Selalu tak kau risau pasal rezeki?
Tapi pernah tak kau ingat siapa pemilik rezeki sebenaqnya?
Kau risau pasal gaji kau bulan-bulan
Tapi kau ingat tak pasal barakah?
Gaji kecil pun asal ada barakah, seolahnya macam banyak.
Gaji besar pun jika tanpa barakah, still macam tak pernah cukup.
Apakah itu barakah?
Sesuatu yang sukar nak diungkap, Bro.
Barakah adalah keajaiban.
Baginya dalam syukur dan sabar.
Barakah membuatkan kita senyum walau air mata jatuh menitik-nitik membasahi bumi.
Boleh bayang dak?
So bagaimana mencari barakah?
Kuncinya adalah keIMANan.
Iman yakin bahawa pemberi rezeki adalah Allah.
Bukan manusia.
Bukan bos.
Bukan company, sama ada gah atau tidak, besar atau kecil.
In everything, in anything, back to Him.
Dalam susah mahupun senang, sentiasalah cari Dia.
Doa tu kan senjata mukmin, takdir pun bisa berubah dengan doa Bro!
Kalau kau biasa dengar cerita wali-wali Allah?
Yang hanya bergantung harap sepenuhnya pada Dia.
Time orang mintak duit pape, dia just duduk bertafakur berdoa sepenuh hati je.
Tup tup turun duit entah dari mana.
Bergantung tahap iman yakin kau lah tapinya.
Ni kisah wali Allah.
Kita ni, usaha wajib ada.
Sebab Allah pandang pada usaha kita bukan pada hasil.
Barakah tu jugak adalah rasa tenang bila kita melangkah ke tempat kerja.
Berkerja ikhlas kerana Allah SWT, bukan kerana gaji.
Menjaga solat awal waktu sesibuk mana pun.
Serta berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.
Kita berkerja sekadar untuk keperluan.
Bukan untuk memenuhi kehendak diri.
Sekadar supaya kita tenang mengabdi diri pada Ilahi dengan cukupnya keperluan
Tapi tak salah pun nak berbelanja untuk kehendak.
Cumanya bersederhana itu lebih menghampiri taqwa.
Rasulullah SAW dan para sahabat tak pernah hidup senang.
Mana yang ada kelebihan harta, akan diwaqafkan di jalan Allah.
Kehidupan mereka selain kerja dan beribadah, depa sibuk fikir risau tentang ummat.
Sibuk fikir macam mana nak sebarkan agama.
Hangpa ada pikir dak?
Biasa asyik fikir harta dunia tak cukup-cukup je.
Takdak rasa nak ajak manusia pada kebaikan.
Kat akhirat nanti kena soal baru tau.
Dan ingatlah ketika suatu ummat berkata; "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan diazab oleh Allah?"
Mereka menjawab; "Agar kami mempunyai alasan terlepas tanggungjawab kepada Tuhanmu dan agar mereka bertakwa." [Al - A'raf: 164]
Yosh!
_____________________
Pasal aku berhenti kerja tuh.
Aku adalah apply lagi lepas-lepas tu.
Memang banyak interview dipanggil.
Syarikat besar-besar, post menarik dan gaji yang lumayan.
Aku terima memula, tah kenapa.
Tapi bila fikir-fikir semula.
Tentang aku dan wanita, tentang masalah-masalah yang bakal timbul.
Tentang maslahat nya, lepas duk fikir dalam-dalam.
Aku rasa nak pergi berbakti mencurah dan mengutip ilmu.
Aku nak cari redha Allah, aku nak lalu jalan taqwa..
Aku harap Allah thabat (tetapkan) hati.
Supaya cinta akhirat bukan cinta dunia.
Takdak anak sendiri nak didik, aku nak pi didik anak orang laen lah.
Ajar sekolah agama ke, madrasah ke best gak.
Biarpun gaji tak seberapa, like I care?
Bukan sebab aku kaya, nope!
Tapi kan aku dah cerita pasal barakah kat atas tadi?
Kau ada baca tak?
Bye!
