15 June 2008
Baghdad - KL - Kuantan
Maghrib tadi tiba-tiba abang sampai. Begitulah dia, tiba-tiba sahaja berada di mana-mana. Perhatian; abang yang sulung ye ;)
Sambil makan dia bercerita, baru-baru ini katanya dia berjumpa dengan seorang warga Baghdad yang agak berusia berdekatan sekolah Shamil.
"Im from Baghdad, Im looking for International Islamic University, how can I reach there?" Katanya merujuk kepada UIAM Kampus Kuantan.
"It is not far from here. Could you wait for a while, I want to fetch my son from school then I can send you there." Abang segera faham, adiknya belajar di situ sekarang ini.
"Owh no need to send me there. Can I go there by bus?" Tanya dia lagi.
"Maybe it is quite hard to find a bus to go there, come, let me send you." Sekali lagi abang faham, satu-satunya bas yang pernah adiknya naiki untuk ke UIAM di Indera Mahkota, hanyalah dengan bas UIAM sendiri.
Dia semakin teragak-agak untuk menerima apatah lagi apabila Kak Long (isteri Abang) mempelawa dia untuk duduk di kerusi hadapan kereta. Katanya tidak mahu menyusahkan, tetapi sangat saya kenal siapa Abang. Susah untuk menolak ajakannya, kerana apabila mahu menolong, dia sangat bersungguh.
"No, no, please. Let me seat at the back." Katanya kepada Kak Long.
Menjadi tradisi keluarga kami menghormati ahli keluarga lelaki, apatah lagi yang lebih dewasa untuk duduk di kerusi hadapan kereta. Akhirnya Kak Long pula yang teragak-agak. Hehe. Sambil di dalam kereta lelaki Baghdad tersebut membuka ceritanya.
Dia adalah seorang professor dalam bidang Pharmacy di Baghdad dulu. Professor Abbas namanya berusia 55 tahun. Ceritanya, ape yang ditunjukkan di televisyen hanyalah secuit daripada kesengsaraan mereka di sana. Antara syi'ah dan sunni tidak pernah bertelagah seperti yang diwar-warkan, tetapi pihak Amerika menyebabkan pertelingkahan antara mereka.
Katanya dia mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak yang kesemuanya merupakan graduan. Kini dia telah kehilangan mereka semua, tapi apa yang lepas biarlah lepas, dia redha akan segalanya. Semakin dia bercerita semakin dia sebak. Keadaan huru-hara di Baghdad, kiri kanan depan belakang semuanya tentera Amerika, termasuklah wartawan. Dia tak mampu meneruskan kehidupan sebegitu, diikutkan hati mahu sahaja dia membunuh diri. Hanya kerana perbuatan itu dilaknat Allah, dia menjauhi.
Dia yang telah kehilangan keluarga, rumah dan harta, baru sahaja 6 bulan menjejak kaki di Malaysia. Hari pertama sampai di bumi Kuala Lumpur, dia bertanyakan orang ramai di mana masjid. Apa yang menyedihkan tiada seorang pun yang tahu. Hanya apabila azan maghrib berkumandang, dia mengikut arah datangnya laungan azan dan terlihat cahaya dari menara masjid.
Dia kini masih mencari kerja, mengharapkan Kuliyyah Farmasi UIAM dapat memberi tempat untuknya. Abang hanya menghantar dia ke pintu utama UIAM Kuantan. Saya faham, Abang hanya tahu di mana hostel saya sahaja, lain-lain Abang gagal mengesan :D
Abang pesan pada pengawal tolong hantarkan Prof. Abbas ini ke tempat sepatutnya kerana abang tidak arif tentang kawasan UIAM. Abang dan Prof. Abbas bertukar nombor telefon. Abang minta keep in touch dan jika datang lagi, abang mahu dia menghubungi. Tidak abang tanyakan bagaimana kehidupannya dalam 6 bulan ini, hanya abang menghulurkan wang, namun tetap ditolaknya. Abang gundah dan kemudiannya terus memasukkan duit ke dalam poket Prof. Abbas.
