Sebenarnya, petua untuk berubah ini semua orang dah well-informed. Tapi fitrah kita manusia sentiasa perlu diingatkan. Termasuklah penulis :D
InshaAllah untuk berubah ade empat teknik. Teknik pertama adalah menerusi kaedah FIZIKAL. Ini penulis ambil berdasarkan empat sumber kekuatan manusia. Yang pertama adalah mandi atau nama lain dia hidroterapi. Cuba try test tengok, waktu-waktu kita down, stress, sedih, kusut, kita biasanya akan pergi mandi. Semuanya macam ringan sedikit selepas mandi. Mandi juga dapat membantu diri kita untuk tenang berfikir. InshaAllah
Selain itu, sumber kekuatan manusia adalah pada pakaian berwarna putih dan kain kapas (cotton). Bila ada sesuatu benda putih di kepala, senang dapat ilmu. Ini pesan Ummi Maimunah kepada saya, beliau anak murid Harun Din. Saya pun turut merasai kesan pemakaian warna putih dan kain jenis kapas ini. Rasa apa..?? Hehe, rasa lebih disayangi :D Saya bergurau sahaja, cubalah sendiri, anda masing-masing akan merasai. Anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktivit harian dan juga untuk melakukan perkara-perkara positif. Kerana itu baju tidur banyak daripada kain kapas ;)
Ibu sering melarang saya memakai pakaian berwarna hitam. KAta Ibu, diri kita akan mudah jatuh sakit dan merasa lemah. Alamak, ini sudah masuk topik terapi warna pulak. InshaAllah lain kali kita sentuh.
Yang ketiga adalah memakai wangian, apa-apa sahaja yang harum. Berikut adalah beberapa hadith yang diambil daripada buku al-Masaail Jilid 2.
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya, karena sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim, dan Abu Dawud dari Abu Hurairah).
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Diberi kecintaan kepadaku dari (urusan) dunia kamu, ialah wanita, harum-haruman/wangi-wangian, dan dijadikan kesejukan mataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari Anas bin Malik).
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian ia keluar, lalu ia melewati suatu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina/tuna susila.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Thahawi dari Abu Musa).
Hadith yang terakhir itu adalah larangan Nabi s.a.w kepada wanita yang memakai wangian dengan kuat apabila kelaur dari rumah dengan tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Tapi bukan bermakna takleh berharum-haruman, tapi biar kena pada cara dan keadaan. Ibu selalu pesan dulu, untuk wnaita, cukuplah untuk kita sahaja dapat merasai keharuman bau itu.
My habit sendiri, tak suka berwangi-wangian apabila keluar rumah. Tetapi sangat suka memakai haruman apabila hendak memulakan sesi ulangkaji di bilik. Rasa lebih segar dan bersemangat waja :D Cubalah!
Perubahan itu hendaklah sedikit demi sedikit, maka penulis hendak berhenti di sini dahulu dengan harapan pembaca dapat mencuba petua pertama di atas. Sebenarnya penulis kesuntukan masa untuk menulis lebih lanjut rentetan tanggungjawab lain. Dan blog ini adalah salah satu prioriti penulis juga, yang penting adalah kualiti bukan kuantiti. Jangan lupa ya cuba amalkan yang di atas dahulu. MAri kita sama-sama berubah sedikit demi sedikit :)
Pesanan untuk penulis dan pembaca:
Dalam bersahabat, yang lebih baik daripada kita adalah untuk kita menumpang. Yang setara/sekufu dengan kita adalah untuk kita sama-sama suka dan yang lebih bawah daripada kita adalah untuk kita menyayangi mereka.
Ingat ni tau :)
wallahu'alam
9 comments:
sangat bersetuju part yg memula tu
mandi
actually
it IS a terapi
bila kita mandi somehow
air2 tu lebih kurang mcm mengurut kita
gives us some kind of comfortness
based on xperience
wehehehe
okay~
saya suka mandi..saya suka air =p
To Nabil:
Owh..ilmu baru mengenai air mengurut kita :D tq!
to syaqyl:
Huu..nada pasrah je dia :) tingat ar kat syaq!
To Master J:
Bagus2, kena selalulah berendam dalam tasik UIA :P
wah!!
nice2!memang selalu mandi tapi tak pernah pulak terfikir pasal terapi tu..hoho~rupa2nya memang ada kesan pada diri ye..tq2!!
lagik 1 tu pon menarik gak..selama ni suka giler warna hitam..baju hitam..jam hitam..selipar hitam..tapi rupa2nya ada bad effect eh..anyhow thanks 4 d infos!!
to Al Ikhsan:
Glad :D 4 years back, Im also like yOu. Then try tukar, and white sgat best :)
salam perjuangan...
yea, mandi...
dulu kecik2 susah sangat nak mandi sampai mak siap mrh2 lg...
tp ble dh msk blk air, kena mrh pulak sbb best mandi tanak keluar, haha
nice sharing info!
To Bad:
Itu parah namanya Bad..isk3..sian kat Mak sebab Bad nakal :P hihi
Yang tips mandi tu mmg berkesan. Yang lain2, akan dicuba =)
Post a Comment