25 June 2008

Kisah dengan Dentist

Jika sebut dentist, takde sape yang gembira untuk pergi berjumpa beliau. Takda sape juga yang rela pergi jika tiada kesusahan yang melanda. KAnak-kanak sangat takut dengan dentist, orang dewasa pun sama. Kenapa sebenarnye ye?

Baru-baru ini si Dentist menerima seorang pesakit. Selepas meminta si pesakit berbaring, beliau bertanya,

"Nak buat apa ye ni?"

"Erm, tampal ke cabut ke mana-mana yang perlu." Jawab si pesakit. Si Dentist hanya mengangguk dan mula membuat pemeriksaan keseluruhan. Selepas seketika beliau bersuara,

"Erm, okay je semua gigi. Takda masalah."

"Eh, takkanlah takda pape kot. Mesti ada gak berlubang mana2 ke.." Si pesakit sangat hairan dan agak tak puas hati.

Si Dentist kemudiannya meminta cermin kecil daripada pembantu beliau dan diberikan kepada si pesakit.

"Cuba pegang cermin ni, saya tunjuk gigi kamu satu-satu ye." Kata Si Dentist. Si Pesakit melihat kesemua giginya melalui reflesi cahaya di dalam cermin.

Sekali sekala si Dentist mengetuk-ngetuk gigi si pesakit dengan kuat untuk membuktikan giginya masih sihat. Banyak ilmu Dentist yang si pesakit pelajari hari itu. Akhirnya Si Pesakit yang masih tidak puas hati berkata,

"Kalau macam tu, nak cuci gigilah.." Suaranya agak bernada hampa. Si Dentist mengangguk dan meneruskan perkhidmatan.

Haih..itulah kisahnya seorang budak yang rajin berjumpa dengan Dentist. KAmu semua jadi macam dia ya, kalau selalu rajin jumpa Dentist, takdalah gigi tu bermasalah. THus, takdelah kena cabut atau tampal :D


14 comments:

Master J said...

i br g jmp dentist last week!!b4 g induction..hehe =p xde kene cabut or tampal ke apa..cuci jer =p

::Amin Mansor:: said...
This comment has been removed by the author.
Amin Mansor said...

Hehe.. ingtkn cite lawak sbb biasanya kalo cite mcm ni ending die lawak. Tp yg ni x, kisah benar.. Siapakah pesakit itu ye?hhehe.

NMZ said...

To Master J:
Tahniah2, inilah pemuda harapan bangsa :D

To Amin Mansur:
As tak reti wat cite lawak melainkan terlawak :D

Sume kisah adalah realiti tapi tokok kurang (sebab da tapis2) daripada tuan punya blog ;)

Matematis Muda said...

dongengan realiti..
peace~

p/s: sangat suka jumpa dentist sbb salu nya dentist kat kl sgt hot..yeah HOT wahahaha
tp tak penah lg g jumpa saja2 mcm dlm cite ni..lau takde hal buat hape g jumpa huhu

ultimatum21 said...

Tiap-tiap hari jumpa dentist (to-be). Sebab dok serumah dgn budak KOD.

Gigi yang sihat, bermula dari dalam, dengan penjagaan luaran yang sempurna, beasaskan kesedaran yang mendalam. Akhlak yang indah, lahir dari hati nurani yang murni, dengan penjagaan amal ibadah yang sempurna, berasaskan aqidah yang sahih. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi.

jaed said...

heh, jaed xpnah ade gigi rosak dari kecik sampai besar, hasil didikan ummi yang terbaik.. gila bangga

Badrul Aini Sha'ari said...

salam perjuangan...

taaruf week minggu depan jumpe lagi dengan dentist, tp tanak la wat cam watak dalam cite ni..hihi

Badrul Aini Sha'ari said...

ade org tnye psl dentistry kt mne2 u indonesia, ade info?

HafizAdam said...

nih cerita best..

Pengalaman Ngeri Dengan Dentist

hak3..

fatinazmin said...

suke p klinik private...puas hati..

Faisal Admar said...

faisal tak takut pun jumpa dentist cuma selalunya dentist nih nak kena buat appointment... tu yg susah sikit sebab terikat dengan kerja yg sgt banyak. weekend je yg free pun tapi dentist lak penuh dgn patient. hmm... dah setahun gak le tak gi dentist nih mmg akan pergi dalam masa terdekat nih. nak cuci gigi... cuci pun kena 6 bulan sekali. tak oleh selalu :)

nurilahi said...

To MM:
Yelah tu, dah sakit beru nak jumpa then lost gigi baru tahu

to Ultimatum21:
Mantap tul pesanan penaja merangkap Perdana Menteri

To Jaed:
Kena mintak ummi bagi tunjuk ajar nampaknya :D

to Bad:
Owh Bad, di luar pengetahuan as

to HAfizAdam:
Read them already

to Fatin azmin:
Sume terpulang pada dentist tu..huu

To Faisal:
gi lah jumpa dentist yang tak perlu wat appoinment :D

farah aminuddin said...

dentist=nightmare
LOL ;p