21 July 2008

Astigmatism

Malam itu kami selesai makan, tujuan seterusnya menuju ke daerah yang belum kami terokai di malam hari. Mengambil dia di Amansari.

Memikirkan itu, aku menyapa seorang teman sekolah yang sama-sama ada,

"Ayu, tolong drive ah."

"Tamau tamau." Katanya. Mungkin fikirnya aku saje-saje.

Maka panduan bermula, dari pinggir bandar, ke bandar hinggalah masuk kawasan kampung tidak berlampu jalan. Namun kereta bersimpang siur, mungkin dari JB atau Pekan menghala ke Kuantan.

Ketika itu, mata melihat segala jenis lampu menjadi pecah-pecah. Yup, aku dah agak. Pandangan mata menjadi sangat terhalang dek kerana silau lampu kereta daripada hadapan. Mereka-mereka hairan.

Ya, memang aku astig. Dek kerana itu aku mohon dia pandu. Dia yang mengambil jurusan optometry sudah berleter di belakang mengenai astig.

"Eh Ayu lupa ke buat-buat tak ingat ni, orang memang ada astig."

Bila panduan mula dasyat, aku berhenti di tepi jalan.

"Ayu, drive please." Kataku risau membawa nyawa sahabat-sahabat.

Aku, memang kalah memandu waktu malam, melainkan dalam empat keadaan:

i) Panduan dalam bandar
ii) Kawasan berlampu jalan
iii) Terpaksa
iv) Tempat familiar

Selalu aku memandu, dalam keadaan terpaksa dan dasyat. Biasanya kesakitan yang membawa situasi sebegitu. Setiap kali sampai ke destinasi, pasti aku sujud syukur kerna Tuhan selamatkan aku sepanjang perjalanan, terutama jika aku berseorangan.

Jika kenang-kenang kembali, terasa seram sejuk di hati, bagaimana aku masih boleh survive. Cuma satu yang aku pasti, Allah memerhati dan melindungi!

4 comments:

AISHAH roslan said...

salam. rabun silau ye?

As said...

bolehla kot jadi kategori silau. Tak pasti BM die :D

Unknown said...

salam perjuangan...

cari la sorg driver che as... sekadar cadangan je... :)

As said...

Dearest Bad,

maknanya..??