12 comments:
Aku baca bro.. aku terKeSan dengan kata-kata ko bro
Aduuuuuhhhhh terima kasih sebab ko antara orang yang selalu ketuk-ketuk dan tempa aku.. Alhamdulilah antara nikmat Allah bagi aku ialah mengenali ko bro!
Aku pun pernah fikir begitu (kejar harta) sampailah suatu hari aku tengok cerita kat drama tentang org yang terlalu mencari rezeki, kemudian tak semena mana mulut aku lps cakap. " harta ni kita cari cukup buat diri kita je yang lain tu lebih penting akhirat" mak aku dengo dia kata "tau pun ko memang selalu kejo dunia" ( dia ckp baik sikit dr ni.. ini ayat aku je hehe) .. sebab dia tahu aku antara orang yang sangat mengejar sesuatu yang aku mahukan.. aku terketuk dan terketuk aduhhhh tapi best ... macam benci tapi rindu gitu .
thank you bro ... peluk kau kuat-kuat. :)
AO
Bestnya if dapat peluk kuat-kuat.
Know what, bila As decide macam tuh, As rasa nak sangat big warm hugs from someone and telling me that, what I did is right.
Just that. Heh.
Allah is enough. Allah is enough.
One day bolehlah peluk AO kuat-kuat. :)
Percaya pada diri sendiri, kalau rasa tindakanan tu betul berserah pada Allah.
Bila kita buat sesuatu kerja mengikut naluri hati dan minat kita insyaallah semuanya akan berjalan lancar dan bahagia sepanjang masa.
pasal wanita bekerja, kalau tengok kat mekah pon, takde kut orang perempuan merata-rata kerja..yg jadi cleaner or guard kat masjid je yg sy nampak..kedai2 memang 1 pon takde perempuan. even kedai makan pon semua lelaki.
cuma kat madinah ada jugak laa yg berjaja..
tapi dengarnya lesen kete pon orang perempuan kat sana tak boleh amik. sy baca kat blog cursing malay, dia sembang ngan perempuan dari syria kut..dtg m'sia abes rosak pakai seksi kemain..dan dia suka m'sia sbb boleh pakai seksi. kat negara dia takleh (erk! cam lari topik plak)
tapi ape yg sy cube bagitau adalah, cam pepatah Melayu "di mana ada gula, di situ ada semut." ade offer keje, ade la yang amik/apply. lagi-lagi tak kisah lelaki or perempuan, asal ade qualification..
Quote :
"Bestnya if dapat peluk kuat-kuat.
Know what, bila As decide macam tuh, As rasa nak sangat big warm hugs from someone and telling me that, what I did is right."
same la dengan kiteee~~
haha.
True! Rezeki milik Allah. Tapi kita selalu lupa, lupa, dan lupa. :(
kenapa As dah guna 'aku', 'bro' semua tu? dulu 'saya'. macam x sesuai la
NAj Mi
Ikutlah fitrah Ilahi, insyaAllah bahagia. :)
***
Si tenang
Tak salahnya di Mekah/Madinah wanita tak boleh memandu sorang-sorang.
***
Penchenta
Banyak kali Allah kena remind pasal syukur dalam Quran kan?
***
Anonymous
Yes As tahu As sopan. Hihi.
Mesti kamu kenal As kat luar sana ni where As tak reti cakap 'aku', cuma pandai guna nama. Kat sini As nak alter attitude sedikit demi kemaslahatan ummat.
Macam mana. Kira aci?
sokong..
tepat sekali As, rezeki biar sikit tapi berkat, kerja biar tak glamer dipandang manusia asal mulia di sisiNya....
tipu3!! sebab u kaya!! ;p
~mmmuuuaahhh!!
Candlesky
Aci sekeh?
Hehe. Love you. :)
nak capai tahap yakin buat apa yg anak abah mampu buat sekarang, adalah terlalu sukar bagi sesiapa jua yang tidak nampak apa yang anak abah nampak.
abah sentiasa kehilangan kata2 dgn anak abah yang sorang ni. penyejuk mata dan hati.
p/s- apasal abah takde tinggalkan komen dalam entry ni ya?
agaknya baca, cadang nak tinggalkan komen komdian, akhirnya terlupa terus.
belek2 entries anak abah hari ni, baru perasan takde komen abah.
Post a Comment