28 December 2011

Offer suami.


KISAH BUNGA

Semua tau atas ni gambaq Ros Merah. Ramai gadis suka. Gambar ni shoot exactly lepas final exam King of the Finals April lepas. Memang suka beli bunga segar kat bandar tempat belajar tu letak dalam bekas bersama air. Alang dah ada, ambil dan shoot saja.

Untuk entri special kali ni, pergi belek gambar-gambar bunga yang tersimpan rapi edit sket buh sini. Sebab terkaitnya dengan insan istimewa, wanita.

MENYIAPKAN DIRI - OFFER SUAMI

Kisah ini kisah benar takdak fiksi-fiksi. Original made in Malaysia. Nama jelah tukaq. Haila, tau tau ambe orang Ganu tapi awat lah keluaq Kedah kekadang. Ada family members origin utagha memang stay rumah ni. Jadi melekat lah jugak sikit-sikit. Lagipun memang bahasa ruji jugak dengan kekawan mixed mode.

Alkisah Sarah hadir sama satu sharing moment sisters dengan beberapa masyaikh yang dihormati. Sesi sisters nak tanya apa-apa nasihat pandangan daripada para syeikh. Dalam duk dengaq orang tanya pelbagai soalan, tiba-tiba keluarlah seorang sisters tanya satu soalan yang buatkan jiwa Sarah bergetar memuji nama Tuhan beliau, Allah.

Oh, why?

Sister ni adalah bagi intro, ayat dia lagu nih,

"Syeikh, currently many of our sisters still not married and they have a great akhlaq, subhanallah."

Sarah pasang telinga lagi, ak-maklum bahasa penjajah bukan lidah-mak.

"Alhamdulillah I am already married. Subhanallah, my husband is caring, loving, strong and trustworthy."

Sebenaqnya ada beberapa lagi karakter suami dia yang dia describe tapi Sarah dah lupa!

"I am having wonderful times and I would love my other sisters to share the happiness. I want my other sister to be protected too, dignified and being loved by a good man."

Lidah Sarah takdak apa dah, tapi memang terpantul dengan jelas perkataan puji-pujian buat Tuhan beliau. How on earth does a super sincere heart ever existed? Well at least dalam zaman akhir nak kiamat nih, sukar mahu cari wanita muda yang kelihatan biasa-biasa sahaja nak offer suami penyayang dia untuk dikongsi dengan saudaranya yang lain.

Pergh.

Itulah kata hati Sarah yang sedikit terpana dengan soalan istimewa tersebut. Sebelum Sarah dah duduk mengelamun tu, sister tersebut menghabiskan ayat beliau yang berserta soalan utama.

"I would like to share my husband. Dear syeikh, may you advice me on how to prepare myself for polygamy."

Of course memula syeikh menzahirkan rasa kagum dia pada sister tersebut. Antara yang lainnya Sarah rasa part penting adalah syeikh sentuh pasal satu hadith femes ni. None of you [truly] believes until he loves for his brother that which he loves for himself [Bukhari No 13, Muslim No 45]. Ulama' have said based upon this hadith that the believer with another believer is like a single soul, and so it is desired that he loves for him that which he loves for himself, since they are as though a single soul. Tulah yang Sarah teringat secara skemanya. Heheh.

Sebab selalunya in English tu lebih best. Ni apa yang Sarah fikir lah!

Dalam komen-komen syeikh, beliau ada mention pasal jelousy jugaklah. Heh. Since syeikh cerita wanita memang terkait dengan sifat itu. Dan kisah-kisah daripada sirah of course! Ce teka pasal sape? *sambil senyum sorang*

Sarah time tu dia takdak terfikir dah pasal dia, cuma dia super kagum dengan sister tersebut. Daripada apa yang dia nampak dan dengar lah. Lain-lain dia tak ambil pusing. Dan dia take this issue sebagai satu pengajaran yang cunG! Kemuliaan hati seorang Mukmin. Menginginkan apa yang diinginkan hatinya buat saudaranya.

