6 June 2009

Aku kini ada di sini


I am now shifting to another hospital ;)

Petang semalam aku bertugad di wad-wad, macam biasa di NICU (ICU pre-mature baby) dan ICU (adult). Bila di NICU macam biasa, aku akan termenung merenung bayi-bayi comel sebesar tapak tangan dan tapak kaki. Macam-macam size.

They are adorable. Aku takleh kot kerja kat NICU nanti kerja terbengkalai dan asyik renung bayi-bayi je. Paling best time diorang nangis berjemaah, meriah! Huhu :D

Di ICU macam biasa aje, cuma semalam terkena sampai di sana waktu melawat. Jadi adalah drama sikit. Kami selesaikan seorang pesakit ini, bila siap, bukak langsir, aku termangu tengok seorang anak menangis-nangis memeluk ibunya. Bila aku perhati, pesakit tadi ayahnya.

"Lama sangat tak jumpa ayah, mak...jumpa-jumpa dah macam ni.." Sambil menangis haru amat dan ulang-ulang ayat sama.

Ha, korang kalau rasa jarang gila kol mak ayah, sila berbuat demikian segera. Kalau rasa jarang sangat balik rumah pun silalah pulang juga. Kol je dah cukup pastikan sume okay..

Lebih dari itu hati aku yang runtun time tu, aku teringat jugak kat mak. Zaman mak di ICU dulu memang aku cuba bertahan, tapi usia yang sangat muda buatkan aku tak berjaya menahan rasa dan airmata.

Last-last skali sambil duk tolak equipment nak pi ke pesakit lain, mata aku lak yang bergenang dengan air. Heh. 

****************************

Ok sudah ah ape la feeling feeling lak. Haiyoh~

Mari cerita best sikit. Beberapa hari lepas di hospital, di department kami. Aku terdengar seorang staff panggil kawan aku ni gaya serius punya. Macam nak tegur sumting je. Beliu duduk di kerusi dan panggil kawan aku. 

"Najwa, mari sini sekejap." Panggil beliau. Aku just memandang dari jauh sebab aku tengah hectic dengan pesakit. Dan ada dua lagi staff turut sama ada.

"Duduk sini." Tegas amat.

 Aku nampak kawan aku duduk dengan gaya teragak-agak di kerusi sebelah staff tu. Yelah takde angin takde ribut tiba-tiba je gaya nak marah. Kemudian staff tu bersuara,

"Nah amik nih." Sambil letak depan Najwa sebuah kotak kecil dan menyambung, 

"Ni makan terus." Kemudian sekotak lagi dikeluarkan, sambil menyambung,

"Yang ni rebus dulu dan  minum airnya." Dengan muka serius.

Masa tu aku tengok Najwa dah gelak sakan. Aku yang kebetulan dah selesai dengan pesakit aku, terus menghala ke arah mereka, aku tertanya-tanya what oh earth had happened. Dan mereka terus sambung lagi,

"Kalau tak habis, suruh kawan-kawan awak minum sekali air rebusan, ni ajak As sama nih."

Heh aku blur, apsal aku plak. Kemudian aku tanya Najwa ape kes senanya. Bila Najwa hulur dua kotak kecil depan muka aku, giliran aku pulak gelak sakan. Haha.

Korang nak tau ke ape benda, jap eh, tengok bawah neh. Dan baca betul-betul tulisan dengan marker atas kotak tu.

 mangsa bersama bahan bukti telah dilarikan ke tempat yang lebih selamat

Sekarang kau faham ke kenapa aku bold nama Najwa, tambah lagi aku tak suka state nama sebenar orang kat blog ni. Heh.

Kata Najwa die gelak sangat bukan sebab nama dia, tapi sebab gaya staff tu macam pharmacist tengah bagi ubat.

"Ni makan terus." Kemudian sekotak lagi dikeluarkan, sambil menyambung,

"Yang ni rebus dulu dan  minum airnya." Dengan muka serius.

Pagi semalam semua staff asyik usik kami. Kami tak buat kerja clinical tapi sengaja duk buat kerja Fizik guna densitometer buat graf. First time buat jadi asyik tak faham dan salah buat. Dan staffs asyik usik cakap nak bagi 5 kotak lagi kismis Najwa. Haha.

