7 June 2008
MH series 0006
Meninggalkan blog beberapa hari dek kerana kesibukan dan kepenatan. Setiap pagi kami sampai di hospital sekitar 7.40am dan sebelah petang selepas jam lima akan solat terlebih dahulu sebelum keluar. Dan setiap hari kami menuju ke Balok menemani kakak saya menguruskan perniagaan. Setiap kali maghrib juga Masjid Balok menerima kehadiran kami. Tiba di rumah sekitar jam 10 setiap malam.
Kebetulan semalam si MM bertanyakan jalan ke Balok. Saya senyum sahaja walaupun pertanyaannya berbaur hendak menjeleskan saya (ini yang disebut olehnya). Hendak ke pantai katanya. Hihi, nampaknya percubaan beliau tidak berjaya.
Oleh kerana pergi awal pagi dan pulang lewat malam, hendak membuka laptop pun terasa berat oleh saya, inikan pula mahu mengupdate blog. Hari pertama dan kedua saya ditugaskan untuk portable x-ray, maka apabila tiada kes portable saya akan berada di General X-ray Room di JPD (Jabatan Pengimejan Diagnostik). Maka seharian akan berdiri dan ke sana ke mari. Hendak duduk tidak berani :D
Kes portable saya banyak di PICU (Paediatric Intensive Care Unit) dan ICU selain di ward biasa. Hati saya luluh setiap kali ke PICU. Rata-rata adalah bayi kecil yang badan penuh berwayar. Paling tidak tahan apabila memikirkan kesakitan mereka dengan jarum yang berada di badan, belum lagi mengambil kira masalah kesihatan mereka sendiri. Saya sendiri tidak tahan dengan jarum IV yang berada di tangan ketika di ward. Melihat dada yang penuh jahitan dan sebagainya. Hati saya luluh, namun kerana telah biasa, saya gagahkan kembali untuk meneruskan tugasan.
Yang paling saya admire adalah cara doktor-doktor di PICU bekerja. Salah satunya apabila doktor bercakap dengan bayi-bayi kecil itu seolah-olah mereka faham apa yang sedang mereka lalui. Memujuk dan berbicara, mengurut-urut badan bayi menimbulkan rasa selamat pada mereka. Saya gembira jika itu yang diamalkan :) Malah doktor di sana menenangkan bayi terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada kami. Overcoat saya juga perlu ditanggalkan oleh kerana warna putih lebih mengundang kuman berbanding pakaian berwarna kerana kawasan tersebut sterile.
Teringat perbualan kami;
"Kat sini takleh pakai overcoat sebab nanti budak-budak takut eh?" Tanya seorang teman.
"Oyt, baby mana kenal overcoat doktor, isk isk isk.." Kami semua tergelak.
Kemudiannya barulah timbul cerita sterile tersebut. Haha.
wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
itu gambar rumah kedua jaed shortsem nih
itu gambar rumah kedua jaed shortsem nih
gambar itu membuatkan aku lapar!!!!
sengaja dedikasi khas untuk kamu2..isk isk isk..
Tapi tulah first secret recipe yang as jumpa bertulisan jawi..
Post a Comment