21 December 2011

Kerjaya baru.

Patience is most fitting by As |||
Patience is most fitting, a photo by As ||| on Flickr.

Setakat hidup ni ada tiga kerjaya yang pernah aku ceburi sesungguh hati.

Satu - tiga tahun training kat hospital tulah. Tapi sebenarnya jadi pekerja tak rasmi. *La ni rasa cam dah lupa 70%*.

Dua - Pernah tangkap gambar sana sini. Dah lama bersara. Bai bai. Kecintaan untuk landscape hampir berkubur da la ni.

Tiga - Hah, kerja untuk syarikat minyak. Sibuk planning sana sini untuk operasi loji syarikat. Totally whole new world sebab sesat ke dunia engineering. Sungguhlah bukan aku tapi Allah jugak yang bagi mudah.

Empat - InsyaAllah coming soon. :)

WHY A TEACHER?

Rasanya dalam banyak-banyak benda, insyaAllah yang ini terbaik buat aku, selamat pada banyak perkara. Hari tuh bila banyak kali dapat kol daripada pelbagai syarikat multi-nasional tawar jawatan menarik gaji lumayan, aku pun start jadi berbolak hati. Tak sedap hati. Dan pelbagai hati.

Aku fikir-fikir, ape kes nak guna intelek aku untuk non-Muslims nye? *walaupun takdelah seberapa pun* Baik la aku guna intelek hat ada ni untuk didik anak-anak generasi pelapis Islam.

Tak kisah lah gaji berapa pun sebab rezeki tu milik Dia, kita apa susah? Yang penting berkat. Yang sikit pun rasa banyak, makna kata lebih daripada cukup. Dengan syarat kena ikhlas ah. If not nanti Allah cakap, boleh blah~

Tu semua hidayat, Bro. Datangnya ibarat lintasan cahaya. Zass sekali je masuk kotak fikiran. Allah bagi idea dan paling penting bagi kesedaran secara cash and carry. Syukur yang amat.

If not tah mana-mana lah aku pi sedekah intelek nih. Eh weh korang jangan terasa pulak. Ni sebab aku dapat peluang double triple rezeki sebagai guru jatuh bergolek tiba-tiba depan mata. Korang dah kerja kat mana-mana tu asalkan halal dan berkat kira orait lah!

So tadi masa kursus, bila aku disoal lagu tuh. Why a teacher? Aku dah zass ada jawapan depan mata secara hologram. Alhamdulillah a'la kulli ni'mah.

RAHMATAN LIL 'ALAMIN

Dulu Universiti aku ada lagu baru. Kami hafal sebab jadi komiti Ta'aruf Week nak kena ajar junior. *Aaa Taaruf Week tu Minggu Orientasi la*. Lagu dia pendek dan simple. Tapi ada word rahmatan lil 'alamin. Hari ni baru aku faham phrase tu dalam erti kata sebenar. Boleh dengar sini.

Seorang guru atau nama Arab dia muallim/muallimah - peranan mereka adalah rahmatan lil 'alamin. Makna kata memberi kasih sayang dan keberkatan dengan menyampaikan perkara yang baik. Patutlah lirik lagu Universiti aku jadi camtu:

Together we make the world a better place.
Forever expand the culture of Iqra.
IIUM is to realize the meaning of Rahmatan lil Alamin.

Oh camtu rupanya!
Faham tak? Tak faham balik fikir sendiri lah pulak. Oke?

PELUANG BESAR

Yup. Peluang untuk menyampaikan fikrah Islam kepada anak-anak. *Ceh gaya cakap macam makcik-makcik yang ada anak-anak.* Maknanya gitulah. Kita ada audience yang insyaAllah kita boleh selit didik fikrah tu dalam sesi pembelajaran.

Apatah lagi isu tauhid. Perkara paling asas dalam jiwa-jiwa Muslim. Kita nak tanam terapkan keimanan dalam jiwa manusia, maka elok benar jika boleh mula time belum jadi buluh. Kenapa iman? Hah lain kali lah cerita, oke? *Banyak dah hutang. Hutang yang sendiri buat*.

