5 December 2011

Aku berhenti bekerja

pada pendakian kehidupan by As |||
pada pendakian kehidupan, a photo by As ||| on Flickr.

Sahaja aku berhenti kerja kerana Allah taala.

Hari ni 5 December. Hari ni sangat special. :)

Try usha gambar atas ni. Kehidupan ni lebih kurang macam nilah. Yang mendatang tu still blur tatau apa yang pasti, tapi yang jelas adalah hari ini.

Hujung dia pun kita tatau lagi apa akan jadi. Syurga atau neraka? Kita just boleh usaha atas keimanan pada Dia.

________

Oke! Ramai la duk tanya awat berhenti kerja. Bila tanya mata ke mata, memang jiwa sukar nak berkata.

So la ni tulis lah moga mudah faham. Syadid (tegas, keras) ke apa ke, terpulang pada hati yang membaca. Jari jemari sekadar mahu menjawab dan berkongsi.

________

BELAJAR TINGGI-TINGGI

Yup memula aku start belajar dulu aku takda niat nak bekerja dengan degree aku tuh. Makna kata pergi bekerja di hospital.

Aku berniat nak sedut semua ilmu untuk aku guna akan datang for ibu ayah, adik beradik, anak-anak, famili dan sesiapa yang boleh manfaatkan ilmu hospital aku yang cetek ini. Sebab tu aku ambil kos tersebut.

Sia-sia?

Mana ada benda yang dijadikan sia-sia atas muka bumi ni. Banyak dah post medikal aku letak sini, pandai-pandai ah cari. Ilmu-ilmu islamik yang aku dapat sepanjang belajar kat Universiti pun ada aku cerita kat sini. Belek ah sendiri.

Semua benda ada hikmah dia. Takyah la risau duk fikir negatif. Orang yang HIV positif pun boleh positif. Orang yang kanser pun boleh positif. Orang yang sakit kronik pun boleh positif. So? Kau yang sihat segar bugar tu malu je if masih duk takuk negatif.

Lagipun penat beb duk fikir negatif. Tak penat ke?

Orang yang fikir dunia semata dan fikir material je rasa membazir tak bekerja di hospital-hospital yang gah dengan degree yang ada. Apa kelas sangat?

Duk rumah jaga rumah lebih mulia aku fikir. Tak, ibu yang ajar. Ibu cakap duk rumah jaga rumah adalah satu jihad. Sebab bukan mudah.

_______

SELEPAS KERJA SETENGAH TAHUN

Alkisah aku pergi bekerja selama setengah tahun yang lepas dalam usaha untuk mengembangkan ilmu di bidang yang berbeza dan tolong-tolong tuan punya section.

Bila tiba-tiba aku hantar notis sebulan, dan berhenti kerja Khamis lepas, semua orang yang jumpa pun rasa pelik dan tanya kenapa. Cuma payah nak cerita secara singkat.

Kenapa wajib ke kerja? Lagipun takda keperluan yang mendesak, seriyes. Dan adalah sebab-sebab lain kenapa aku berhenti. Sabaq na, sat lagi aku cerita.

Cuma aku tak salahkan korang tentang mentaliti ni. Sebab kita-kita semua dah terlalu banyak menghadapi perang minda dalam pelbagai cara yang kreatif daripada pihak barat seperti system pendidikan, iklan, drama, filem, politik, pemikiran dan sebagainya.

Yup tipah tertipu. Asyik tertipu. Takda rasa nak bukak minda dan fikir sendiri. Kadang aku pun sama je.

________

MENYESAL?

Sejak aku kenal erti istikharah, setiap keputusan dalam kehidupan, tak pernah aku rasa ralat dan ragu-ragu. Dialah juga yang memegang hati-hati manusia hatta hati tu berada dalam dada kita sendiri.

