19 June 2008

Perubahan Adalah Fitrah

Semua manusia akan berubah. Betul? Semua benda di dunia akan berubah, yang kekal hanya Allah. Ada berubah jadi baik dan sebaliknya. Jadi hari ini ita sentuh mengenai apa yang positif dulu. Berubah kepada hasanah. Eh, hasanah? :D Berubah kepada kebaikan.

Tiada satu perubahan pun yang tidak penting, semuanya penting belaka walaupun perubahan yang sangat kecil. Bila kita berubah, orang di sekitar kita juga akan berubah, inshaAllah.

Dalam dunia ni ada 3 kategori manusia. Pertama: berjaya yakni golongan yang yang hari esoknya lebih baik daripada semalam. Kedua: Terpedaya yakni tiada apa perubahan kepada kebaikan langsung. Dan yang ketiga, celaka; yakni hari ini lebih buruk daripada semalam. Nauzubillah.

Macam mana nak bermula?

Kita mesti bermula dengan pembangunan diri. Kunci pebangunan diri adalah bersedia untuk melakukan sesuatu yang positif walaupun kecil HARI INI juga. Diantara kita ramai yang berkata bahawa kita tidak mampu. Kalau kita tidak mampu, jadilah orang BARU yang mampu membuat perubahan dengan segera!

Apakah petua untuk berubah..??

Akan bersambung..

"Rabbi habli hukman wa alhiqni bissolihiin..ameen"
[Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebijaksanaan dan dampingkanlah kami dengan orang-orang soleh]

4 comments:

Unknown said...

salam perjuangan...

ya, kami menunggu sambungan entry bagaimana mahu berubah.

Anonymous said...

lg2....

shaqyl said...

yup yup...tgh tggu~~

Bashir IbnDzul said...

laa.. bersambung? dah seronok baca.. takpe2 patik tunggu..