"Please don't take it out, please use it.."Kata Abang apabila dia mahu memulangkan semula wang itu. Dia akhirnya akur dan menerima.
Petang itu abang mendapat panggilan dari Prof. Abbas. "Im on my way back to Kuala Lumpur. The university will give the answer by next week, inshaAllah. I will contact you again." Katanya.
Cerita Abang kali ini mengingatkan saya kisah-kisah yang lepas. Saya tidak tahu mengapa, selalu sahaja dia disapa lelaki asing yang tidak dikenali, kebetulan pula yang memerlukan bantuan. Mereka seolah tahu-tahu sahaja Abang mungkin dapat membantu. Abang pula orangnya, sedia membantu sangat pemurah lembut hatinya. Bukan memuji kerana dia abang saya, tetapi banyak perkara yang saya saksikan di depan mata.
Kadang-kadang saya sendiri yang cuak dengan situasi sebegitu kerana kami berdua memang mudah mempercayai orang. Selalu juga saya sengaja mengambil gambar abang dan mana-mana lelaki asing yang memohon bantuan dengan tujuan bahan bukti jika apa-apa terjadi :D
Ketika menulis, terasa sebak apabila meletakkan diri untuk merasai keperitan hidup Prof. Abbas. Kehilangan segala-galanya dan seperti katanya, dia datang ke Malaysia berseorangan dengan sehelai sepinggang. Mengenangkan pula saudara-saudara seIslam di negara-negara Islam yang sedang dalam mode peperangan, makin luluh hati ini. Ingatan untuk mereka tetap ada, namun apa sumbangan kita agaknya ye. Sekurang-kurangnya kiriman do'a buat saudara-saudara yang sedang berjuang mempertahankan diri dan maruah agama, moga syahid milik mereka dan kemenangan untuk Islam. Ameen.
Mohon dengan sangat Malaysia kekal aman, begitu juga dengan negara-negara mereka. Teringat cerita pensyarah yang berasal dari Iraq ketika saya di Asasi Kejuruteraan Matrikulasi UIAM dulu. Katanya, ketika dia di universiti di Iraq, serangan mula dilakukan terhadap negaranya.
Ketika sedang belajar, secara tiba-tiba mereka dihujani peluru daripada jet pejuang. Akhirnya mereka terpaksa belajar di dalam gelap untuk mengelakkan mereka dikesan sekaligus diserang. Peperiksaan dijalankan di bawah tanah. Hanya segelintir yang lulus dan dia adalah antaranya. Melihatkan situasi pelajar di Malaysia, katanya ramai yang tidak menghargai peluang pendidikan yang disediakan.
Ini yang saya juga sedar, ramai yang mendapat tempat untuk belajar tetapi kemudiannya belajar sambil lewa dan tidak hadir kuliah. Hanya jika mereka memikirkan kesusahan saudara-saudara seIslam untuk mempunyai peluang sebegitu, pasti mereka akan lebih menghargai. Manusia jika biasa disuap, mereka tidak tahu menghargai. Manusia jika diajar untuk bersusah payah mendapatkan sesuatu, mereka akan sangat2 menghargai. Itulah manusia yang sering lupa untuk bersyukur.
Mohon padaNya kita semua adalah di kalangan yang setiap masa bersyukur padaNya. Ameen. Penulis tidak pandai bercerita, namun harapnya ada iktibar yang boleh diambil, inshaAllah.
wallhu'alam.
p/s: soklan cepu mas. Sape pandai, tahu di mana lokasi gambar di atas? ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
salam..alhamdulillah..kita masih lagi menikmati keamanan di tanah air sendiri..namun siapa berani jamin, situasi ekonomi dunia yg kian menekan hari ni mampu mengekalkan kita dalam kebahagiaan yg kita kecapi seperti hari ini..tingkatkan rasa syukur kita dgn mengenangkan kesusahan yg di alami oelh saudara kita di palestin, afghanistan, iraq dan lain2 lagi..ya Allah..bantulah umat muslimin du muka bumi ini ya Allah..ameen..