Dulu ada income sekarang takda income. Still duit kita tu if ada berkepok pun takkan cukup. Dan if ada banyak pun still kita akan guna untuk membazir. So baiklah guna duit tu untuk jalan Allah if ada lebihan.

Saham akhirat sekali dapat sama. Oh ni Ibu yang ajar lagi. Bila kawan tanya apa rahsia famili aku sebab macam asyik sentiasa cukup dan gaya macam banyak lebih walaupun ayah kerja biasa-biasa sangat je. Yelah tu pandangan mata manusia semata.

Depa tanya ada saham pape ke? Tarak. Jauh sekali.

Tapi satu je, Ibu ajar banyak bersedekah secara material dan secara Dhuha. Anak-anak bagi Ibu duit pun, Ibu salur semua untuk jalan-jalan Allah. Niat atas nama anak-anak.

Ayah? Sebab Ibu dah supermummy, so Ayah tak susah hati dah pasal hal rumah sebab semua beres seperti mana yang telah mereka sepakati bersama. Kira ibu lah tukang lancarkan projek nya. Ayah tolong lead je. Untunglah ayah.

"....Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi tanggungjawabnya...."
[Bukhari dan Muslim]

Hadis ni direct je kan sure boleh faham. Kalau agak tak faham tu kau tanya jelah Tuan Haji Maulana Gugel.

________

KEHORMATAN SEBAGAI HOUSE MANAGER

Women, women, women! Wake up. House manager adalah term yang aku guna sempena menghargai pengorbanan seorang ibu di rumah sepenuh masa.

Mungkin orang dengar suri rumah tu cam low class je. Tapi cuba fikir balik, sape yang duk mentaliti low class tuh? Korang la jugak. Sedang Allah telah mengangkat tinggi martabat wanita dan meletakkan di tempat yang terpuji. Sebagai manager di rumah sendiri. Macam hadis kat atas nung.

Wanita adalah pemimpin kepada anak-anak. Untuk mendidik, mengajar dan menanam sifat-sifat mulia pada akhlak mereka, serta membina fikrah (pemikiran) yang mantap.

Ibu pernah pesan, kerja ni semua bukan senang Bro! Seorang Ibu perlu bijak dan berilmu, kira termasuk ilmu agama yang jadi inti penting dia. Hatta kau ada pHd pun belum tentu kau boleh excel untuk kerja ni.

Maka tuntutlah ilmu agama setakat mana boleh dan mampu (tapi kena usaha sungguh-sungguh lah) dalam proses nak siapkan diri menjalankan tanggungjawab maha berat ini.

Kenapa maha berat? Sebab pagi tadi Ibu cakap esok-esok kat akhirat Allah akan tanya para Ibu. Dan para ayah sekali! Yelah since para ayah adalah pemimpin para Ibu. Teeet!

Dulu ada orang pesan, kena prepare diri awal-awal sebelum kahwin since bila dah ada anak baru nak susah payah korek ilmu, agak sukar sebab kita da super busy. Tapi better late than never Bro! Yup sebab aku jadi saksi pada Ibu sendiri.

Sebab tu aku adore sangat dia, nak jadi macam dia. Jika Allah izinkan. Aku pun banyak perkara lagi nak kena koreksi.

Saranan Allah SWT di dalam Quranul Karim tentang perlunya untuk wanita just stay at home unless ada perkara yang sangat butuhkan mereka keluar.

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikan zakat, taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui."
[Al-Ahzab:33-34]

Asyik semua wanita je, so suami? Yup suami juga bertanggungjawab sediakan keperluan untuk isteri nak laksanakan tugas dia ni. Antaranya cari rezeki untuk beli keperluan asas so hati isteri tenang sebab barang-barang dapur semua cukup. Jadi suami jugak kena didik isteri dengan pemahaman Islam, then bolehlah isteri guna untuk ajar anak-anak.