Untuk wanita, part ni antara paling sensitif issue. Lain orang lain pulak isunya. Tepuk dada tanya iman, mampukah kita untuk wish for our brothers/sisters what we wish for ourselves. Mampukah. Mahukah. Semat azam as a start pun oke dah. At least dapat pahala azam. Ye dak?

TERAKHIR

Hah tetibe Sarah teringat satu entry tentang sahabat blog owner ni pasca nikah. Harapan dia nak tengok blog owner ni happy jugak macam dia. Nak baca? Kat sini, sila. Tapi ni Sarah nak pesan. InsyaAllah blog owner tu dah way stronger than before. ^_^

Berbalik kisah atas ni. So amacam?



19 comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

apa ya abah nak komen?
teringat peristiwa hijrah, ramai ansar yang offer sahabat, sanggup ceraikan isteri2 kesayangan demi sebuah ukhwah fi sabilillah...

adakah semua ini bermakna di zaman moden ini? abah pernah diuji dgn mcm2 perkara berkaitan 'keyakinan' dalam entry yg as kongsikan ini.

anehnya cabaran bukan dari dalam, tetapi daripada insan yang tak ada kena mengena, peminat cerita ratapan si anak tiri.

hanya muthu mengenal maniam.

WA

Anonymous one said...

Semoga niat baik sarah di permudahkan Allah. ehem2 sarah dah ada calon ke?

As said...

AHP

Aa As faham semua yang abah cakap.
Dan As paling suka part muthu dan maniam. :D

***

AO

Aaa kakak, Sarah memang dah kahwin. Dia muda belia. Dan dia nak share happiness dia dengan sister yang lain sama. :)
Mulia kan hati dia...

Anonymous one said...

OOoOOO. nak share baguslah, kadang kala bila tengok kawan-kawan bercinta siap-siap bagi amaran yang nanti kahwin xnak berpoligami sanggup di ceriakan. Wallahualam. bagi kakak ni jenis tak suka fikir so tak fikir cumanya kita tak boleh menghalang ketentuan Allah. Dan ramai yang masih salah faham terhadap poligami.. Suami bukanlah hak milik mutlak.. Ingat kalau tak poligami pun belum tentu bahagia.

Dan kalau poligami pun belum tentu menderita. Masyarakat Malaysia ni terlalu banyak stigma.

Senang cerita suami hak Milik Allah, bila-bila masa Allah boleh tarik tiada apa yang menjadi hak milik kita ..

Buat sarah good luck moga Allah beri madu yang sebaik dia.. di permudahkan urusan.amin..

3p4h said...

Subhanallah.

Situasi yg tertulis ini tak ubah seperti kisah yang pernah ayah saya ceritakan; kisah seorang cikgu/ustazah perempuan di sekolahnya yg mengofferkan suami dia kpd kwnnya utk dijadikan madu.

Afida Anuar said...

Allah...mulia betui hati Sarah noo! Payah nak jumpa isteri yang lagu tu..

Kalau akak la...hurmmm..tatau nak cakap pasai tak kawin lagi..hehe (Alasan!). (Nampak sangat tak kasihi sahabat sendiri sebagaimana kasih akan diri sendiri) oh!


PS: Akak pun orang ganu gak, tapi asbab 4 tahun duk satu bilik dengan orang penang masa kat UIA ritu, haaa tudia dah suka kecek utara dah! hik!

Bintu Salman said...

Wanita sekarang melebihi lelaki. Tak mustahil poligami sangat digalakkan suatu hari nanti. Kalau diberi pilihan, saya taknak masuk ke alam itu. Bukan menolak, cuma rasa diri tak mampu untuk ada dalam rumahtangga berhoneystar. Tapi, apa yang kita tak suka mungkin itu yang terbaik buat kita. Redha. Redha. Redha.