Bukan bermakna kau kerja yang non-guru kira kau takda peluang ni. Pandai-pandai cari na. Cuma aku tengok lecturer aku dulu banyak guna time mengajar untuk emphasize Islamic values. Serius. Nak-nak bila subjek Medical line. Aku suspect betul dengan depa. Memang touching and inspiring.

Jadi, I would like to be one!

AKIDAH MERENTASI KURIKULUM

Wah ini antara perkara paling best kat sekolah ni. Ada elemen AMK. Ape itu AMK? Yang aku mention kat atas ni lah, heh! Dia ala-ala Universiti aku dulu, lecturer ajar kena selaraskan dengan Islamic input. Students, contoh untuk report Lab Physics kena ada hadith atau ayat Quran yang relate dengan eksperimen buh dalam tu sama.

Tahun first selalulah kami yang takda basic sekolah agama ni blur je part tuh. Belek Quran versi tafsir tu cam nak makan je. Siap memasing ada software hadith. Hoho. Tahun-tahun selepasnya alhamdulillah dah cun dah part tuh. Nilah antara hikmah didikan gaya nih.

Ala-ala untuk anak-anak sekolah ni, nantilah aku belajar lagi dan kaji cara terbaik. Sebab fokus kita adalah anak-anak ni. Misi kita nak lahirkan generasi pelapis yang memandang dengan pandangan iman.

InsyaAllah!

HARAPAN

Seorang guru kena banyak islah diri, check hubungan dengan Allah dan aku kira banyak perkara kena koreksi diri. Aku doa moga dengan meletakkan Islam sebagai masdar dalam pendidikan mampu jadikan kami one step beyond. Beyond those yang tak.

Moganya diri aku sendiri telah 'terdidik' supaya proses penyerapan Islam dalam kehidupan anak-anak tak 'terputus' dek kerana aku.

TERAKHIR

Seorang guru yang sangat aku hormati pernah share kata-kata seorang alim tentang konsep tahu, faham dan yakin.

Ada orang kerat tangan dan boleh sambung semula kat pasar.
Kalau kamu dengar cerita itu, kamu TAHU.
Jika kamu pergi dan lihat orang itu kerat & sambung tangan, kamu FAHAM.
Jika kamu serahkan tanganmu untuk dikerat dan disambung semula, barulah kamu YAKIN.

Ha gitulah. Dengan asbab hidayat Dia juga kita dapat faham, especially faham agama. Dulu aku suka satu quote ni, yang selalu aku teringat tiap kali pandang wajah lecturer aku kat Universiti.

The mediocre teacher tells.
The good teacher explains.
The superior teacher demonstrates.
The great teacher inspires.

Again, moga Allah bagi faham dan beri kekuatan untuk beramal atas iman yakin.

Nilah first time aku rasa cuak nak kerja. Serius! Tapi Allah kan ada. Time-time gini sangat-sangat teringat hadith make your best. Aku try cuba jaya. Dan aku serah kat Dia for the rest.

We are here to touch the hearts. Still, makhluk takda kuasa, Allah Maha Kuasa. Pemilik segala hati.

La haula wa la quwwata illa billah...

p/s: Hari ni attend course micro teaching, sebab tu la jadi lagu ni. Harap-harap tawajjuh la time dengar tadi.


18 comments:

Afida Anuar said...

Cemburunya dapat jadi cikguuu....InsyaAllah, jika segalanya kerana Allah, gagal atau sesuatu benda tu, kita takkan berasa sedih, apatah lagi kecewa. Moga dipermudahkan segalanya...Ameen..

eh kenapa kuliyah IT takde pun suruh letak hadith ke apa ke dalam assignment tu? hohoho.... double jeles!..


PS: akak pun X-IIU jugak.. Tapi mesti kita tak pernah jumpa kan pasai AS kat kuantan rasanya, akak kat gombak;

As said...

Kak Afida!

Walla kakak ex-IIUM ke.
Patut ah ada aura.
Ecece.

