وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
"Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus."
[Al-Baqarah: 213]
Kali ni bukan nak fokus cerita pasal hidayah. Tak. Aku teringat macam mana kisah aku dijemput jadi tamu Allah dan tamunya Rasulullah SAW. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Cuma aku akan touch sedikit kaitan penyakit aku dengan kehidupan yang dilalui.
Takda nya nak raih simpati, belas atau puji.Cuma aku teringin nak kongsi bagaimana Allah tarbiyah kan seketul hati. Sebenarnya adalah beberapa perkara telah terjadi dalam kehidupan, yang berjaya membuka mata hati pada keinginan dan kerinduan untuk ke Haramain. Dipendekkan cerita, bertahun doa dipanjatkan pada Dia supaya jemput aku menjadi tamuNya. Tapi rasanya tak tawajuh (bersungguh).
Kehidupan empat tahun lepas banyak berkisar dan bertarung dengan kesakitan. Maksud aku, berperang secara spiritual. Yup aku sakit teruk. Dan dokter pakar letak aku di bawah kategori seolahnya 'pesakit kanser yang tidak dapat dirawat'. Tapi takda lah aku ada kanser, cuma chronic pain disease.
Dengan ujian ni, Allah bina kematangan dalam berfikir. Selain tu Allah ajar yang amat sangat tentang tawakkal, bergantung harap pada Dia semata-mata. Semata-mata. Blog ni pun sebenarnya saksi macam mana aku membesar daripada kanak-kanak riang kepada seorang 'ummi'. Ceh.
Yelah ada orang ingat aku dah berusia sedikit dan ada anak sorang. Heh. Tapi aku memang dah tua pun.
Dan sejak awal tahun ni, dokter semua impress macam mana aku boleh berhidup dengan sangat positif. Awat, pesakit depa hat lain semua drowning ka? Tapi entahlah pengalaman attend ramai pesakit, yang aku nampak pesakit paediatric lebih bertabah. Malaikat jaga agaknya?
Yup, aku nampak seolahnya tak sakit langsung di depan orang. Nak kata cerita pendek, Allah betul-betul bagi aku ke oversea tengok Kaabah selepas spiritual aku dah 'kuat' sedikit berbanding sebelum ni. Jika nak kata tarbiyah daripada Universiti, aku setuju jugak. Dengan bi'ah (environment) yang solehah dan segala perkara kat dalam tu telah mentarbiyah diri aku. Jadinya aku grad bukan sahaja dengan sekeping scroll yang tah apa-apa tuh, tapi aku dapat scroll tarbiyah kehidupan beragama yang Dia redha. Itu yang lebih penting.
Aku grad bulan May dengan semua classmates. June aku start kerja. August Dia jemput aku. Nak kata aku kumpul duit untuk Umrah, tak pernah langsung. Duit banyak guna untuk treatment hospital, surgery, admit ward banyak kali dan beli ubat. Nak kata bila Allah nak jemput, duit keperluan semua tu datang bergolek je. Seriyes.
June baru masuk kerja. Takkan tiba-tiba nak apply cuti lama. Plus minus 3 minggu. Seingat aku, aku sempat kerja dan berpuasa di ofis hanya selama 5 hari. Masa tu dah sedih siap taknak kerja. Tapi sebab mak ayah dah cakap, kerja dulu takpe. Maka aku ikut instinct mak ayah, dengan harapan ada keberkatan padanya.
Start kerja, July aku dah usha Bos. Cakap direct agak-agak aku nak cuti boleh tak? Ada beberapa perkara yang aku pegang yang menyebabkan sukar nak mintak cuti sebenarnya. Tapi selamba je Bos let go. Aku pun macam agak-agak tak percaya je. Satu rahmat rasa menyiram diri. Aku ambil unpaid leave selama cuti umrah tu.
So setel hal kerja. La ni nak setel tiket, visa segala. Ingat time tu da line clear dah. Rupanya Allah takkan terus bagi nikmat secara mendadak tanpa ujian-ujian untuk test pengharapan dan keimanan kita. Pergi sana sini, konfirm banyak kali dan terpaksa kansel pun banyak kali.
Time tu aku first timer, ingat nak pergi before dan during Ramadhan. Supaya tak shock sangat dengan cuaca suasana segala. Kita merancang je. Plan lah macam mana pun, still Allah ada plan yang lebih the boom. Lebih gempak ah maknanya.
Ada 3 minggu lebih lagi. Masa makin suntuk. Ramadhan pulak semua orang dah book awal-awal lagi dengan travel agent. Aku dah makin cuak. Passport pun takda lagi. Injection meningitis pun belum ambil. Gambar pun tah ke mana. Aku setel semua secara ulang alik banyak kali despite of hectic kat ofis. Yup aku bepergian tanpa mahram. Tapi tu citer lain masa lah ye. Yang paling penting preparation ilmu dan spiritual neh. Fuh seriyes cuak!