Kenapa sehari dua ni ramai pulak yang post pasal kahwin eh? Buat nikah walimah berjemaah ke nanti? :D

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum kak As:)

ada seorang kawan mard ambil jurusan botanical bio. Katanya, pensyarahnya kata,

keseimbangan spesies akn dapat dicapai jika, nisbah jantan kepada betina adalah 1:4

tp, masa tu, pensyarah dia berckp dlm konteks haiwan.

maka teringat mard, isu poligami,1 lelaki, 4 isteri.

MasyaAllah, Allah lebih mengetahui

:)

All the best kak sarah.
Juga juga juga kepada kak As
:)love u.

btw, insyaAllah, mard say ok kpd poligami.

fuad ansari said...

mana nak dapat isteri yg rela offer suami dia.. fuhh.. ingatkan takde.. rupanya ada...

poligami harus dilihat pada sudut pandang positif...

tapi apakan daya, kadang2 kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

(",).. btw, nice post.. (",)

Mindaberbisa said...

Perkara yang baik bercambah kebaikan. InsyaALLAH.

Anonymous one said...

Yana lan : mengikut statistik lelaki masih ramai bilanganya di dunia dan di Malaysia berbanding wanita cumanay kualiti lelaki kurang berbanding dengan kauliti wanita, lihat sahaja di IPTA dan IPTS . Kemudian lihat di pusat penagihan dadah..

wallahualam..

Naj Mi said...

Kahwin...apa pun caranya yang penting nikah kan dan diterima tidak kira poligami or tak poligami kan.

Tak pandai nak komen tentang ini hehehe

Insyaallah As jodoh awak akan ada, usah risau hehehe

Anonymous said...

nak cari isteri offer suami tak ramai kita jumpa.. yang ramai suami offer nak kawin satu lagi..
tapi suami kepada solehah tak macam tu.. hehehe

arcane said...

yang terbuka hati utk offer mmg punya hati yang mulia.

have known too a woman yg pegi sendiri meminang isteri buat suami apabila suami beritahu bahawa dia mahu berpoligami (wanita tersebut adalah pilihan suami).

this woman did mentioned, hati mana yang tak sedih kan, but becoz she put Allah first, she felt content eventually.

alhamdulillah, their family is happy :) and prosperous.

subhanAllah, tak tercapai akal utk byngkan, sbb masih terbang bersendirian :)

ps: takleh baca post yg di link tu. mesti sob2 :')

Aishah Nur Hakim said...

i was there, too.

i shivered.
i remember of having the same dream.
to have someone to share a husband with.

dan kawan2 kata saya gila.

but well,
suami pun belum ada.
macam mana saya nak share.

kita tak kenal pulak sebelum twins of faith kan?huu

Bintu Salman said...

Terima kasih Anon ke-3 bagi info 'baru' untuk saya. Sesungguhnya, saya memang lemah bab-bab fakta dunia. Huh.

Salah satu tanda-tanda kecil kiamat adalah wanita melebihi lelaki. Kira sekarang tanda tu belum ada lagi lah kan?

" Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak penzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan " [HR Bukhari dan Muslim]

Boleh dengar kat Youtube tajuk ' 1 Lelaki 50 Wanita '.


As, nak tambah sikit lagi komen. :D

Baru-baru ni ada orang mintak pandangan pasal poligami. Ustaz cakap, ada diantara ulama' Mazhab Syafie' mengatakan yang berpoligami hukumnya makruh. Kalau nak jadi wali Allah cukuplah dengan seorang isteri. Kalau banyak isteri, banyak masa dihabiskan dengan isteri. Masa dating dengan Allah akan jadi kurang. Banyak isteri > banyak tanggungjawab > banyak yang akan disoal di akhirat > lama waktu dihisab > lambat masuk syurga. Buatlah apa yang kamu suka di dunia ini, tetapi ingat setiap yang kamu buat akan disoal olehNya di akhirat sana.

Semoga beroleh seorang suami yang soleh As! :)

Btw, kawan saya ada empat ibu dan seorang ayah. Semua tinggal di rumah yang sama. Seronok tengok bahagianya dia bersama ibu-ibu, ayah dan adik beradik yang sangat ramai. :)

As said...

