18 November 2008

Teman, doakan :)


Walaupun aku sangat bosan mulanya sebab duduk sorang-sorang, tapi kehidupan macam sedikit lively bila jiran bilik sebelah datang visit. Dan malam semalam aku pergi room to room :D Diorang suka lepak depan bilik aku sebab ada sofa (:

Macam biasa masuk hospital, akan jadi macam member. Sementara aku masih boleh berjalan lagi sebelum terlantar selepas surgery ;) Sejak masuk, BP (tekanan darah) aku yang sedia rendah jadi makin turun makin turun makin turun.

"Adik jaga sape?"
Soklan fevret mereka. Aku senyum dan menyatakan hal sebenar.

"Adik sekolah kat mana?"

"sekolah kat uia.."sambil senyum lagi.

"Owh, ye ke..nampak macam budak2 lagi muka, macam Form 4 Form 5."

Ngah3..aku pun sume orang kat sini aku panggil akak :P

Kalau pergi tempat laen, sume orang suka panggil aku akak. Be it a petrol station, Watson, bookstore and etc. Lagi seronok bila dipanggil kakak, rasa selamat :D Tu petanda aku dah makin tua ah. Makin bertambah usia, walaupun masih young adult.

Bila dah masuk dunia adulthood ni, macam-macam yang lebih serious perlu difikirkan dengan lebih dalam. Bukan tidak difikir sewaktu remaja, cuma tidak mendalam. Kalau kau rasa kau dah masuk dunia adulthood dan masih bersuka-sukaan semata-mataan, kau perlu risau aku rasa.

"Bile tah nak pegi daftar mengundi ni." Aku cakap pada Mawar Merah.

"Eh??"

"Yelah, dah kena pergi daftar neh."

"a'ah la As. Kita dah bertanggungjawab pada negara dah skang." Ceh, ayat skema Mawar Merah tak-leh-blah. Hehe.

Kau dah daftar mengundi belum? Aku baru beberapa bulan layak, tapi cubaan untuk mendaftar masih gagal. Ape tah masalah pejabat pos tuh. Heh. Aku fikir umur 20 tahun dah boleh dibenarkan mengundi dah, rasanya tika itu sudah boleh berfikir dengan matang, mungkin. Sebab ia bergantung kepada individu itu sendiri.

Kau bertanggungjawab menentukan pimpinan dan hala tuju negara. Kalau sekarang bukan kau yang sama-sama berfikir mengenai negara baik dari segi ekonomi, politik, pembangunan dan sebagainya, maka jangan harap generasi muda sekarang mampu untuk menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.

Jika semua pemuda pemudi fikir untuk bersuka riang-ria-di-hari-raya pada hari ini, kamu semua nak tunggu sampai bila baru nak beratkan kepala dengan hal-hal orang dewasa? Jangan tunggu sampai kau kena gerakkan sesuatu, dan pada masa itu baru kau bertatih-tatih hendak belajar. Rugi! Rugi pada diri kau sendiri, dan negara pun rugi.

Owh aku macam agak emosi.

Dulu sewaktu zaman aku muda-muda (walaupun sekarang masih muda), aku biasa kembara seorang diri dengan besi-terbang (baca: airplane). Biasanya makcik pakcik akak yang duk sebelah suka sembang dengan aku yang kononnya masih kecik. Dan biasalah, aku jadi special sikit :D

Biasanya bila passenger boleh turun dari plane, aku tunggu dulu biar semua turun. Aku malas nak berebut dengan orang. Biasanya sape-sape yang seat sebelah aku akan cakap,
"bagus budak ni, tak pergi berebut turun pun, ni mesti sebab belajar luar dari Terengganu."

Owh, banyak lah. Boleh pulak sebabnya begitu. Padahal, aku memang sedia macam tu. Aku rasa kau pun sama. Buat apa susah-susah pergi sama-sama berserabut dengan orang yang nak turun. Kan? Aku rasa mereka yang pesimis sikit kot. Itu bukan bermakna aku bagus atau mereka yang turun cepat-cepat tak bagus. Entah-entah mereka ade kerja yang perlu cepat.

Ah, sudah. Apehal isu warded jadi isu lain neh. Heh.

Teman, jika kau baca ini. Walaupun aku tak bagitau kau directly, aku harap kau boleh doakan surgery aku berjalan dengan baik dan lancar. Aku agak risau keadaan aku selepas surgery, jadi kau doakan lah aku baik-baik aje okay?

nota: Aku tunggu dua budak kurus datang petang karang. Budak kurus satu, budak kurus dua.

18 comments:

Unknown said...

Budak kurus la sangat~ :P

Dah sms as :)

*tapi tak tentu lagi tau bila kurus dua balik.

As said...

yup2..hehe.

Kurus dua mesti berubah sket tona warna kulit die :D ngah3

Anonymous said...

All the best!

Amin Mansor said...

insyaAllah selamat surgery tu. Wish u luck

Anonymous said...

moga akak selamat...amin...

izzah said...

salam as..

all the best for ur surgery..insya'Allah semuanya baek2 je..

moga Allah mudahkan segala urusan..insya'Allah cepat sembuh.=D

ceria2 selalu.=)

AISHAH roslan said...

salam. semoga cepat sembuh. may Allah bless u dear. amin ...

cikEff said...

heh.
sori jadi paling ignoren.
i dah balik kelantan.
tak dibenarkan drive ke kuantan.
syafakillah.
tak ilang kerut sbb tertanya-tanya,
apa sbnarnya belaku?

Nuur Ailmi said...

take care

selamat sembuh

moga sentiasa di beri kekuatan...

Jepah said...

get well soon... =)

Raihan Mahmood said...

salam as..sowi sgt baru taw as operate =( baru buka email... ore doakan as sihat sokmo...=)

Master J said...

sorry sgt as i couldn't come....smpi ktn kul5-6 mcm 2...i had to blik immediately...sorry sgt2 eh...how wuz it?

izzahismail said...

akak,
looking forward to see you healthy again ;)
heheh..

Anonymous said...

Salam as... Doa sokmo. Insyallah dpermudah segala mslh... Innallaha maas sobirin...

Anonymous said...

owh. diya cuma suka LELAKI panggil diya "kakak". kalau akk2 yg lebih tua [bajet muda], panggey diya "akak" - mmg nak kena sumpah [dlm hati jelah,hehe].

p/s-take care as... moga Allah permudahkan :)

As said...

tatau nak reply camne sekaligus to each of u guys :D

CUma, atas do'a dan harapan serta pesanan,

ARIGATO, FRENS!

MAy Allah pay u back, ameen

Zeghie said...

First time singgah.
Ari2 ckp x nk msj mase cuti,
so, bg la comment.
Rase th sp Mawar Mrah 2.
Password laptop die 662592 kn, kn?
Skarang ni suke ngembara ngan besi ngan 4 roda n 4 no 5 kn?kn? Pas2 suke culik bdak llaki. Sian bdak 2.Huhuhu

As said...

dear zeghie,
hey kamu tak lupa ye my words.. :D
Mawar Merah yang as sebut dalam entry betullah spt yang kamu describe.
Tapi Mawar Merah yang komen in my blog is not her, it is another person ye zeghie :D

Skang ni dah tak mampu mengembara ngan besi 4 roda dan 4 number lima tu lagi dah, disable sekejap.

Budak yang salu kena culik tuh, harap maaf lah, Allah je boleh balas kat dia ;) tqvm


kamu ni..lawak la..adei :)