To Akim:
Kim, syukron atas komenan dan peringatan. Moga Allah perkenankan doa di atas, ameen ameen.
Kita akan semakin bersyukur hanya apabila kita cuba merasai kesusahan orang lain. That is noted, thank yOu.
I like this entry :)
Very good entry. Enjoyed reading it. Very good presentation. Skali pdg mcm pjg jer..tp dh start bc mcm pndk jer..enjoy pny psl lah kan..hehe..gud values u incorporate gak..blh ah buat novel pasni =p
alhamdulillah....gud entry indeed...=) thank you...
cerita yg best!!hehe..
btol manusia terkadang alpa dgn nikmat kesenangan..namun bila kesusahan melanda baru terkapai mencari ilahi..begitulah manusia..
syukuri setiap apa yg kita dapat tak kira senang atau susah..
peringatan utk diri sendiri dan sahabat2..
take care dear!!
To asyraf:
Huu..boleh plak die buh link ke friendster kite..isk3..
Haha, anyway, thanks!
To Master J:
Thanks a lot, I give back everything to Him, alhamdulillah.
Novel dan cerpen tu da banyak jugak dihasilkan, tapi malumalu kucing, simpan jelah ;D
U know what I think J, yOu should be an invited writer in any column for The Star or NST etc, for open topics. You should try!
To Slackerz:
Since I read their blog, I cannot guess who are yOu ;) But, thank yOu for coming and reading
To Zaty:
Thanks for the reminder. Ingati Dia waktu senang, Dia takkan lupakan kita waktu kita susah. Itulah Dia :)
entri yang sangat mengasyikkan! [read:amusing]
terharu lak bila baca entri ni sebab tak sangka ada juga orang yang baik hati cam tu lagi sekarang ni..muga diberkati sekalian keluarganya..ameen
tp betul2 ada feeling macam dalam certain Islami dramas and films dlm entri ni la..hehe..
To Al Ikhsan:
Hadza min fadhli rabbi
Terima kasih atas kiriman do'a, moga barakah juga sekalian keluarga Muslimin 'ala kulli makan..
Pastu da masuk pasal drama ngan film pulak eh. Hehe. Itu baru satu daripada banyak cerita. Banyaknya di sekitar kL, kadang as ada bersama, kadang tak. Memang abang biasa balik report pada ibu.
Begitulah..
Cerita Prof Abbas tu baru 1 cerita dari jutaan mangsa. Ini bukan hanya cerita ke'pengganas'an
U.S. Tapi juga manifestasi kegagalan, kekorupan dan kebebalan umat Islam, khususnya pemimpin-pemimpina negara umat Islam yang menanggalkan pakaian Islam dan bertelanjang mengikut nafsu rakus barat.
Semoga pertolongan Allah bersama saudara kita dari Baghdad itu, abang enti (dan zaujah beliau) dan seluruh umat Islam.
To Ultimatun21:
Sahih jiddan..kerana itu ramai Professor genius dari negara-negara sana datang ke UIAM. Harap-harapnya kita dapat Professor baru dari Baghdad nanti :)
Kalau nak jenguk2 mereka (Abang dan Kak Long) bolehla ke Optometris Ainon Hayati sederet dengan Standard Chartered Bank, bertentangan dengan masjid besar Kuantan.
