lepas ni ada pilihan raya kecil pulak lah...
tu lah. perkataan inggeris mcm agak tepat maksudnya. tambah2 lg klw paham bhs arab, lg lah terasa bila baca quran. dulu, ms blaja arab - kira paham lah sket2 beberapa perkataan. terasanya mmg sampai ke lubuk hati.blm lg paham sepenuhnya. :) skang, diya dh byk lupa bhs arab. tergagap2 bila si ali tanya, ma haza, kitabon, babon, maktabon, bagai2 lagik. alahai.
dear moon,
yup..as turut merasa bila baca kat blog amar.. :(
berat lagi yang memikul..
***
dear dammit yang macam chipsmore :P
zikrul maut..tp susah kan nak ingat dia..manusia rasa hidup belum puas lg..and seolah macam mati takkan datang..
every sul shall taste death
***
dear david caracol,
yup parlimen KT...
jadi teladan..ingatan..inshaAllah
***
dear diya,
yup2...Bi lg touching.
rasa seronok baca quran if faham..even sikit2 dan merangkak
heh, jangan bg ajaran sesat sudah kat Ali..hehe..sesat bersama2, menuju siratul mustaqim kemudiannya bersama2 juga inshaAllah :D
stkt ni budak tu tak sesat lg, sbb dia ada buku belajar arab. tu yg dia blh berlagak tanya bagai2 kat akak dia neh. ahaha
Post a Comment