20 June 2008

Mental Technique

the view from my in room in IIU kuantan

Entri kali ini akan fokus pada kaedah mental, inshaAllah. Mudah sahaja konsepnya, iaitu segala apa yang dapat menarik mental kita untuk memberi arahan perubahan (read: Ini teori Hasanah, if yOu find this theory is offensive, please report to her mum).

Yang paling penting adalah gambaran sebelum kita semua tidur. Setiap hari sebelum saya tidur, saya akan set di dalam kepala saya seperti berikut lebih kurang:

"Ya Allah, esok aku nak jadi budak baik, berfikiran positif, kuat semangat, ceria dan tahan segala kesakitan. Ya Allah, kejutkanlah aku untuk SubuhMu. Ameen."

Eh, nak tiru? Tak boleh tak boleh. Sila buat gambaran sendiri okay :P Rekalah pape ayat yang best, niat kita untuk hari esok yang lebih bahagia. Jadi apabila kita tidur minda kita telah diprogramkan untuk menjadi apa yang telah kita niatkan. Bukankah otak berkembang ketika tidur..? Gambaran sebelum tidur ini adalah 10 kali ganda lebih berpengaruh daripada azam.

Selain daripada itu, jika kita mahu berubah kepada sesuatu, cuba tuliskan apa yang mahu kita ubahdan tampal di tempat yang kita selalu lihat.


Yang di atas adalah sample di depan meja penulis. Ada juga peringatan yang diberi sahabat-sahabat. Apabila penat belajar dan mahukan pengisian, penulis hanya perlu mengalih pandangan kepada tulisan-tulisan tersebut. Banyak juga peringatan kepada pembentukan diri.

Mungkin anda sudah biasa mendengar bahawa apabila kita menetapkan sesuatu, dan kemudian menulis dan tampal di tempat yang mudah dilihat, perkara itu akan melekat di minda kita dan menjadi peringatan tiap masa. InshaAllah. Gambar atas sekali, penulis menampal ingatan berbunyi "laziness brings yOu nowhere, hasanah! Do not regret and be tough!" Hehe.

Apabila anda menetapkan sesuatu matlamat, matlamat perlulah jelas. COntoh: 'Aku mahu membuka syarikat.' MAtlamat ini tidak jelas kerana tidak dinyatakan bila dan jenis syarikat tersebut. Contoh: 'Aku mahu membuka syarikat menerbitkan buku 7 tahun selepas grad.' Apabila sesuatu itu jelas, minda akan lebih fokus dan tidak terawang-awang meninggalkannya sebagai angan-angan.

Selain itu, anda patut cuba untuk membentuk kriteria atau standard yang boleh diukur bagi memastikan perubahan itu berjalan konsisten. Sebagai contoh yang sangat best di sini adalah saudara szakif kita mengenai "The Change". Anda boleh lihat bagaimana beliau meletakkan standard yang boleh diukur untuk memberi tanda padanya bahawa usaha untuk berubah telah berhasil :D Dengan ini anda akan lebih aware sama ada anda berjaya untuk berubah atau tidak, semestinya diikuti dengan semangat yang kuat! Huu..
Selanjutnya boleh mintak konsultasi daripada beliau ;)

Apabila meletakkan beliau sebagai rujukan anda, penulis sebenarnya hendak menekankan bahawa dalam usaha untuk berubah, salah satu cara lagi adalah dengan merujuk jejak-jejak kejayaan. Jejaklah contoh-contoh kejayaan yang berkaitan dengan perubahan yang anda mahu lakukan, percayalah anda akan berasa lebih terarah, bersemangat dan konsisten untuk berubah. Jangan lupa untuk cuba mencari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perubahan untuk memberi panduan kepada anda.

Akhir sekali, set kan minda anda, bersedia untuk memberi bantuan dan menerima bantuan. Itulah hakikat kehidupan diciptakan manusia untuk saling bantu-membantu ke arah kebaikan. :D

Mari kita sama-sama mencuba, ikhlaskan niat, inshaAllah khair! JUmpa lagi..

wallahu'alam


6 comments:

aerman said...

Hmm..Sebelum tidur..

szakif said...

wah.. macam baca buku teks! seolah2 membaca summary satu chapter yang panjang. bagus2. huhu..

terharu juga apabila menjadi bahan contoh dalam entry ini. terima kaseh.. *matila pasni ramai plak yang nak amik konsultansi macam mane nak kurus dengan aku. huhu~

gunakanlah mayfirst!

Badrul Aini Sha'ari said...

salam perjuangan...

read: Ini teori Hasanah, if yOu find this theory is offensive, please report to her mum.

nak kena report dgn mak die ni...sbb
interesting sangat, hehe...

al-ikhsan said...

dah baca dari hari jumaat hari tu..tapi saja je biarkan dulu..nak tunggu hari ni baru comment..hehee

anyhow, i like this!=P

p/s muga sentiasa tabah dan tsabat dalam perjuangan hidup dan agama ini!
chayok2! d(>.<)b

bak kata As,
"Jumpa lagi!"

NMZ said...

To Aerman:
Heh, apa yang sebelum tido tuh ;P

To szakif:
Kalau ramai cari nanti bitau depa anda sibuk ye :D
Yang di atas tu teori hasanah je, kalau rase offensive, jangan wat..hehe

Eh, mayfirst jadik ke? Huu..

To Bad:
Mana nye, tak report pun ;)

To AL IKhsan:
Thanks atas do'a..tapi macam tibe2 jek, hehe. But i cherish that, jazaak.

InshaAllah jumpa lg, but life is so hectic..i will try..biiznillah

Badrul Aini Sha'ari said...

> che as:

saya pantang dicabar ! =P