Wanita, kamu semua sangat mulia. Sebab tanggungjawab pada anak-anak dah bertimbun, belum masuk tanggungjawab pada suami (tanggungjawab suami pada isteri pun banyak jugak). Dan juga itu belum campur tanggungjawab wanita terhadap Rabb.

So walaupun kaum Ibu duduk di rumah je, tapi hakikatnya peranan mereka bukan terhad pada suami dan anak-anak je, malah merangkumi segala perkara. Yelah contoh dapat anak lelaki, Ibu kena didik supaya esok-esok dia boleh jadi tukang laung azan panggil orang solat, boleh jadi Imam solat, boleh jadi ketua keluarga yang beriman dan sebagainya. If anak perempuan pulak Ibu kena didik supaya mampu jadi wanita solehah yang esok-esok akan lahirkan mujahid, mampu pikul beban dakwah kepada keluarga dan masyarakat serta didik supaya rela berkorban di jalanNya. Tu contoh.

Tapi ramai mak ayah didik anak-anak skang supaya jadi pandai besar nanti dapat gaji besar hidup kaya raya. Material. Dunia semata! Allahu.

________

BEKERJA ITU HARUS

Based on kisah-kisah dalam sirah purba, zaman Rasulullah SAW dulu, adalah perkara yang tunjukkan keharusan wanita bekerja.

Contohnya Rufaydah Al-Aslamiyyah, doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW sediakan khemah special kat Masjid Nabawi untuk rawat pejuang Islam time perang Khandaq. Kepakaran dia diperlukan di situ.

Jadi bekerja itu harus tapi terikat dengan syarat a Bro.

1. Suami meninggal nak kena sara diri dan keluarga.
2. Nak membantu ayah ibu yang uzur atau suami yang sakit.
3. Punyai kemahiran yang superb dan sangat diperlukan.
4. Kerja yang sesuai dengan fitrah seorang wanita contohnya nurse, cekgu, doktor etc.
5. Wajiblah tutup aurat dan jauh daripada fitnah.
6. Takda campur baur dengan lelaki.
7. Dibenarkan suami.
8. Tidak menggangu tanggungjawab kepada suami dan anak-anak.
9. Bekerja sementara sahaja.

Nak jadikan cerita masalah aku adalah pada syarat yang nombor 4 | 5 | 6. Kerja aku yang lepas tu, out bagi hal-hal tersebut. Nanti cerita kat bawah.

Oke habis pun, ni baru part nak kasi korang faham je. Kan hari tuh aku dah pesan suh korang balik basuh minda sebelum datang baca. Tapi alik-alik aku jugak kena cerita. Apelah korang.

________

KERJA TAK SESUAI DENGAN FITRAH

Erm macam mana nak explain ye. Pendek cerita kerja aku yang lepas under Engineering Department, dan position pula ada keterlibatan dengan beberapa kerja-kerja lelaki.

So jadilah ia tak ikut fitrah wanita. Dan kerja tu takkan terjejas malah would be better if lelaki yang uruskan. Seriously!

Bukan nya aku ni manja sebab aku pun orang jenis lasak dan bukan masuk kategori intan payung atau puteri lilin. Tapi dah Islam gariskan kau lasak lagu mana pun kau still wanita, still kena jaga aurat, still kena jaga adab sopan dan still haram menyerupai lelaki.

Oke?

Tapi if kerja macam jadi cekgu ke, pensyarah ke, yang tu memang sangat sesuai lah dengan fitrah wanita. Jadi perawat pun oke, but since tu Fardhu Kifayah je dan kita belum masih ketandusan perawat wanita, so takpa la if aku tamau pun kan kan?

________

MENUTUP AURAT DAN JAUH DARI FITNAH

Fine. Tutup aurat insyaAllah ikut syariat. Walaupun terpaksa rebel dengan undang-undang safety. Bab ni letak tepi jelah. Cuma teringat ada satu ketika, few days start kerja aku dapat tau kena pakai coverall.