Siap nak bagi number phone pakcik yang jual kismis Najwa lagi. wahaha.
Aku dan Najwa sabor jelah. Heh.

Have a great weekend guys~

2 June 2009

Dilarang

aku pelik jugak kadang-kadang, dah tahu bahaya tapi benarkan jugak wujud kat Malaysia neh.
Kamu agak-agak ape benda?

Contoh mudah hari-hari tengok yang aku leh bagi, rokok. Dah tahu membahayakan kesihatan rakyat, dan jugak ORANG-ORANG SEKITAR perokok tu skali. Kalau rasa nak mati sangat, pergilah bunuh diri sorang-sorang kan. Yang nak ajak orang lain sama buat ape!

Orang yang merokok hanya dapat small portion daripada asap rokok tu, yang teruk orang-orang sekitar mereka. Anak-anak, isteri, orang awam dan sebagainya.

Aku cukup menyampah orang smoking depan aku, bau wangi pun aku tak tahan mana, ni kan pulak bau asap rokok. Menyusahkan orang ramai jek.

Aku rasa daripada haramkan rokok di kawasan-kawasan tertentu, buat terus haram merokok kat semua kawasan kecuali rumah sendiri.

Aku geram betul, diorang nak merokok, tapi habis semua orang kena tempias asap dia. 

Btw, ni bukan kesah recent, cuma sekadar apa yang aku fikir. La ni hidup aku hanya dekat kawasan hospital, jadi selamat lah jugak dari segala asap.

Maka apa kata haramkan hisap rokok di mana-mana bukan kawasan tertentu je. Oh aku tau tak relevan, tapi bukan ke itu yang sepatutnya?

Kau rasa macam mana? Ada cadangan lain?

Nota: MINTAK MAAf sebab tak blog walking serta update kerap macam biasa, aku siyesly hectic dan ada masalah broadband slow gila di kawasan ini. So sorry ;)

27 May 2009

The Law of attraction

The Law of Attraction simply says that you attract into your life whatever you think about.

Thus if that's the case, kalau berlaku kes ragut, jangan paparkan di suratkhabar dan TV. Makin diperbesarkan, makin ramai memperkatakan. Makin banyak berlaku kes ragut selepasnya.

Ini teori As, tak pasti sejauh mana ia benar. Untuk kamu, terpulanglah teori kamu. Boleh kan?
---------------------------------

Mungkin kurang sangat update 2 minggu ni sebab kat sini broadband lum dapat coverage, jadi jangan tanya mana As pergi ye, tambah pulak sangat hectic. Gomenei~!
--------------------------------

Semalam aku tertanya-tanya pasal pemasangan k-wire pada pesakit yang alami patah, hari ni tak pasal-pasal aku masuk bilik bedah tengok pasang k-wire dan screw. Asalnya aku bergerak dengan seorang staff ingatkan cuma nak ke wad macam biasa.

Bila aku ikut dengan laju ke mana dia pergi dengan bawak equipment, hinggalah sampai depan bilik tukar pakaian untuk masuk bilik bedah (OT) barulah aku terpinga-pinga. Ini bukan kali pertama ke sana tapi sebab ikut tanpa tanya, secara buta semata-mata.

"Eh, kita nak pergi mana ni..?"

"Masuklah tukar baju OT cepat, patient dah atas table."

"Heh..?"

Maka aku secara blur-blur terus masuk tukar baju selama seminit, cuma ingat nak cepat dalam kepala. Itulah lain kali kena tanya dulu walaupun gaya tengah rush amat. Supaya kau tak terpinga-pinga. Haih..

nota: sape yang request cite pasal clinical posting, boleh je view pada sume entry yang aku link-kan pada entry sebelum ini. Ok?

p/s: aku paling tak tahan bau daging ala-ala hangus dalam OT..

for you, have a good day friends :)

24 May 2009

Semua TV rancangan menyanyi..

Oh itu housemate aku yang nyatakan bila alih channel TV.
Mungkin itu hanya analogi bagi kebanyakan stesen TV yang standard ada siarannya sampai untuk semua rakyat Malaysia.