Sepanjang waktu tu, despite of cuak nak bawak diri yang kerdil jahil ni ke Baitullah, Allah jugak ajar aku menangis bersungguh-sungguh mintak dengan Dia supaya pilih aku Ramadhan kali ni. Memandangkan dah lamaaa sangat simpan rindu dan doa. Allahu, time tu memang sangat rasa hanya Dia. Allah ajar supaya sempurnakan semua perkara lain dulu. Amal, kesungguhan, tawakkal, raja' (pengharapan), khauf (takut), rasa redha dan sabar. Allah cuci dan tarbiyah dulu siap-siap before bagi green light.
Last minutes, dalam seminggu lebih before Ramadhan akhirnya berjaya konfirm flight date. Subhanallah. Memang kepayahan yang amat bila nak pergi last minutes dan dalam bulan yang semua orang ramai nak pi. Tapi bila Allah habaq kau boleh pi, takdak sapa boleh halang dah. Mai la gunung ganang ribut petir pun.
Mencecah bumi Jeddah, lewat petang 2 Ramadhan 1432H. Jasa kamera handset cabuk. |
Trying to give part in conveying the greatness of Allah through real life stories. My time, my efforts, if it did not been use to share to speak about Allah and Rasul, then for what my life would be aim to? We are all the caliphs of Allah, having the promise to bring people to fitrah, towards Allah and Rasulullah SAW.
Aku sebenarnya bercadang nak simpan sorang je kisah-kisah ni. Entah macam mana ter sampai jugak ke sini. Allah jualah yang bukakan hati. Cerita yang tak seberapa ni insyaAllah aku sambung lain kali lain siaran. Nak banding dengan kisah orang lelaki pergi berjuang di Afganistan, lelaki pergi khuruj (keluar) fi sabilillah (di jalan Allah) berbulan-bulan, kisah orang yang korban diri harta dan masa di jalanNya, memang tak terbanding langsung. Itu kisah orang-orang hebat pilihan Allah.
Tapi kisah ini, tentang kembara tanpa mahram di Haramain, tak banyak pun at least sedikit ada yang aku boleh bawa kat kalian tentang kebesaranNya. InsyaAllah.
Siapa kita tanpa Dia? Tak dak sapa lah kita. Allah Maha Kuasa manusia tak dak kuasa apa pun. Come on, people! Segala pergantungan hanya padaNya. Allahu Rabbi!
Okeh! Jumpa lain siaran, insyaAllah.
p/s: Korang lagi suka aku yang 'comel' ni atau aku yang 'garang'? Well camna pun kita tukar-tukar la eh. Cakap 'aku' kira sopan la ye. Bye!
9 comments:
bila hati sentiasa bergantung harap padaNya, segalanya jadi mudah walau didepan ada seribu halangan menanti....kamu sangat kuat dan tabah, moga Allah akan selalu memberkati perjalanan hidupmu....
t kasih as,
jazakallah khier...
maaf tak tau nak komen sbb semua cukup rse.
moga sbr & tabah selalu.
yg sgt pasti, uncle sgt2 yakin ketika itu anakanda as tolong doakan sungguh2 utk uncle. tu pasal la sampai sekarang terasa2.
doa uncle utk as pun tak pernah putus walaupun tak setanding doa insan sehebat as.
"Korang lagi suka aku yang 'comel' ni atau aku yang 'garang'? Well camna pun kita tukar-tukar la eh. Cakap 'aku' kira sopan la ye. Bye!"
suka apa saja sebab dua2nya ikhlas dari dlm hati. lagipun itu kaedah penulisan dan komunikasi je... tak jadi isu.
Suka semua hehehe... suka garang suka lembut...
aku xkisah AO suka guna aku.. memang nampak kasar tapi dah biasa dari kecil AO guna aku.
Aku ni untuk kawan2 rapat .
cuma kadang2 lepas juga ko aku ko aku tuh.
best sangat apa yang as sharekan ni. saja ja nk menyampuk ni.. faham perasaan di tarbiyahkan Allah sehingga mampu untuk meletakkan harapan hanya pada Allah.
:)peluk as kuat-kuat.
Kak Norsha
Sangat touched. T_T
***
Uncle!
Erm tau uncle busy dun worry :)
Sebenarnya ada sahabat yang rasa weird tengok As cakap 'aku'. Sebab tak begitu di luar. :)
***
AO!
HIdayat milik Allah. Moga kita pun jadi asbab turunnya hidayat buat ummat. Ameen, ameen.
Assalamualaikum...
Bila kita menyakini adanya kebaikan dalam takdir Allah, pasti akan merasa senang dalam menerima segala musibah yang datang menimpa.
Orang yang merasakan dirinya sentiasa dalam perhatian Allah, akan gembira dalam menerima segala bentuk kesulitan. Sikap sedemikian akan menghapus dosa-dosa kecil yang telah dilakukan.
Cantik nya pemandangan dari kamera cabuk tu. Terang. Hmmm macam mana lah perasaan masa berada ketika itu ya... tentu tak sabar nak turun ke bawah. Duk lama2 dlm kapeterbang tu pun boleh buat sakit dan kebas bontot jer
Insyaallah satu hari nanti kita juga akan melalui jalan kat bawah tu.
Jeddah-Madinah-Mekah aduhhhh......bestnya
Tidak sabar nak jejak kaki kat sana.InsyaALLAH.
cantiknya Jeddah dari atas..=)
Post a Comment