Tau dak coverall? Baju satu suite dari bahu sampai kaki. Aku fikir 5 kali dan tanya sahabat-sahabat yang faham hukum. Aku siap fikir memang tak kisah nak resign la ni jugak if benda ni jauh dari berkat.

Tapi timbul idea best untuk sedikit rebel, yang which ikut akta undang-undang masuk loji, ia adalah dibenarkan, cuma takdak orang praktis lagu tuh kat sana! So ia seolah jadi kesalahan. But like I care? So letak tepilah bab ni.

Jauh dari fitnah.

Allah Maha Tahu perkara yang lepas, hari ini dan akan datang. Hatta wanita itu menjaga aurat camna pun still if orang nak kata pape, akan terkata lah jugak. Biasalah spekulasi.

Few weeks kot before last day kerja, start timbul fitnah sket-sket. Yang which bagi aku seorang wanita, aku rasa segan ah. Maybe orang-orang lain rasa biasa-biasa je and takdelah isu besar pun, tapi dah aku rasa segan super. Sebab beginilah aku. Dididik begini.

Aku fikir if aku stay lagi for sure akan berlarutan juga. Jadi Allah da bagi sign suh step out awal-awal.

Jika kita boleh ambil contoh hadis riwayat Ibnu Hibban dan Khuzaimah yang berbunyi begini dalam bahasa Malaysia:

“Wanita adalah aurah, dan apabila ia keluar dari rumah, harapan syaitan akan meningkat (look forward to see her). Dia tidak akan dekat dengan Tuhan melainkan apabila dia berada dibahagian yang dalam dirumahnya.”

Ape, syadid sangat ke hadis ni? By the way, hadis ni di-sahih-kan oleh Sheikh Nasyiruddin Al-Albani dalam buku beliau, al-Silsilah al-Saheehah, no. 2688. Oke? Kira hadis ni sejajar ah dengan surah Al-Ahzab ayat 33 atas nung. Hah sila lah belek balik.

__________

CAMPUR BAUR DENGAN LELAKI

Bro, kat mana-mana tempat kerja pun ada percampuran lelaki perempuan kan? Sekolah perempuan sahaja pun ada cekgu lelaki Bro!

Sat, sat. Nanti aku cerita slow-slow na.

Tempat kerja aku ni first day aku duduk kat workstation, tengok depan tengok kiri tengok kanan semuanya adalah lelaki. Daripada depaaaan sana sampai belakaaang sekali kat section aku, campur semua ada 5 orang je wanita. Fuh.

Hari-hari kerja aku deal dengan para-para engineer yang semuaaanya lelaki kecuali seorang. Rata-rata hari-hari aku deal dengan technician yang semuaaanya lelaki.

Banyak kena bincang berdua je, bertiga je, keluar cari material dan sebagainya. Kalau bincang berdua, tak proper kot nak duk jauh-jauh dan melaung. Semuaa orang dengar especially if benda tu private and confidential. *Of course lah bukan hal personal Bro!*

Kalau manager atau engineer nak explain pasal kerja, nak bagi tasks ke, semua tu kena bincang berdua atau bertiga je. Kadang aku ajak gak wanita lain sorang teman aku. *Oh terima kasih banyak-banyak akak!* Tapi tak mampu tiap masa sebab dia pun banyak kerja.

Kat Malaysia ni kebiasaan telah menyebabkan banyak perkara syubhah menjadi halal dan tidak salah langsung. Ada ke ofis yang nak asing workstation lelaki dan wanita? Yup ada, pensyarah yang dapat bilik sorang satu.

Menundukkan pandangan. Duduk dalam ofis sama-sama lebih daripada 8 jam sehari, takda maknanya rule ni nak been practice. Kena pulak orang-orang peramah macam aku. Bila dah orang-orang depan kiri kanan cakap-cakap, takkan nak buat pekak. Ter-peramah lah cakap sama. Tambah pulak ni lah naluri healthcare personnel. If not jadilah dingin pelik dengan pesakit yang first time jumpa. Heh.