Kalau kamu pernah baca di sini, kamu tahu aku hanya biasa tonton rancangan omputih dan bukan rancangan melayu, apatah lagi realiti TV. Bila duduk bersama housemate 2-3 hari ini, baru aku keluar dari dunia aku dan boleh tengok channel standard di TV. Yelah takkan expect ada astro lak kan kat rumah sewa :D

Pastu baru aku sedar mana-mana channel kebanyakannya orang duk menyanyi. Oh memang cintakan hiburan semata-mata kah rakyat kita? Entah aku..kamu rasa?

Aku sibuk sedikit menguruskan rumah sewa kami..dan esok mula clinical posting seperti sebelum-sebelum ini. Era punchcard dan kerja-kerja berat bermula. Hopefully I won't suffer that much with this pain T__T

Dan jangan tanya mana aku pergi kalau aku lambat sedikit update, orait? ;)


nota: era punchcard dan kerja2 berat itu entry nya aku buat zaman masih mentah dalam field ini, mungkin banyak perubahan2 laen juga..

22 May 2009

Tiba-tiba sekaligus

datang peringatan yang sama secara direct atau indirect, termenung jugak jadinya.

Aku selalu cakap pengakhiran itu adalah permulaan bagi yang baru, untuk naikkan semangat teman-teman yang berpisah dan sebagainya. Tapi aku banyak fokus pada kehidupan untuk phrase ini. Aku lupa boleh aje relate dengan kematian, kan?

Kematian itu bukan akhir bagi sebuah kehidupan, malah ia adalah satu permulaan kepada suatu kehidupan yang tiada akhirnya. Kematian hanyalah satu proses perpindahan.

Always begin with the end in mind. Sebelum memulakan sesuatu, kita perlu ada final target kita. Untuk apa aku buat sesuatu. Maka bagi kes ini, untuk apa aku di sini, di dunia ini. Lu fikir sendiri ok.

Bila seorang teman SMS dan mengucapkan kepadaku moga mendapat husnul khatimah, aku tersentak, layakkah aku..

Setiap hari aku sentiasa berfikir. Alangkah istimewanya mereka yang mendapat chronic illness, sekurang-kurangnya daripada satu segi. Yang mana doktor boleh nyatakan kamu perlu bersedia untuk hari-hari akhir kehidupan. Yang kau akan terus sentiasa membuat persediaan. Walaupun bukan si doktor itu yang menentukan tarikh akhir hidupmu.

Berbanding aku yang enak dengan kehidupan, entah bila ajal kan datang aku tidak hiraukan. Kalau esok aku mati, apa aku akan jawab di depan Tuhan tentang apa yang aku perlakukan hari ini..??

Inilah yang aku fikirkan sehari-hari, bukan baru hari ini.

Marilah aku kongsi hadis kegemaran aku. Kamu boleh muat-turun di sini

Dari Ibnu Umar r.a:

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menepuk kedua belikatku, lalu bersabda; ‘ Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang Gharib (yakni orang yang sedang berada di negeri orang dan tentu akan kembali ke negeri asal) atau sebagai orang yang menyeberangi jalan ( yakni amat sebentar sekali di dunia ini).

Ibnu Umar berkata: ” Jikalau engkau di waktu (petang) maka janganlah menantikan waktu pagi, dan jikalau engkau di waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang (iaitu jangan menanti atau bertangguh untuk berbuat amal dan kebajikan), ambillah kesempatan sewaktu engkau sihat untuk masa sakitmu, dan sewaktu engkau masih hidup untuk masa matimu.”

-Riwayat Bukhari-

lima sebelum lima, anyone?

nota: credits

21 May 2009

Ibu mertuaku

Bila meningkat dewasa, nak tak nak perkara ini mungkin bermain di minda terutama yang bakal kahwin.

"Camnelah mak mertua aku ye. Garang ke sporting ke..."

When I overheard the conversation between ibu and my future sister-in-law, I was like,

"Where on earth will I found a mother-in-law like my mum."

