10 December 2011

Allah panggil tiga kali je

Full moon at Dentistry



Korang tau dak panggilan Allah ada tiga kali je selama kita hidup ni?

________

SATU - PANGGILAN AZAN.

Jadi lelaki-lelaki yang bajet macho di luar sana, kau hanya akan terserlah kehenseman apabila dengar je azan kau terus solat sunat di rumah [Al-Muwatta' No: 8.1.4] dan susun langkah ke masjid untuk berjemaah fardhu. Macam tu baru hensem terlebih Bro.

Semua orang pun tau solat berjemaah tu pahalanya kali 27 banding dengan solat sesorang [al-Bukhari no: 645 & Muslim no: 249]. Tapi tak semua ambil tau kelebihan solat berjemaah, walhalnya Rasulullah SAW sentiasa solat berjemaah sejak berhijrah ke Madinah.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang muslim keluar menuju masjid, maka Allah akan menulis baginya untuk setiap langkah yang diayunkan satu kebaikan dan menghapuskan darinya satu kesalahan hingga ia sampai di safnya."
[Al-Albani di dalam Al-Silsilah As-Sohehah No: 1063]

Ikutkan hati nabi, nak je baginda perintahkan semua orang solat jemaah. Sampaikan baginda nak bawak kayu api pi bakar rumah yang kat dalam dia ada kaum lelaki yang tak pi solat jemaah kat masjid [berdasarkan hadis dari Abu Hurairah, riwayat Bukhari & Muslim].

Hadis tersebut tunjuk kat kita bahawa solat jemaah di masjid ni adalah Fardhu Ain [kata Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Fathul Bari]. Fardhu Ain ni Tuan-Tuan maksud dia kewajipan bagi setiap diri. Takkan Rasulullah SAW sampai nak pi bakar rumah if solat jemaah ni sekadar fardhu kifayah? Fardhu kifayah ni pulak maksud dia, if da ada orang lain kat kampung tu yang pi solat jemaah di masjid atau surau, maka orang lain yang tak buat tu kira takpalah.

Dulu sejak zaman belajar sampai la ni, time-time aku down aku akan jejak masjid atau surau cari tenang. Kau rasa tenang tak duk kat masjid? Rasa macam di-tenggelam-kan dalam dunia berbeza kejap. Dulu aku selalu fikir sebab ni rumah-rumah Allah. Apatah lagi bila dalam kalamNya dah dinyatakan, hati kita tenang bila ingat Dia [Ar-Ra'du: 28].

Ikut kajian Sains, banyak dah terutama pasal kalimah Allah, bila kita baca dalam air pun molekul dia berubah jadi super indah. Oh ini seriyes benar sebab aku dan sahabat-sahabat buat research sikit berdasarkan kajian orang terdahulu. Untuk subjek ape entah kat Universiti dulu. Walaupun aku budak Sains, tapi zaman Universiti dulu banyak sangat subjek ke-agama-an sampai dah lupa subjek mana satu.

Jadi bila azan dilaungkan, gelombang dia akan diserakkan ke sekeliling, sekaligus gelombang sekeliling kita nih akan berubah ke frekuensi theta. Which frekuensi yang sama jadi bila kita dalam keadaan sangat relax. Bila sangat relax wajiblah tenang. Sebab tu mudah capai tahap khusyu' dan tenang bila solat di rumah-rumahNya.

Papepun rasa tenang tu Allah yang bagi, segala logical reasoning ni untuk orang-orang yang nak kukuhkan lagi iman yakin depa. Termasuklah orang-orang yang belajar Medical Science, banyak ketemu kebesaranNya dalam penciptaan manusia. Moga membawa para penuntut ilmu lebih dekat pada Allah.

Tuan-tuan, ragu-ragu lagi nak jemah di masjid? Klik sini.

Wanita pulak, lebih baik solat di dalam bilik di dalam rumah mereka berbanding solat jemaah di masjid [Riwayat Ibn Abi Syaibah, al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah, Fiqh al-Sunnah li an-Nisa, m/s 249]. Taaapi korang hanya akan nampak cun if usai azan je kau dah angkat takbir nak solat sunat/fardhu. Seriyesly.

Oke! If nak kait dengan Sains jugak. Konsep masih sama, gelombang Theta tadi tuh. Dia berserakan, sampai jugaklah rumah-rumah yang dapat dengar azan neh. So awal waktu tuh dia segar lagi, makin lewat makin kurang dah gelombang best tersebut. So, rugi.

Apabila ditanya pada Nabi SAW apakah amalan yang terbaik, baginda cakap solat di awal waktu [Hadis sahih riwayat Tirmidzi & Abu Daud]. Sebab-sebab yang lain adalah, kau bukan boleh expect bila kau akan mati? Kan? If mati sebelum sempat solat nak buat lagu mana? Jadilah kita golongan yang melengahkan solat.

Lain pada tu, ada lagi benda yang kita tak boleh expect. Period yang datang pada waktu yang tak kita jangka. Dan if kita duk rumah, tetamu yang mai tiba-tiba. Wanita yang kat ofis pulak, kerja yang tiba-tiba je Bos bagi. Kena pulak if time tu dah habis waktu rehat dan kau baru je nak gerak pi solat tetibe Bos panggil suh buat kerja.