Tambah lagi kalau orang duk tanya pasal masalah medikal. Lagi laju dan ringan lah mulut ni menjawabnya.

Nak menundukkan pandangan? Sesama staff akan tegur menegur, bergurau, buli-membuli *normal sebab 90% lelaki* dan sebagainya yang akan geleng kepala kalau lecturer UIA tengok.

Yelah kat kampus aku takda percampuran keterlaluan antara wanita dan lelaki. Hatta classmate aku yang lelaki tu pun boleh bilang berapa kali je tiap semester kami perempuan ni cakap-cakap dengan depa. Bila lecturer usik nak suh grouping sama-sama pun kami cepat je melatah orang kata. *Haha takdelah melenting, saje hyperbola*

Yup kami yang sangat segan dengan lelaki-lelaki beriman kat UIAM tuh. :D
Tah kat sana kami dididik begitu. Lama-lama jadi kebiasaan yang normal.

Semua perkara lelaki dan perempuan mesti asing. Ikhtilat sangat dijaga. Kat kampus aku lah. Aku bukan saje nak puji, tapi aku nak cerita benda ni still ada tempat yang praktis. Takde nya kolot ke ape.

Korang ni kalau aku rahsiakan nama Universiti pun sure boleh teka. So cakap jelah.

Bila recruit orang baru pun aku pujuk suh ambil lelaki ganti aku. Malas lah aku nak terlibat sama if ambil wanita jugak. Tak sanggup nak diri depan Tuhan soal jawab benda yang aku takda jawapan neh!

________

BAJET BAIK

Yelah tu. Bajet bagus jelah aku bagi reasoning camni walhal memang tanak kerja.

Honestly, ini adalah sebab utama. Ada lah lagi sebab-sebab minor tapi tu semua aku guna pakai untuk beralasan dengan manager, dengan engineer, dengan sahabat seperjuangan di tempat kerja.

Aku risau berubah muka orang dengar aku bagi ceramah panjang berjela macam ni, pasal ikhtilat pulak tu! Sah-sah dia cop aku kolot dengan agama aku. So mana boleh! Aku belum cukup kuat untuk terima orang cakap agama aku kolot, atau aku kolot sebab amalkan agama camni.

Aku follow Quran Sunnah je Bro! Aku takut sebab dunia yang sementara ni aku merana nak menjawab kat dunia yang kekal esok-esok. -_-

__________

REZEKI?

Dah tu macam mana tak kerja rezeki nanti macam mana?

Bro, orang takda iman je cakap macam tu. Cuba tepuk dada sket tanya iman, siapa yang beri kita rezeki? Nun di atas sana ada Pemilik segala rezeki kat dunia ni. Kata beriman, tapi tak beramal. Ape kes lu?

Aku yakin dengan Allah SWT, yakin akan Rasulullah SAW, yakin semua-semua. Asbab yakin aku, aku nak tinggalkan apa yang syubhah, yang membawa pada jatuhnya iman, membawa pada rosaknya hati.

________

PENUTUP

Aku bukan apa, aku ni dahlah asalnya golongan jahiliah jugak, bila dah jumpa cahaya ni, aku malas ah nak tawar-menawar pulak dengan hidayah Allah. Kang kena tarik balik baru tau. Aku akui aku ni manusia normal lah macam korang. Iman turun dan naik. Harapnya time iman turun dia still on the track. Penat nak channel semula train masuk landasan Bro.

Bro tu dapat didikan kat tempat kerja ah ni. Orang panggil aku Bro jugak. Dah jadi kasaq lak. Astaghfirullah. Kira aku guna bro tu kira untuk semua lah lelaki dan perempuan.

Cumanya untuk keputusan ni, aku harap redha rahmat Allah untuk kehidupan aku. Korang doakan lah eh.

