PAda suatu malam yang indah, tiba-tiba bertalu message masuk mengenai kenaikan harga minyak. Saya tidak berperasaan untuk diri saya, mungkin rasa tidak kisah pun ada, bukan kerna kaya tapi rasanya sia-sia untuk saya turut sama geram. Sia-sia geram saya jika ia untuk mereka yang tidak kisah akan rakyat.
Tapi saya rasa sebak memikirkan kembali kesan selepas (after-effect) kenaikan harga minyak seliter. Paling terkesan tentulah rakyat yang hanya mampu naik motor kapcai dan yang hidup susah. Walaupun mereka tidak menggunakan kenderaan yang memerlukan bahan api, namun bukankah pengangkutan untuk beras, sayur, gula dan sebagainya diangkut menggunakan lori yang memerlukan minyak..?? Sudah tentu kesemua harga barang-barang keperluan akan turut meningkat secara mendadak.
Bila terjadi hal ini semua akan mempersoalkan ke mana perginya untung PETRONAS dan negara kita sebagai pengeksport minyak. Malah minyak negara kita antara yang paling mahal jika dieksport kerana kualiti yang tinggi. Malaysia pula mengeksport minyak yang lebih tinggi harganya ke luar dan mengimport minyak yang jauh lebih murah untuk kegunaan pengguna Malaysia. (nota: Kalau ade salah tolong betulkan)
Jadi, ke mana hilangnya keuntungan PETRONAS? Mintak maaf jika entri ini bernada emosi kerana saya sudah bosan mengenai isu ini dan kaitannya dengan Petronas. Sejak saya kecil ayah bekerja dengan Petronas. Ibu dan abang pula bekas pekerja Petronas. Kakak sepupu pula di bahagian kewangan Petronas di Menara Berkembar, makcik juga di Petronas.
Insan-insan ini yang mempunyai hubungan rapat dengan saya menyebabkan banyak kisah di sebalik tabir Petronas yang saya tahu. Antara kisah dahulu kala yang saya ingati adalah apabila Petronas yang asalnya syarikat swasta menjadi separuh kerajaan (read: boleh kata jadi hak milik kerajaan). Kakitangan Petronas dipotong gaji tapi tidak lama kemudian, gaji kakitangan kerajaan pula yang naik. Memang petronas memberi bonus yang besar, tapi itu hanya untuk para eksekutif, yang bukan eksekutif tidak menikmati semua itu. Kerna itu saya bosan apabila masyarakat menyebut-nyebut begini,
"Uiks, keje Petronas gaji tinggi, paling kurang pak guard pun dapat RM3000."
Sape yang memandai cakap macam ni ye, isk isk isk..saya bosan!
Sebelum apa-apa terjadi, ayah dan sepupu saya akan inform dulu. Dan saya kecewa setiap kali ia terjadi. Setiap kali itu saya terfikir apa nak jadi dengan Malaysia yang kita bangga-banggakan ini. Kita tunggu August ini sama ada minyak akan naik lagi kepada RM4. ;P
Saban tahun harga minyak dunia semakin melonjak, dan saban tahun itu juga keuntungan Petronas melimpah ruah. Cuma yang penat saya fikirkan, ke mana perginya semua itu. Jika dulu untung sedikit tetapi mampu menampung subsidi minyak, kenapa dengan keuntungan yang semakin tinggi hari ini tetapi subsidi semakin dikurangkan..? Benar, keperluan negara turut meningkat, tetapi ia sepatutnya seiring. Mesti ada sebab-sebab di sebalik tabir mengapa.
Jika kamu masih ingat ketika para pelajar memprotes kerana kerajaan negeri Selangor tidak memberi RM1k untuk kemasukan mereka ke universiti, dengan selamba MB Selangor yang ketika itu baru menjawat jawatan tersebut menjawab,
"Macam mana nak bagi, duit kerajaan negeri dah licin."
Licin untuk PRU12 oleh kerajaan negeri sebelumnya. Sehinggakan sultan Selangor mempersoalkan ke mana perginya wang tersebut. Terbit pula di harian Sinar edisi pantai Barat membocorkan ke mana perginya wang tersebut. Kisah ini mirip kepada situasi ketika pihak pembangkang menang pilihan raya di negeri Terengganu.