Kalau nak buat spec atau consultant mata, boleh bagitau saya inshaAllah bawak jumpa mereka. Dah ramai sahabat kenal rapat dengan mereka :) Alhamdulillah
I write for a paper??hmm..xpelah..i suka 2lis psl controversi2 pny isu..kang xpsl2 tau lah gov kita cmana kan..sket2 nk tgkap..hehe..besides..i prefer 2 write on my own time..not on a deadline ;) but thanks 4 d suggestion anyway :)
To Master J:
Takpelah, kalau gov scan kita2 sume, IIUM bloggers united neh, surely sume under ISA eh? Hehe. Silap haribulan, kena tutup UIA ;)
nauzubiLLah..
assalamualaikum to akak n sahabat2
alhamdulillah, kita masih belajar dalam keadaan yang aman. smg kita smua bersyukur dgn apa yg ada.
trus mendoakn smua saudara2 kita seluruh dunia. smg sentiasa kuat dalam memperjuangkan hak2 mereka.
ameen..
To Humairah:
Yup, kesyukuran itu kewajipan..
Ameen for your do'a ukhti :)
yes~
xde org jwp lagi soklan cepumas
gmbar bertempat di Kuantan Pahang~!!!!
TC!!!!!
yes, tahniah!
Anda akan dibelanja eskrem best nanti :P
Tak sia2 anda jawab..anda mungkin da salu makan besar, tapi kali ni jadi special sket ;)
sebenarnya tataulah kalau orang memang tatau TC tuh atau tak terperasan soklan tu atau tak ingat nak jawab.
Saje je nak tgk, dalam fokus pada benda besar, ada tak para pembaca tengok perkara kecil jugak.. :D
matematis muda salah! itu bukan TC, tapi teluk cempedak. heh.. tak nak kalah..
berkata tentang entry, Maha Suci Allah orang yang dalam kesusahan ditemukan dengan orang yg sememangnya sudi membantu. dan Maha Suci Allah juga orang yang sudi membantu itu mempunyai adik yang mampu mengatur kata-kata berbentuk tulisan yang mengasyikkan, yang melekakan hingga orang sanggup membaca daripada perkataan pertama hingga terakhir. BAHIR!!
*as cube soh si jaz tu tulis dalam bahse melayu, kot2 lembut hati dia. larrrikkk....
To szakif: Hehe, sah2 tanak kalah :D
Alhamdulillah diberi kelebihan dan medium untuk merapu sedikit sebanyak ;)
As sebenarnya rasa macam citer as ni bosan gaya penulisannya, tapi sume orang said the other thing lak. Maha Suci Allah membuka hati2 yang membaca, alhamdulillah.
Eh, zaki tengok kan komenan beliau yang panjang malah dalam Bm rojak lagi pada entry di atas? Nanti kita suh die wat BM standard pula. Zaki bukak citer kat sini lak eh sebab kat sana Jaz da forbid, pastu nak larik eh.. Haha.
Erk..BAHIR tu ape..hihi :D malu bertanya sesat jalan pulang ;)
zaki gompol ni mmg nk kene ni..kt my blog dh forbid dia bwk isu 2 kesini plak..xpsl2 blog as dicemari dgn isu 2..lari plak 2..kecut..ni ah manusia zaman skrg..tau nk ckp je..dh ckp lari..haih....
haih..korang ni macam2 la..hihi
alele.. dia tak nak kejar la tu. ke tak sanggup nak kejar. ye la.. kaki aku kan panjang.. hiah hiah hiah... >:)
sebenarnye mamat tu boleh je menulis dalam BM, cuma dia tak nak je~ meh aku tolong ajarkan menulis dalam bahasa Melayu standard. haha~ macam mane nak jadik secretary SCIENCESS akan datang ni? BM dengan english kena power.. muahaha~ *matila nak promote Jaz masuk tenure akan datang. lalala~
owh btw aku kagum dengan jaz pasal dia berjaya trace perbincangan kite psl BM dia. haha..
BAHIR tu bahse arab pasar. maksudnye awesome! hehe..
sskrg ni, prof abas mengajar kita orang pathology
lama da menanti berita.. :)
akhirnya..alhamdulillah
tq for sharing
sedey la... die kehilangan semuanya. nk share cite as kt blog batch boleh x?
salam..
i am learning with Prof Abbas now..
hmm..insaf betul...
Post a Comment