Kakak, tu subjek yang sains-sains nih.
Ingat tak subjek RKUD?
Fuh lagilah.
Time jawab exam rasa cam tengah ambil degree Usuluddin ke ape.
Kan kan...? :D

Itulah antara tarbiyyah untuk As dulu.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Sandar pada Allah takkan kecewa insyaAllah.
Thanks kakak ingatkan :)

Anonymous one said...

Amin. semoga adik saya ni menjadi pendidik seperti yang di hajatkan. :) good luck !

abah said...

guru:
murabbi,
mu'addib,
mua'allim.

membaca keseluruhan n3, abah spt biasa- memuhasabah diri.

alhamdulillah abah dikurniakan anak2 yang sentiasa buat abah rasa sejuk mata (hati) dan semoga keluarga kita menjadi menjadi pemimpin hamba2Nya yg bertaqwa.

tahniah. selamat berjuang di satu medan lagi. sabar dan tabah selalu.

~PENCHENTA~ said...

:D

Nanti jadi cikgu jangan guna teknik blocking. Anak2 baru nak membesar. Jangan terus kata salah. Tapi guide them kepada ilmu yang benar. Baru fikiran mereka berkembang. :D

Selamat mendidik ummah. :D

As said...

AO
Kakak! Doakan. :)

***

Abah
As tak belajar arab!
Heh.
Mu'addib tu ape?
Doakan eh. :)

***

Pechenta

Tara.
Heh.
Bernas sekali adinda.
Patik sangat suka.
Doakan na. :)

Anonymous said...

pilihan kerjaya yang terbaik..

AY

Anonymous said...

boleh la syarah usuluddin sekali ya...

Naj Mi said...

selagi ilmu yang guru ajar pada anak murid digunakan ke jalan yang baik, selagi itu lah pahala berterusan dapat pada si guru.

tugas sebagai guru tidak kira dimana saja amat mulia, dan tidak ramai yang mampu memikul tugas seorang pendidik ni dg baik.

nampaknya beruntunglah bakal2 murid cikgu As nanti ya. walaupun kadang2 pendapatan guru tak seberapa tapi mengajar ilmu disisi Allah kan amat besar pahalanya.

moga berjaya dan berkekalan dan gembira sebagai guru.... insyaallah

abah said...

abah pun belasah je,
kalau tak salah mu'addib maksudnya pembentuk akhlak. kata akar, adib-adab.

143sm

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Selamat memikul tugas baru, moga Allah kurniakan kekuatan buatmu untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah~Nya.

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum...
Selamat Memulakan Tugas sebagai guru baru. Walaupun x bertugas lg.
:)

Norsha said...

Salam As,
honestly, tersentuhnya baca....

As, akak mgajar di sek luar bandar, 100% pelajar melayu Islam, sek biasa, tak glamer, tapi seronok sgt sbb dapat kongsi dgn mereka ttg nilai2 agama,... sbnarnya, ramai sgt anak2 remaja kita yg kosong jiwa raga....

As, bila kita niat segala2nya kerana Allah, percayalh Dia akan bantu kita....

Tahniah dan selamat berjuang....

Mindaberbisa said...

Alhamdulillah. syukur menjadi daie secara tidak langsung. Teruskan usaha teman.

Anonymous said...

Salam sis, saya kagum sangat tgk sis yang cari pekerjaan betul2 berlandaskan Islam. X kisah walaupn gaji x lumayan. Betul, berkat itu penting :)

Bintu Salman said...

Tukar kerjaya rupanya. Dari doctor ke teacher? Jelesnya! :(

ukhti,mardhiah said...

proud to be teacher:)
ala,kak maz.doc ke cikgu ke, di sisi Allah, kalau x buat kerja agama, semua x berguna. Kn kak As?
pandai mard cakap erkk..

go kak as!go kak maz! go mard!

:)

As said...

Yana Lan (bukan nama sebenar, hehe)
and MArd dear :)

True enough.
Jom sama-sama istiqamah menyampaikan kebesaran Allah kepada ummat. :)

Mendoakan yang terbaik untuk career kalian.
Moga dapat mandat sebagai house manager cemerlang one day.
Amin.
Heheh.