Biasanya orang yang belum solat sedang waktu dah lewat sangat, depa segan nak bitau. So biasanya proceed jelah buat kerja dulu.

So janganlah berlengah. Jangan. Please please. Jadilah kita wanita-wanita yang dimuliakan..

________

PANGGILAN SETERUSNYA

Panggilan kedua is panggilan haji dan panggilan ketiga is panggilan Ilahi bi ma'na dijemput Ilahi meninggalkan dunia yang fana nilah Bro!

Oh aku tak berniat nak bincang pasal kedua-dua panggilan ni. Agak-agak nak baca sangat cuba kau tanya kat Tuan Haji Google yang serba tahu. Make sure source bacaan korang tu reliable na. If rajin aku citer lah lenkali.

_________

PENUTUP

Bagi wanita jom try-try galakkan mahram kita tunaikan solat berjemaah di masjid/surau. Agak-agak payah kau follow sekali bagi semangat. Dah agak oke kau lepas jelah dia pi sorang. Seriyes memang kena tawajjuh (bersungguh-sungguh) wa cakap lu. Mana ada semua benda datang bergolek Bro?

Ingat senang ke nak dapat syurga? Fuh! Tapi wanita seriyes senang nak masuk syurga. Hubby yang pergi jemaah masjid, isteri dapat sama pahala 27 kali hatta solat sengsorang je di rumah. Tapi wanita pun senang jugak nak masuk neraka if tak kena gaya. Hah lenkali lah citer!

Doalah jugak kat Allah supaya hadirkan tenang, khusyu' dalam hati-hati kita. Bantu kita berjemaah di masjid bagi lelaki dan bantu kita solat awal waktu bagi wanita. Kena usaha kuat lawan nafsu ni. Kena usaha sungguh-sungguh takdak masa da nak main-main. Gambatte ne!

11 comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

baca entry ni kadang2 rasa macam kena pelempang pun ada anaknda as.
serius...
tapi pelempang manja lah. ala2 pelempang kaum ibu. hihihi...
jazakallah khier

uncle nak share kat blog sana ya. kopi paste.

moga sabar dan tabah selalu.
cantik wall baru ni. damai.

Anonymous onec said...

Aduhhhh AO kena luku jer dengan as... AS kene pelempang manja terus haha,.


Satu peringatan yang baik.. AO gengam kuat2 :) amin amin amin moga tergolong dalam golongan wanita solehah dan dapat masuk syurga serta mati dalam khusnul khatimah.

si tenang said...

as..
cemane pulak kalau orang perempuan nak gi masjid jugak?
sy ni bukan la kuat mane pon. kalau subuh n isyak tak di masjid, memang hujung2 waktu lah jawabnye dan takut terlepas je..
sy senang kalau subuh, maghrib n isyak jemaah kat masjid sebab memang kompem la awal waktu. duk umah, siyes merepek. dah try jugak la pas dah bape lame jugak gi masjid, try tak pegi..huuu..memang ade sikit liat jugak..
lagipun seronok jugak gi masjid. boleh dengar kuliah/tazkirah..

As said...

Uncle!
Oh blog header atas sana ka?
Alhamdulillah tengok rumah Allah ni memang sedap mata hati.

***

AO
Ameen!
Erk kes sekeh atau luku tu kat sana je ye. Heh. :)

***

Sakinah

عن بن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن

Dari Ibnu ‘Umar RA; Telah bersabda Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam :
"Janganlah kalian melarang kaum wanita pergi ke masjid, akan tetapi shalat di rumah adalah lebih baik bagi mereka."
[HR. Abu Dawud no. 567, Ibnu Khuzaimah no. 1683, Al-Hakim no. 755 dan yang lainnya; shahih lighairihi]

Cumanya tidak boleh memakai wangi-wangian, tidak ada peluang untuk fitnah, dan segera pulang lepas solat selesai ditunaikan.

Lagipun pernah baca kat mana entah, jika ada majlis ilmu di masjid, pergi jelah dan solat lah terus alang2. Aw kama qal sabda Nabi SAW tapi versi BM lah. Heh.

So oke? :)

As pun pi je bila rasa nak pi. Especially Zuhur Asar sebab sikit je yang lelaki yang jemaah time tuh. Till then.

WA.

abuyusof said...

wow.. ada blog rupanya.. awat tak cakap..

As said...

Abu Yusof

Hai Abang Azhar, As ada blog. Oke tak lagu tuh? Heh.

Sila tunjuk ajar eh :)

abuyusof said...

tunjuk ajar pertama: guna bahasa standard(saya pun belajar dari aj ni)kerana dengan bahasa yang standard kita akan lebih berupaya menyampaikan mesej kepada si pembaca.. sekian

As said...

Abu Yusof
Betul sangat Abang Azhar, Acai pun tulis best. Cuma ramai dah guna bahasa standard. Jadi As nak guna bahasa muda mudi lah pulak. Guna style approach lain. Campur-campur sket masam manis. :)

Moga Allah terima amalan yang sedikit nih.

Anonymous said...

bukan ramai sangat yang guna bahasa cincai.. yang guna bahasa standard yang kurang.. dan elakan guna shortform..

ay

Anonymous said...

mohon share boleh?

As said...

sila-sila.