Terkejut mereka apabila menyemak kewangan negeri yang ditinggalkan kerajaan negeri sebelumnya. Bukan setakat duit kerajaan negeri habis licin, malah ditinggalkan hutang sekali, banyak. Dan selepas PRU12 yang lepas, pemerintahan negeri beralih tangan, untung untuk mereka kerana kerajan negeri sebelumnya berjaya melunaskan hutang malah meninggalkan baki duit.
Pemerintahan beginilah yang dicari-cari, bukan sekadar menghabiskan duit untuk pembangunan, malah menghasilkan keuntungan dan membantu rakyat supaya tidak hidup melarat. Apa gunanya pembangunan jika yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin..?? Cuba bagitahu saya apa gunanya.
Semua kemelesetan ni, takkan dirasai yang kaya, hanya yang miskin semakin papa. Haiz....
Seperti ape yang DSAI cakap, ke mana perginya akautabiliti Petronas. Saya selalu hairan, cuba kalau Petronas boikot sikit kerajaan, tunjukkan yang mereka juga berkuasa. Bertindak secara lebih professional, mereka syarikat besar, tapi apa yang menghalang ye mesti ada sebab..hmmm..kena kaji skit nanti.
Kamu semua pergi baca suratkhabar hari ini ye. 4 langkah yang PM cadangkan.
Malam tersebut kebetulan message diterima ketika saya di dalam kereta. Sempat tangkap gambar-gambar dan video orang ramai berpusu-pusu keluar mengisi minyak. Bersemangat juga ye ;D
Peringatan sekali lagi, saya yang belum cukup umur untuk mengundi tidak berpihak kepada mana-mana, cuma saya menyokong apa yang benar. Harap-harapnya rakyat tidak pula mencuri kerana kesempitan hidup. Moga Allah permudahkan semuanya, hikmahnya rakyat akan lebih jimat cermat. Saya sendiri apabila di traffic light, tukar transmisi gear kepada gear N, sebelum ni jas tekan break. Kalau di traffic lite, masuk gear P then tukar balik, tak baik untuk kesihatan kereta lak..huu..
wallahu'alam
6 comments:
salam perjuangan...
Saya sendiri apabila di traffic light, tukar transmisi gear kepada gear N, sebelum ni jas tekan break.
dah lama dah praktik... :)
"Uiks, keje Petronas gaji tinggi, paling kurang pak guard pun dapat RM3000."
uiks, bukan saye, bukan saye... ;)
p/s: Minyak jagung, masakan tahan lama
kat mne cte minyak jagung nye... :P
To Badrul:
Aci ar, as bru dapat lesen 3 tahun lepas ;P
Minyak jagung tu nak suh nilai sendiri. Moralnye, try guna minyak jagung untuk jdkan petrol, tahan lama sket :P
huhu kalu ckp psal petrol skang mmg seme brg naik harga..lembu yg mkn rumput pom dah naik harga skang.adei la..susah la nak kawen.huhuu
government ari ni still treat rakyat cam 20 tahun dlu la..depa x tau yg rakyat skang dah bijak2..
tp pape pom..taat la kpd ALLAH dan taat lah kpd Rasul dan pemimpin dikalangan kamu..
wallahu a'lam
salam perjuangan...
to as / hasanah / NMZ :
pernah dgr cite rakyat brazil demo psl kerajaan brazil guna alternatif biofuel???
bila kerajaan brazil convert hasil pertanian jd biofuel, rakyat ramai tak dapat makan sebab sumber makanan berkurangan dalam negara...
to pamie:
pembetulan:
taat la kpd ALLAH dan taat lah kpd Rasul dan pemimpin dikalangan kamu (selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah)...
To Pamie:
Rakyat berubah menjadi lebih intelektual, harapan mereka sekadar mahukan pemimpin yang mengambil tahu siksa jiwa rakyat. Pemerintahan yang bersih berlandaskan Islam
To Bad:
Tak pernah dengar pulak Bad. By the way thanks betulkan untuk as ;D
apa2 pun, kena belajor jimat ek!
Post a Comment