30 July 2008

Eccentricity

Dua orang budak menunggu dengan penuh sabar di kelas. Dahla datang awal, macam biasa :D

"Eh apsal depa sume ni lambat lak datang kelas hari ni." Sambil merenung jam dinding yang menunjukkan angka 2.00pm tepat. Tuan punya suara sudah tidak tahu berapa maqra' Qur'an sudah dihabiskan. Kebetulan hari ni datang sangat awal bersama temannya.

Juga hairan kenapa pensyarah belum masuk mengajar.

Hairan punya hairan, sambung baca Qur'an.

Si Teman selaku ketua kelas rasa tak sedap hati. Dibeleknya fail, dibukaknya jadual.

"MasyaAllah, takde kelas la petang nih!" Heh, patutlah takde sapa datang kelas.

Inilah natijahnya apabila jadual bertukar-tukar setiap minggu.

Hampeh~tak pernah-pernah ada orang rajin benor pi kelas, takde kelas pun pergi jugak. Hisy..


nota: kami mempunyai jadual kelas sehingga minggu ke-19, setiap minggu pasti tidak sama. Isk3..
Pastu pakat gelak dengan teman sekelas yang laen apabila rahsia bocor :D Itupun lepas kena gelak dengan pensyarah-pensyarah yang tanya apa yang dibuat di kelas sedangkan takde kelas. Keh keh keh :D

2 comments:

Master J said...

hehehehe...=p

nurilahi said...

Dearest Master J

Owh, die gelak kat sini :D