Kau buat baik untuk akhirat kau, banyak tu lah kau dapat untuk dunia kau. Seriyesly!

So amacam? Nak follow Quran Sunnah atau nak follow hati?

Well, gudluck!

25 comments:

Anonymous one said...

tadi dah komen tah cam ner silap hilang nak tulis balik terus lupa haha.. apapun belajar bukan untuk dapat gaji dan kerja.. wahh terbaik lah mak As.. hai mak cik bila lah boleh merasa masakan mak cik ni..


Tidak ada yang menandinginya bagi orang yang lurus niatnya, yang dengan menuntut ilmu tersebut ia berniat untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.Imam Ahmad

asma said...

kak hasanah, kes kita sama.situasi sama.coverall, technician, masuk plant mmg dah rutin.setiap hari nak pegi kerja mmg rasa berat sgt.mmg tak kena dgn jiwa.tapi tak cukup kuat macam akak untuk berhenti kerja. T_T

Cha. said...

Subhanallah.sempurna kata-kata mu ini..

take care luv.officially missssssssing u.

As said...

A ONE
Telah berjaya mengatasi uncle nampaknya kali ini. :)

AO thanks share hadis yang sangat bermakna tuh! ^_^
Doakan untuk kita-kita eh :)

***

ASMA
My dear..bila komen tu da touch pasal tak kena dengan jiwa, rasa nak share satu hadis best.

Dari Wabishah bin Ma'bad RA. dia berkata: "Saya mendatangi Rasulullah SAW, lalu beliau bersabda: "Engkau datang untuk menanyakan kebaikan?", Saya menjawab: "Ya." Baginda bersabda: "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keraguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.

[Hadis hasan dari Imam Ahmad dan Ad-Darimi]

Erm try baca jugak entry sebelum ni, tentang meletak keazaman dan bertawakkal kepadaNya. Dalam hidup kita, redha Allah yang paling utama. Utamakan akhirat, dunia datang bergolek insyaAllah. Yakin!

Moga Allah mudahkan urusan..

***

CHA
Rindu-rindu tu silalah datang melepas rindu my dear. Sayang cha jugak, sangat-sangat!

Hari ni 5 December, hari special. Harap-harap projek berjaya dengan jayanya. :)

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

ermm...

nak kata apa ya.
kalau awal2 lagi dah bagitahu:
"Sahaja aku berhenti kerja kerana Allah taala." dah jelas segala2nya.

as pun tahu, sejak awal2 as share pasal ni dulu dengan uncle, uncle dah cakap, apapun yang as buat, uncle percaya mesti sebab dan rasional yang tepat.

dan terbuktinya bukan saja tepat tetapi penuh keredhaan dan & penyerahan total terhadap al khaliq.

spt biasa, t kasih utk byk perasa yg sempurna dalam setiap 'hidangan' entries as. malu pulak dah tua2 ni kena kaunseling dengan anak2 sampai berkaca kelopak mata.

nyorok, malu ah...

madziani said...

Saya jugak terpk macam awak..belajar tinggi2, tapi tempat terbaik kat rumah. Banyak benda boleh buat kat umah.

syahrir said...

kat umah juga perlukan org yg belajar tinggi2. seriously

si tenang said...

assalamualaikum, as..
saya juga berhenti keje atas sebab2 yang sama..baru dapat kesedaran..
bila berhadapan ngan komuniti (pakcik makcik) sume tanye pasal keje..cam tensen jugak. tapi buat senyum je lah..bukan saya mintak sedekah dengan diorang pon. tapi entah laa kenapa mentaliti orang sekarang ni, sampai orang pompuan tu dah jadi WAJIB bekerja..my mum juga bukan sorang yg supportive dan faham. but i got lucky my dad sokong je..keje pon, kalau rezeki tu taktau halal or haram, buat banyak dosa, ape lah gunanya.. kita nak duit or nak rezeki yg diberkati?
cuma orang hari ni dah taknak fikir pasal perkara ni. asal dapat duit, sudah..