Epah
Kisah ni banyak happens in real life sebenaqnya cuma tak sebanyak kes-kes yang menentang poligami.
Hehe.

***

Kak Afida dear,
Seperti yang As sebut kat Epah.
Still memang payah.
Hehe.
Akak, As dah jumpa ramai sahabat yang sayang sahabat lebih dari diri sendiri.
Allah. -_-

***

Yana Lan
Reply dedua teruih naa.
Betul.
Dan Allah takkan uji melainkan sesuai dengan kemampuan kita.
Part makhrukh tu As tatau nak abaq.
Unless Nabi SAW said so.
Maybe applicable untuk orang yang tak mampu berlaku adil sahaja kot.
Sebab jika tak Allah tak suggest dalam Quran. :)
Ramai kenalan As hidup bahagia aman damai famili special lagu nih.

***

Waalaikumussalam MArd dear
Aa kekawan akak yang belajar course tu takdak pulak cerita.
But anyhow, lagu mana pun still hikmah Allah sangat besar di sebalik setiap ketentuan.
Kan kan kan? :D
Thanks Mard, Mard pun tak lama da kan nak bernikah kan kan. :)

***

Abi Husna
Memula peluk cium to Husna abaq kat dia nama kita sama. :D
Ada tu isteri offer suami dia, ada.
Cuma ramai tatau. :D
Biasalah satu titik hitam atas kertas putih mana yang lagi obvious?
Which is so wrong in so many levels. :D

***

Pencari Allah
Fuh true enough!
Short and precise. :)

***

Najmi
Aik.
Ni isu jodoh Sarah lah!
:P

***

AY
Aa memang seribu kali untunglah suami solehah itu! :)

***

Arcane
Wah kakak, baik benar kakak dengan aci jual bunga tu ea?
Kakak, selagi mana kita redha dan tawakal padaNya sebanyak itu Dia bagi semula kan?
Err...post tu tatau a sedih tak, tapi ada la kot. :D

***

Aishah
Yelah mungkin awak yang duduk belakang seat Sarah agaknya. :)
Allah sudah merencana, sebaik-baik perencana. :)
Btw, moga Allah kabul hajat Aishah.
Amin!

zaujah muhammad.. said...

salam as, saya lahir dalam keluarga ayah poligami, ayah saya cukup 4 isteri, jadi nak share yang bestnya..kami akan bersama kalau ada mjlis, lagi2 waktu raya,lps solat raya kami akan kumpul dan ayah akn bg khutbah raya utk ank2 n isteri2. n buat tahlil sat,

pastu kalau ada masalah insya allah yang lain boleh back up. dan mak saya isteri pertama, so beban tu juga dapat dibantu oleh semua madu2 dia dan anak2.
kalau umah saya xde lauk, p kat umah sblh, umi ke2.. iya lah kalau nak ckp psl mslh mmg xabs tapi mst ada jln allah bg.pasal jeles tu biasa lah tp bila tgk mereka skg di usia emas..mmg sweet je tgk dyorg..
truely mmg best keluarga poligami yang jln kn syariat islam.

hehe..saje nak share bg sape rasa poligami ni aniaya pmpn..tp sebenarnya cukup mmbntu pmpn. dan rezeki cukup luas cz ramai ank yg sntiasa doakn umi-umi and ayahnya.

rasa mcm pnjg sgt plk komen..hehe

izzu said...

saya sangat kagum dengan kemuliaan hati wanita tersebut yang memahami hakikat perkahwinan dan sanggup berkongsi kasih sayang dengan wanita lain semata-mata mencari keredhaan Allah.

saya setuju dengan stigma masyarakat Malaysia yang sangat takut dengan poligami dan kita selalu dimomokkan dengan poligami adalah satu perkara yang tidak baik.

sekiranya suami berlaku adil, berkemampuan dan bertanggungjawab kpd semua isterinya dan isteri-isterinya sanggup bertoleransi dan taat pada suaminya, sudah pasti poligami itu akan menjadi indah.