24 July 2008

If yOu read mine

Teman, ke mana kamu?

Jangan kau cari daku
aku pergi mencari damai duhai teman
tiba masa kan ku pulang

Yang patut itu memang perlu dilakukan
Tapi perlukah setiap yang patut itu disegerakan?

Tuhan,
aku buntu dipersimpangan pilihan
hanya padaMu segala pengharapan
dan penyerahan..

Teman,
andai kau membaca ceritaku,
aku mohon doa darimu
moga diberatkan hati pada yang terbaik
di sisi Tuhanku!
--------------------------------------

"Tolong sign attendance untuk As ye, I won't be in for our classes today, still stucked kat hospital."

Khidmat pesanan ringkas (KPR a.k.a SMS) untuk teman 3-4 kali sepanjang minggu ini. Untuk mass lectures sahaja boleh praktikkan pesanan begini. Sebab agak susah hendak ketemu pensyarah mass lectures dan sampaikan surat dari doktor, jua bilangan pelajar yang ramai takkan tampak jelas akan ketiadaan saya.

Sangat mudah tandatangan saya, nun wau ra, garis. Siap. Lagipun di dalam kelas, bila sampai attendace sheet pada saya, biasanya sudah siap bertandatangan. Pastinya kerja kawan-kawan. Nakal.

Untuk course lectures, sume saya akan sertakan surat doktor kerana hanya kami bersembilan, pasti jelas nampak ketiadaan saya. Biasanya pensyarah akan letakkan 'with apology' setelah mendapat perkhabaran sebab dari teman sekelas. Kata pensyarah, tidak perlu surat doktor, mereka faham keadaan.

Namun hati tetap gundah, betul kah tindakan itu untuk mass lectures. Mungkin susah hendak fotokopi surat doktor dan serahkan kepada setiap pensyarah mass lectures yang sukar ditemui itu. Makan masa. Tapi benarkah dan bolehkah tindakan itu.

Walaupun konsepnya sama, ketiadaan di kelas itu dibenarkan atas sebab yang kukuh, namun mohon pertolongan teman untuk tandatangan itu benar atau tidak..?


p/s: isi entri tiada kaitan dengan nukilan di atas, harap maklum.

2 comments:

TimMie said...

i've once thought of doing the same thing - asking a friend to sign attndnce for me - but i couldn't bear the feeling of guilty afterward.i believe it's better to inform the lcturers ur reasons 4 being absent.in both cases a friend's help is needed.

however that's jz my opinion. =)

As said...

Dearest sista,

As nye perasaan guilty tak dasyat sangat sebab absent with reason, cuma seminggu ni masih belum jumpa masa untuk pergi mengadap mereka, packed. Sebab mereka bukan lecturer from my course :D

Tapi akan cuba pergi mengadap. Sebab most of them tak amik attendance pun sebab susah nak nampak budak2 ni absent.

So, inshaAllah :)