semoga as berjaya menempuhi ujian hidup di dunia! :)

emran said...

nice entry.... but i still prefer As utk tetap berjihad di tempat kerja :P ..

another thing... as nie ada talent lah utk stock photography.. banyak gambar as sesuai utk stock photography.. simple tapi mempunyai makna macam gambar atas nih.. dan beberapa belas gambar yg lain.. why not u try.. jadiklah downline saye yek.. mane tau leh jadi alternative income sket sket.. hehehe.. nie link die utk register as contributorhttp://submit.shutterstock.com

alifzaimimra said...

As, all the best! ^_^

Hajrun Sasuke said...

Rezeki itu datang dari arah yg tidak disangka-sangka. min haitsu la yahtasib. Jadi, jika buat sesuatu keranaNya iAllah DIA akan sentiasa tolong =) bak kata Sunan, teruskan berdoa kerana kekuatan doa itu sangatlah dahsyat!

~PENCHENTA~ said...

:D

Bila lah nak dapat ikut jejak akak nii. :'(

Syuhada said...

Salaam As. First time komen kat blog As ni.

Ya Allah. Saya faham sangat pasal coverall tu. Saya graduan Sains Ternakan. Kerja kat ladang. Yang memang konfhem2 semuaaaaaanya lelaki.

Masa first time kena pakai coverall, memang rasa malu sangat. Sebab rasa macam terlampau exposed. Tapi ikutkan jugak. Yelah, masa tu belum cukup kesedaran lagi. Tak cukup kuat nak melawan.

Saya sampai sekarang menganggur. Mintak ladang sini tak dapat, ladang sana tak dapat.

Tapi bila baca ape yang As tulis ni, rasa macam nak cakap alhamdulillah jek. Alhamdulillah sebab saya belum terjebak dengan kerja2 yang penuh masalah ikhtilat tu.

Dan yang pasal belajar tinggi2 tu. Heh. Saya sendiri selalu kena kondem sebab bercita2 nak jadi surirumah. Yang membangkang nya pun kawan2 perempuan pulak tu. Kononnya rugi la masa empat tahun belajar kalau akhirnya tak kerja. Pada saya, belajar tu kan ibadah, jadi saya tak rugi apape pun.

Tambah pulak, pada saya ilmu penternakan tu still applicable pada masa depan. Mana tahu nanti dah bersuami, boleh bukak ladang kambing ngan beliau. Hehehehe.

Thanx As! Ini sangat2 membuka mata saya! Sori la terpanjanggg pulak. :)

fuad ansari said...

bila manusia punya keyakinan yg betul terhadap Allah swt dan punya keghairahan dalam mencari keredhaan Allah swt, dengan mudah godaan dunia ditolak tepi..

syabas as.. syabas...

semoga beroleh pasangan yg soleh satu hari nanti...

As said...

Uncle AHP!
Erm as pun speechless jugak nak reply.
Moga semua benda kita niat untuk Dia.
Walaupun orang rasa niat tu pelik. Heh.

***

Madziani
Naam.
Itu yang digariskan dalam Quran.

***

Syahrir
Yup Bro.
Tu yang Ibu pesan, nak jadi mak kena berilmu.

***

Si Tenang
Damai je baca.
Memang betul orang sekeliling semua persoalkan.
MEmang terpaksa buat tatau je.
Yang penting Mak Ayah kita faham dan sokong! :)

***

Emran
Yelah Emran.
Dari dulu korang duk panggil Dewi.
Tapi Dewi ni sinar dia dah hilang.
Kembali pada fitrah sifatnya yang tersembunyi. ;)

As said...

Alif zai mim ra
Sahabat!
Lama tak dengar khabar di angin lalu.
Jzkk wa rabbuna yusahhilu amra. :)

***

Hajrun Sasuke
Senjata mukmin eh.
InsyaAllah moga thabat.

