Mood rudum sedikit, kelam macam gambar ni. Mungkin sebab kesakitan yang super kuat. Oh macam dah lamaa sangat tak bukak cerita sakit. Good.
Pagi tadi ada cakap mungkin takkan rasa efek besar jika kesakitan ni mai lagi style menggila. Oh nampaknya terus diuji kesabaran. Memang Allah nak bagi reminder cash and carry. Haila aku lah jugak seorang manusia. Ada waktu tergelincir sedikit. Hatta sebesar kuman pun, mesti ada.
Bila Allah izin nak jadi. Gitulah. Allah jugak yang bukak hati.
Disebabkan masuk mengajar kat madrasah ni dan dan je dekat nak bukak sekolah, terus hari yang sama kena pergi kursus dan hari-hari seterusnya sibuk beraktiviti bagai. Tak lupa lesson plan nak kena prepare. Dan patutlah kena ada basic ilmu formal pendidikan supaya tak jadi agak terkapai di awanan macam aku. -_-"
Pastu petik kepala, come on ujian je ni. Simple dimple. Sat lagi okelah ni. Sat lagi zass dia jadi easy measy. Tapi belum jadi lagilah lepas seminggu. Takpe malaysia boleh. Walaupun hari ni dah tahap nak nangis mengenangkan lesson plan.
Ape, google je? Copy yang tahun lepas? Aa yelah, sebab takdir silibus baru. Jadi takda rujukan mana-mana lagi melainkan dah pergi kursus pasal silibus baru. Ala takpe petik jari nanti setel lah benda simple nih.
-_-"
Hah nilah syndrome kesakitan super time kerja banyak. Mental emosi berperang dengan iman. Harapnya iman menang, takmo bagi syaitan the devil mevil menang. Cannot!
MINTAK IZIN
Alkisah mintak izin tentang dua perkara pada parents. Perkara satu dah lama mintak, tapi lulus bila dah ada wonderwall guardian angel sahaja. Perkara kedua, pun tak dapat kelulusan.
Jadinya selagi tak bertentangan dengan syariat wajiblah seorang anak ini dengar dan taat tanpa banyak soal. Still lah aku doa kat Allah bukak hati ibu ayah bagi izin laluan. Amin.
BANYAK
Tiap kali tengok banyak nya pil nak telan. Aku cepat-cepat ingat ramai lagi orang yang suffer nak kena telan lebih juta-juta ubatan dalam sehari. Erk metafora je.
ANOTHER HALF
Means we're better when we're with them. Faham? Suatu perkongsian in any senses that matter. Sesuatu yang menyebabkan aku speechless, macam sekarang ni.
Yang tak perlukan cinta masyuk. Hadiah bertindan-tindan. Cukup satu tunas kecil yang kadang tak sedar pun dia existed. Tinggal nak semai nak baja at the right time. Sometimes. Sometimes sebab it would be even better bila walau tanpa tunas, dia boleh mekar dengan jayanya pada masa yang tepat.
"Where are those who love one another through My glory? Today I shall give them shade in My shade, it being a day when there is no shade but My shade."
[Hadith Qudsi No. 23, Al-Bukhari & Malik]
Oke, done.
SEORANG AISYAH
Seseorang telah merujuk kan kami. Sekujurnya Aisyah itu adalah
Aisyah Nur Hakim. Oh kerap ternampak padahalnya seorang nama itu di tempat-tempat yang sangat familiar.
Oh btw Aisyah, beliau yang merujuk kita itu nampaknya telah memberi pesan. Moganya As mengikut jejak langkah ninja akhir zaman yang seorang ini. Alhamdulillah niqab menjadi pilihan hatimu duhai ukhti.
Siapa yang tak bangga. Hati berbunga mekar senyum melihat di sebalik dua biji mata yang terlihat. Hanya itu. Cukup untuk memberi ruh penyejuk buat seorang As.
Doakan doakan. Doakan seorang Hasanah ini diberi izin oleh Allah. Sedang berusaha. Moga Allah permudahkan pada jalan menuju kebaikan. Allahumma ameen!
SEORANG ANAK
Dalam sibuk menaip perlahan-lahan menahan sakit, si kecil datang dan pergi. Menagih kasihkah? Menghulur buku-buku yang sekeping dua itu. Seolahnya dah lebih daripada berat badan dia sendiri!
Cuma mahu datang hulur buku untuk aku terima. Kemudian mahu aku serah kembali. Dan dia dengan gembira akan mengucapkan, "Ciiihh."
Yang bermaksud, terima kasih! Itulah anak-anak kecil mahukan perhatian. Hatta sekecil itu yang baru setahun setengah mengenal kaki. Yelah, dapat kaki boleh jalan.
Oh aku letak azam tanak blogging nanti dah ada anak. Er maksud aku, waktu depa berkehidupan lah. Depa tidoq bolehla nak menaip sepatah dua kata buat peminat. Ceh!
Oh anak-anak memang penyejuk mata dan penyejuk hati. Moga si kecil besar jadi pemimpin golongan bertaqwa. He's my little sweetheart, he taught me patience. Hatta bukan anak sendiri.
TERAKHIR
Last dah. Boleh pulak menaip sambil macam ni. Yelah nothing is impossible, for whatever it takes. Tinggal nak ke tak nak je. Sama jugak dengan agama. Jika hati dah berkehendakkan agama, alasan reasoning semua dah tak perlu dah. Lautan api pun sanggup direnangi. Sepatutnyalah.
Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa.
Wallahua'lam.
p/s: Oke dah habis satu entry. Err nak taip lagi satu terus boleh?