8 November 2008

Exam, so aktiviti kena stop?

Aku tak rasa kalau exam, aktiviti lain kena stop, atau slow down.

Ini yang aku fikir dan amalkan ah.

Yang pasti ada satu benda kena increase, revision rate.

Aku exam, tapi aku still keluar berfoya-foya. Aku exam, tapi masih update blog. Aku exam, tapi masih rapid jenguk hospital. Aku dan dia berkongsi satu pemikiran yang sama, kami akan keluar bila ada masa yang kami fikir, duduk kat bilik pun belum tentu revise. Waktu-waktu tertentulah, regardless esok exam atau tak.

Perhatian, tak hairan kalau aku ada 5-6 subjek je untuk exam kalau aku buat camni. Tapi 10 subjek. Hari ni pun dah yang ke-8. Macam mimpi je dah habis 8, ni pun aku baru kira dalam exam hall tadi. Hari ni pun Mawar Merah cakap aku mabuk tarikh dan hari. Aku cuma ingat bile aku kena pergi exam, bukan tarikh dan hari :D

"Hari ni Sabtu lah." Candlesky.

"Eh, hari ni Jumaat la." As Bob.

"Sabtu la As." Mawar Merah.

"Dah tu kenapa dekat calendar hari ni 7th dan hari jumaat." As Bob.

"Memangla, sebab hari ni 8th. Calendar tu da betul dah." Candlesky.

Aku blur.

"Awak ni mabuk hari la As." Mawar Merah.

Haha. Sampai masuk exam hall aku masih blur. Berjalan masuk menuju ke tempat biasa. Pastu cuak tengok atas meja semua orang ada 4 answer books yang berlainan warna.

"Ya Allah, banyaknya essay. Microb je pun.." Aku terdengar ramai cakap camtu. Boleh predict.

Erm, sila jawab jelah. Kan?

:D

8 comments:

Jepah said...

hahaha... jwb microb dgn linangan air mata td... tereer tol as leh kuar awal...
uwaaa....

it's jenn. said...

terernyaaaaaaaaaaa as hehe

zarseries said...

kalau zar la..
time exam.. 1 benda je kena slow down....
TIDO!
huhu...

Adlan said...

nampaknya dalam 3 minggu exaam ni, makin ramai plak rajin update blog.. bagus gak takde la terbiar je bersawang..

tapi selalu examku abis awal. best gak dpt balik umah awal..

As said...

jep and jenny..dua2 as nak lekuk :D

zAr...tu dasyat ah. Exam mesti tido ke...confused..hehe

adlan..alan, mana ada makin rajin, tapi masih pada rate yang sama ah :D

Jepah said...

lekuk arr...

Anonymous said...

Salam As, mujurlah paper wrna wrni as ada 4, yg sya ni dpt 5! Mmg shock gile msa 2... Xsangka sbjek yg 1 kredit smpai cam 2 skali?

p/s: Siumankah ini?

Jepah said...

eh, epah... mmg ade 5 kaler paper, pun,kan??? =p