I would like to have a very sporting ibu mertua like my mum (itupun kalau ditakdirkanNya aku dapat lengkapkan separuh agama). Heh. She wont mind anything, asalkan tahu agama. She is the best ibu mertua for me (and I've found some of my frens' mum, who behave angel-like too)

Dear readers who happened to know my Ibu, you may leave comment below on who is she would be characterized to, coz I dun have the words put them here :D

I am seriously wanted an ibu mertua like my mum. Siyesly. Wah bahagia gila sape jadi menantu rumah ni. Haha. (referring to my bro :P )

For sure kita akan berada di zon sangat selesa kalau ibu mertua kita sangatlah easy going. Sape tak setuju sila angkat jari dari keyboard. Heh.

p/s: aku rasa mak-mak skang sume jenis open minded, ada lagi ke ibu mertua jenis makan orang zaman skang? haha...

20 May 2009

Ayat tu penting jugak sebenarnya..

Ini bukan kisah hari ini
tapi kisah hari-hari lepas.

Aku berfikir pelbagai gaya
aku berdoa bermacam cara
untuk kesusahan sakit ini
yang tiada penghujung
antaranya

mohon dipermudahkan urusan
mohon dikuatkan iman untuk kesusahan
dan segala

aku ni jenis tak tengok cite melayu langsung
jauh sekali cite indon
sebab aku tak faham pun
cite melayu sebab jalan cite slow
aku tak larat

disebabkan aku suka action movie
jadi aku tengok cite omputih je manjang
yanga ction movie sahaja
ada tembak-tembak
bunuh-bunuh
investigation

dulu aku cam seram jugak
aku tak tahan sket cite horror
tapi dah immune sikit skang
hari-hari tengok

wei jauh lari topik ni
alkisahnya one day kat umah
terdengar di TV
seorang isteri sedang berdoa

"Ya Allah aku mohon kau berikan jalan keluar bagi kesusahan ini."

ops, aku pun pandang TV
oh ye, nape aku tak doa camtu eh?
Dan siyes telah terjumpa jalan keluar
selepas rajin doa gituh
cuma Allah takkan bg kita senang-senang aje dapat kan
maka dengan segala kesusahan yang akan ditempuh
serta dikorbankan
maka aku tataulah aku akan pilih jalan tu ke tak
untuk mengubah seluruh kehidupan

haiyoh
T__T

btw bagus jugak tengok TV cite indon ye :P
haha
aku cukup anti kot cite indonesia
sebab pelbagai faktor
terutama bahasa yang aku tak faham

p/s: special thanks to you untuk this lucky award

nota: Kota buku untuk ulat buku dan bukan ulat buku

18 May 2009

That night

I was driving to the gym.

Biasalah masuk kereta, kedap sunyi. Start enjin, jalan.
Tangan terus tekan button on radio, pecahkan kesunyian.

Sekali terus terdengar sumting di corong radio,

"Kita ni tak pandai cakap omputih, malu. Salah cakap omputih, malu. Tak pandai bahasa arab tak segan pun. Sedangkan itulah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan Tuhan dalam solat. Adakah kita tak malu dengan Tuhan?"

Oh my..akulah tu yang tak pandai bahasa arab.
Tapi teman, sekurang-kurangnya kamu kena faham a apa yang kamu baca dalam solat.
Paling worst pun kamu tahu maksud al-fatihah.
For at least
takdelah malu sangat dengan Tuhan kan.

Antara wasiat Hassan al-Banna, dia mintak kita belajar bahasa arab. At least cuba sikit-sikit. Yang aku terpana lagi bila aku dengar suara di corong radio cakap,

"Apatah lagi skarang ni medium untuk belajar tu terbuka luas."

Oh memang pun, kat internet, buku. Takpun paling mudah, kau belajar je dari Quran tafsir. Sambil tengok ayat Quran, tengok maksud. Itu yang aku buat. Memang aku rasa cara tu mudah. Sebab tema utama nak faham Quran sekurang-kurangnya sedikit atau certain words. Kan?

Marilah kita..

17 May 2009

Cekgu yang tanyakan khabar murid

Hu, aku agak terkedu sekali sekala apabila si guru yang mencari dan bertanya khabar aku. Aku yang kemudiannya meletak telefon masih dengan rasa tergamam, dan terdiam merenung buat seketika. Akukah yang alpa dan leka atau si guru itu terlaku kasih dan concern.

