11 November 2011

Memoir Raudhah. Sekeping warkah buat Kiniey.

Harapan padaMu subur kembali by As |||
Harapan padaMu subur kembali, a photo by As ||| on Flickr.

Kiniey,
Diri sahabat yang di sana sedang sibuk bekerja agaknya. Menyalur segugus pengalaman dan pengetahuan medikal pada kerja pejabat. Sudah selesai Maghrib awal waktu, inshaAllah As pasti. Kiniey yang akan kelam kabut di awal waktu seolahnya ada bersisa beberapa minit sahaja lagi.

Kiniey,
Dulu waktu sambil bersiap ke Al-Haram versi Madinah, tiba-tiba sesuatu terlintas di minda. Tak sempat fikir dah keluar sepatah-sepatah membentuk bicara.

"If Rasulullah ada lagi, susah tak nak jumpa agaknya?"

Sunyi.

Lau ka na bainana. Jika peribadi indah itu masih bernyawa.

Kiniey,
Dulu kala, jiwa ni masih blur. Raudhah, macam mana agaknya? Di sini ada waktu tertentu untuk wanita menziarahi Raudhah memandangkan tu kawasan solat lelaki.

Kawasan Raudhah tu antara mimbar dan maqam nabi (rumah nabi dan aishah), kawasan asal Masjid Nabawi. Keseluruhan masjid berkarpet merah kecuali kawasan Raudhah, hijau damai.

عن أبي سعيد الخذري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي هَذَا رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجِنَانِ

“Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun syurga.” [Musnad Ahmad bin Hanbal]

Kiniey,
Ramadhan dan Raudhah. As menanti di ruang masjid selama 3jam, sebelum berpeluang sujud di Raudhah. Mungkin 6 minit?

Sahabat yang bersama dalam kembara Madinah (sahabat2 yang baru dikenali), kata mereka, seram mereka melihat sujud As tatkala banyak kaki yang melangkah kepala. Sambil mereka berharap dan berdu'a moganya sekujur badan As ini, bangkit dari sujud tepat pada waktu. Tika segala langkahan telah reda. Diri sendiri sebenarnya tak berapa sedar.

Selain solat dan du'a, hati telah meletak azam mahu menziarahi makamnya Rasulullah s.a.w. Melihat mimbar, menjiwai tempatnya nabi menerima wahyu, menyampaikan khutbah dan juga di mana baginda bersolat hingga akhir hayatnya.

Kiniey,
Letaklah azam untuk menziarahi Rasulullah s.a.w, moganya kelak dapat kita pahala keazaman dan pahala ziarah betul-betul. Okey Kiniey? :)

Kiniey tahu kan Raudhah adalah Taman-taman syurga di mana inshaAllah termakbul du'a kita?

Moganya suatu hari nanti dapat kita melangkah sujud bersama di Raudhah. Hati diiring sebak. Moga dijemput dirimu menjadi tamunya Rasulullah s.a.w.

Amin Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Terakhir,
Jazakillah khairan kathir: atas pendakian perjalanan bersama-sama, pendidikan jiwa, perubahan fikrah - hampir masuk usia 10 tahun bersama. Arwah ayahanda pasti tersenyum bahagia, melihat jiwa tenang anakanda yang dikasihi, Noorsakini. Moganya menjadi wanita solehah sebaik perhiasan duniawi. Amin.

May Allah bless!

p/s: Kiniey, esok Sabtu, jom dating masuk ofis sama-sama :D

7 comments:

aku HIV positif said...

alangkah beruntung kiniey,
jika namanya turut disebut dalam sujud ketika berada di raudhah.
Allahu akbar!

nak ikut, boleh?

As said...

Uncle,
Dia dan uncle, antara yang diingati inshaAllah :)

Jom jom. Moga Allah murahkan rezeki ilmu dan kemampuan untuk ke sana. Ameen!

aku HIV positif said...

jazakallah khier...
uncle pun sebenarnya memang yakin jadi antara org yg sentiasa as didoakan... :)

Anonymous one said...

Saya tertinggal kat belakang.. merajuk Ah! dengan as dan AHP. ngeh ngeh ngeh, Saya selalu simpan impian nak kesana.. Insyallah .. Insyallah.. moga-moga Allah beri kemudahan untuk kesana.

As said...

AHP,
Apa-apa sakit pun, kalau boleh tak payah lah sembuh, kan? Jika kesakitan itu yang mendekatkan hamba pada Pencipta.

AO,
Hmm kat sini je boleh nampak kewanitaan dia ;)
Sampai masa tibanya waktu, akan jadi tetamu kehormat ke sana. Terhormat sebab jadi tetamuNya :)

Anonymous said...

doakan ambe sekali..

-samwan-

Anonymous said...

sakit sangat ke as?

rasa menggodok-godok dalam perut?

-