5 July 2008

Mereka Permata

"Cuti sampai bila?" Tanya ayah tengah hari tadi.

"He, esok balik.." Jawab saya sambil senyum. Ayah geleng kepala, agaknya pening tengok anaknya sekejap ada sekejap takda.

Saya baru pulang ke rumah semalam dari UIAM. Jadualnya cuti semester bermula 8 April hingga 6 Julai. Tapi selepas 15 April barulah saya pulang ke rumah dan sejak 2 Jun saya telah menjadi biskut Chipsmore. Sekejap ada sekejap tiada di rumah.

Ibu pun geleng kepala. Dan sebelum ini terpaksa saya berbincang dengan ibu sambil memegang kalendar demi untuk memahamkan beliau akan keadaan saya. Ke mana saya pergi, kenapa saya pergi.

Sejak saya asyik meninggalkan rumah 2-3 minggu yang lepas, ayah sangat sibuk. Keluar pagi balik di tengah malam. Jika sekali sekala saya pulang, pada hari saya ingin kembali ke UIAM, pagi-pagi lagi saya akan berlari mengejar ayah sebelum ayah ke tempat kerja. Saya cium tangan ayah, mohon maaf dan ucapan terima kasih. Itu rutin.

Sewaktu saya di bangku sekolah harian, guru saya pernah berkata,

"Mesti kamu kekurangan kasih sayang ayah, kan. Sebab jarang jumpa." Kata-katanya kerana ayah saya sangat sibuk, saya juga banyak masa dihabiskan di luar rumah untuk kelas-kelas tambahan dan aktiviti sekolah.

Saya terkejut kerana dihukum sebegitu. Guru, aku mahu kau tahu, kasihnya ayahku, tak pernah aku rasa kehilangan. Bukan kuantiti jadi pengukur, tapi kualiti!

Sejak tinggal di asrama, makin berkurangan kekerapan saya berada di rumah. Ditambah lagi dengan Program Latihan Khidmat Negara seminggu sejurus selepas tamatnya peperiksaan SPM. Jika dikira semula, sejak 6 tahun lepas, cuti kali ini adalah paling lama saya berada di rumah, sebulan setengah!

Dalam sebulan setengah tersebut, saya banyak seorang diri di rumah. Ibu pun sibuk dengan aktiviti beliau sendiri seperti mencurahkan ilmu pada kanak-kanak dan pergi menuntut ilmu. Sibuk bagaimanapun, waktu tengah hari, ayah dan ibu akan ada di rumah. Segalanya ibu siapkan terlebih dahulu. Bagi ibu, rumah mesti beres, baru boleh keluar. He.

Kadang saya kesal apabila mempunyai kereta sendiri. Jika tidak ibu ayah akan menghantar saya pulang ke Universiti. Dan saya banyak berkongsi cerita sewaktu dalam perjalanan. Dan kadang saya kesal dengan adanya kapal terbang. Sejak saya belajar di Pusat Asasi UIA di PJ, perjalanan pergi balik saya tidak lagi dihantar ibu dan ayah.

Heh, banyak perkara jika dibilang membawa kesalan, namun janjiNya setiap sesuatu membawa hikmah, antara tampak atau tidak, tersurat atau tersirat. Itulah sifat kasih sayangNya terhadap hambaNya yang kemudian menyubur di hati para ibu dan ayah terhadap anak-anak mereka.

Besarnya hati ibu dan ayah terhadap anak-anak, sama ada dapat dihitung dengan mata atau tidak. Dan kita pasti takkan mampu mencapai tahap itu!

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): 'Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil."
[al-Israa': 24]

p/s: Saat saya menulis, ayah masih sedang bekerja. Bekerja untuk Petronas. Pesanan khas buat semua, kakitangan Petronas bekerja keras untuk rakyat, jangan salahkan Petronas atas kenaikan harga minyak. :D ~Owh dengar cerita ramai kakitangan Petronas turun untuk protes esok~

7 comments:

farah, s. said...

bwk kete sendiri ea? bestnya!

Anonymous said...

cerita pasal mak ayah...
sedihnya...duk sorang2 sini..
semalam satu peristiwa jadi kat hospital masa tengah praktikal(praktikal di bhgn trauma)..

sorang nenek,dia ni sangat manja..macam budak2..minta tu la minta ni, bila masuk je bilik dia , ada je permintaan dia, dia mmg xleh jalan dah..

tiga hari lepas, lepas tukar bilik, anak dia dah tak datang melawat..
jadi yang banyak melayan dia, nurse2 n kami student yang buat praktikal tu..

semalam masa dalam pukul satu, dia menjerit..kami buat2 xtau je la..sebab mmg dia selalu menjerit (jeritan cam budak2)..

buat cam biasa, tap dalam kul dua tu, semua orang kalut...tengok2 , pergi bilik dia, dia dah mati...mati sorang2..xde sape sebelah dia..

lepas dari tu, dari aktif sebelum tu, terus terduduk..saya tak tau nak buat ape..hanya tengok member2 tolong uruskan mayat dia..

banyak yang menusup jiwa dok hospital rusia ni..terutama berkaitan orang2 tua..takut sangat, sedih pun ada sebab tengok mereka sorang2..xde sape nak lawat..

AISHAH roslan said...

alahai, part yg last tu spoil mood tau. HAHA.

As said...

To Umar AL fateh...

LA tahzan :) sedih ar kalau dengar cite pasal orang2 tua neh..
Kalau as takleh jadi anak yang baik, as pun doakan as mati dulu sebelum sempat as derhaka kat ibu ayah.

Bile kita dalam kondisi macam dalam cite kamu tuh, susah jugak, serba salah kita ni apa nak buat. Sebelum start praktikal pagi2 tuh, doalah dulu moga Allah sembuhkan pesakit dan beri ketenangan pada mereka. Tu je bleh tolong selain giving a gud service. InshaAllah.

To aishah..
Hehe..spoilt eh :D tamau bagi eshah tenggelam dalam mood ;)

neem said...

herm...sedih la. rindu mama, papa. dah lama x cium tgn dorg, x cium pipi dorg. T_T

la tahdzan~

Anonymous said...

"Mesti kamu kekurangan kasih sayang ayah, kan. Sebab jarang jumpa."

ana juga mengalami nasib yang sama, setuju dgn kte2 as, bukan kunatiti yg diutamakan tetapi kualiti masa bersam yang diutamakan...

Ditambah lagi dengan Program Latihan Khidmat Negara seminggu sejurus selepas tamatnya peperiksaan SPM.

oh, satu planet juga dgn ana...

Saya cium tangan ayah, mohon maaf dan ucapan terima kasih.

tiada lagi peluang ana untuk berbuat demikian dengan ayah ana...

berbaktilah kepada mereka ketika hidup dan sesudah meninggal dunia

As said...

To Humairah dan BAd:
Terima kasih atas kehadiran, dan isu yang dibangkitkan..

Peringatan..