***

Pechenta
Bila Allah SWT bagi green light!
The day will come, if it's the best for you my dear. :)

***

Syuhadaa
Bila Allah nak bagi faham pada kita.
Tak kira apa manusia nak cakap, akan tetaplah kita pada apa yang kita pegang.
Alhamdulillah wa syukrulillah. :)

***

Fuad Ansari
Doakan bertambah2 keyakinan nih.

Erk...
Ameen!

Zawani said...

salaam kak as (betol ke akak eh) =)

sungguh la akak mmg kuat dlm membuat keputusan..saya pon mmg terasa nak berhenti kerja bila kawen nnt and hope Allah berikan saya seorang suami yg sefikrah supaya sy dapat stay dekat umah and didik anak (hehe.padahal entah bile nk kawen pon xtahu lagi)..tapi penerimaan family mesti susah siket dan yg penting sy xtahu sy kuat atau tak dan sy xtahu apa nk buat klu sy berhenti keje (mcm xde wawasan je becakap) T__T

Anonymous said...

korbankanlah masa diri dan harta yang dikurniakan untuk duduk dalam majlis taklim masturat untuk datangkan keyakinan beramal dengan iktisab, yakin dengan janji-janji Allah SWT dalam amal dan untuk bawa fikir risau bimbang tentang agamamu akhiratmu sama seperti fikir risau dan bimbangnya Nabi SAW untuk bawa semua umat baginda SAW supaya datang kepada agama amal yang sempurna dan iman dengan sempurna dalam kehidupan sebagai umat Nabi SAW juga sebagai seorang muslimat wanita perempuan yang mulia disisi Allah SWT dengan iman yakin dan amal yakin yang sempurna di hari pertemuan dengan Robbmu yang terjawab segala persoalan dunia.


insha Allah, berhasil.

Insan R said...

Ya, Tahniah. Anda telah memilih Akhirat daripada memilih Dunia.

Apa yang pasti, keputusan yang diambil berdasarkan hidayah Allah SWT pasti akan diberikan ganjaran yang lebih baik kelak.

Semoga segalanya dipermudahkan.

As said...

Zawani
Moga Allah beri kekuatan dan permudahkan.
Istikharah dan istisyarah lah. :)

Kakak ke adik ke takpelah, usia tu sekadar nombor.
Pengalaman yang mematangkan kehidupan. :)

***

Anonymous

Subhanallah InsyaAllah doakan.

***

Insan Rabbani
Semoga hidayat Nya berterusan. Ameen.

yuyu aziz said...

ALHAMDULILLAH.

tahniah kerana berani dan kuat semangat..semoga Allah permudahkan jalanmu..

Amin.

As said...

Yuyu
Semua tu daripada Allah jualah :)

Take care sista!

ryna~lurve~nov said...

salam akak, tinggal kat mana ey?
lau area KL, berminat x nak jadi responden kajian saya. sebab saya tengah wat penyelidikan tentang Dillema wanita berpendidikan tinggi: antara kerjaya dn rumahtangga. fokus kpd kenapa wanita berpendidikan tinggi berhenti bekerja.
lau berminat boleh respon email saya yana_22virgirl@yahoo.com.my

Sesuci Kuntum Nailofar said...

Salam sis..saya share kat fb ek..tenkiu..ur such an inspiration..

Anonymous said...

TQ "bro" atas perkongsian ni..aku mmg tgh dlm perkiraan nk amik MSS..aku banker..so tau la kan banker..percampuran lelaki pmpuan..riba etc..so smua kwn halang aku dr resign..dan tny aku sbb apa nk resign..aku xtau mcmn nk bgtau..klu la aku boleh bg diorg baca posting kt atas..smua tulah sbb aku nk resign..Allahuu..Allah dh bg reminder so..aku pilih kembali pd fitrah Allah..