Haiyoh~ rasa bersalah

Siang tadi telefon bergetar manja tanpa sebarang bunyi, aku yang lebih sukakan silent mode berbanding segala. Aku pandang skrin, hanya nombor yang tertera. Siapakah? Amoi kedai sony kah membawa perkhabaran tentang si hijau aku.

"hallo..siapa ya" tanpa salam, kot kot amoi tu kan..

"hallo, assalamu'alaikum, this is As right?" pastinya si guru memanggil nama penuh aku. "Mdm Yana here." bukan nama sebenar.

Owh my..pensyarah kesayangan daripada fakulti orang lain, fakulti sains. Bukan fakulti aku.

"Sorry Mdm, I switched my phone, thus I lost ur number."

"I was just calling you to say hi..how are you doing?"

Aku sebenarnya shock seketika, memanggil hanya untuk say hi..si guru ini..guru-guru yang tegas tapi cukup pengasih dan penyayang memang dalam ingatan. Hehe. Pasal surgery aku tahun lepas pun beliau ingat. Dan aku ter-bohong si guru itu satu perkara T__T

"How was your surgery, are you better now?"

"Yup alhamdulliah, it's been better now..." sambil sambung bicara. Pada hakikatnya aku yang makin teruk ini. Haiyoh, mintak maaf, guru. Sesungguhnya persoalan mengenai kesihatan tu paling sukar untuk dijawab. Serius.

Aku bertanya tentang beliau yang saban hari memang sibuk, sedang berkursus juga sempat menelefon aku. Dan katanya..

"Life is like this, right? We need to make full use of what Allah has given to us." Aku diam dan mendengar bait-bait seterusnya. Pesanan guru itu, bagi aku bermakna. Time-time cuti gini, memang magic bila kau dapat doa dan pesanan dari cekgu-cekgu kan. 

Mungkin si guru merasakan beliau sekadar bertanya khabar, namun bagi aku ia bermakna, cukup untuk aku diam dan berfikir sementara. (dan blog-kan ia :D)

Si guru itu memang yang aku selalu terkesan dengan kata-katanya, dan juga dengan perkara-perkara yang beliau lakukan pada kami di dalam kelas. Seperti, meminta kami keluarkan handset, dan menaip skrip sms daripada ayat beliau sendiri, dan minta kami kirim pada ayah/ibu dan dan tu jugak tak aci ngelat.

Buat semua guru yang tidak putus memberi nasihat walau aku dah habis sekolah, atau aku yang bukan dalam fakulti beliau :D
arigato sensei~~

kisah dahulu

I was passing tru his blog and found this entry. It was a contest for all bloggers if you would like to join in. It's not that hard, because it's all about you. Just look on the contest details here and you could consider whether to join in or not ;)

I know my readers have arts in writing, aite? And I would like to represent this entry for the contest. My note about my love. This is the entry which I make as draft after few days been published, but this girl already warned me not to make anything into draft again. 

Thus this entry is among the entries which I republish back again eventhou I wasnt at ease to have you reading at it dear friend. Because it is very expensive for me, heh. But in the name of sharing is caring, it's there again on January 2009, I guess. To quote what did Joe said, I know ur story, u know my story.

To recall back, during my school days I always love to join in any writing competition. The most memorable competition was when I'm in here. It was a state level competition and I dont think that I could win for any place. There are few reasons why I couldnt forget the competition. 

In fact, I was writing about my sickness for the competition, on how sciense do help people to recover, for sure with lots of story alteration :D I won for the 2nd place and the award been given during the state level Teacher's Day celebration.

When I was in the hall in Wisma Negeri, I was busy studying for midterm examination on Biology paper 3. It was on the day I receive the award. Oh my. It was the two of us, my friend did make it for the 3rd place. After we went back to school, I was running to the exam hall. Pheww. They all already started the exam, heh.

Every year the winner would come from SMJK(C), and our teachers were quite suprise that we could make it for that particular year, and the 1st place also won by a friend of another school. Btw, congratulation on your graduation dear friend.

Till then.