18 September 2011

Awak.



Lama saya tak genggam tangan dia erat-erat. Belum pernah dapat kesempatan duduk berbicara seperti waktu dulu. Duduk melega sakit seperti dulu. Duduk membuang tangis seperti dulu. Duduk dalam dakap hangat basah airmata.

Malam ini bicara ringkas kami di tepian jalan sambil suaminya menunggu penuh sabar di dalam mobil. *terima kasih* Hampir akhir sesi bicara ringkas dia berkata-kata, hampirnya speechless.

"Saya sangat bahagia...... Saya rasa nak bagi sikit..... kebahagiaan saya pada awak.."

Saya gelak kecil. Dalam mata kami yang sedia berkaca sejak tadi. Dalam sebak rasa cuba menutur ceria, bercelaru bunyi suara, saya bersuara.

"Saya sangat rindu awak. Saya mimpi awak semalam. Awak cakap ayat yang sama." Saya senyum dalam tangis.

"Hah ye ke?" Matanya melagu kepastian, walau hati sebenarnya sudah percaya.

"Awak nak saya respond sama macam dalam mimpi saya semalam ke?"

Dia angguk.

"Moga awak terus berbahagia. Dan saya kan terus bertahan."

Dia yang sudah terlalu mendalami tentang kondisi diri, seputar tekanan kehidupan serta masalah kesihatan. Sinar mata yang makin berkaca, masih mengharap mampu menghulur bantuan.

"Kesian dia lama tunggu dalam kereta. Please...go.."

"Awak..." Jemari yang masih seolahnya tidak mahu melepaskan. Kerna belum pernah berpisah dalam singkat bicara, serta meninggalkan dalam tangis yang belum selesai.

Kadangkala berat bagi mata, memandang yang disayangi memikul berat beban. Apatah lagi tidak mampu menghulur bantuan sepertinya biasa. Waktu dulu :)

------------------------------

"Awak takpe, kuat."

Bicara yang sangat biasa tiba-tiba ditutur orang sekeliling. Mungkin kekuatan luaran seolahnya jelas terzahir di mata para pemerhati, tapi fragile runtuh rapuh di jiwa entah siapa dapat melihat.


p/s: Awak, penulisan yang mengundang pertambahan kesakitan fizikal. You know very well :)

4 comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

sentiasa dalam doa...

moga "awak" dan as dalam rahmat & redhaNya.

sesekali terfikir, betapalah beruntungnya insan yang terpilih menjadi "awak" dalam hidup as...

Anonymous said...

dia tetap akan menyayangi awak hingag ke hujung nafasnya..

mata yang menangis tangan yang menadah doa semata untukNya tidak akan pernah dikecewakan Allah...

moga as terus dirahmatiNya... :( :( :( :( :( :( :( :( :(

-samwan-

fuad ansari said...

mulianya insan yg bergelar 'awk' itu...

(",)

saya seakan sedang membaca novel yg dikarang dgn indah sekali.. (",)

Mindaberbisa said...

Banyakkan bersabar. Mudah-mudahan.