30 December 2011

Tirai madrasah semakin terbuka luas.

OooOraitt~!

Alkisah Sarah busy tolong-tolong para guru lain uruskan anak-anak kat madrasah tu orientasi, dua hari lepas. Lepas duk sibuk tenggelam dalam dunia perasaan sendiri urus wudhu' dan urus solat Dhuha anak-anak, Sarah pun berpaling nak gerak ke biliknya. Tetiba ada seorang guru lain menegur Sarah.

"Dah ada anak ke? Takpun suka budak-budak eh?" Soalnya sambil explain dia duk perhati dari tadi gelagat Sarah.

Yelah Sarah guru baru kat madrasah tersebut. Baru seminggu. Para guru tatau pape lagi pasal Sarah. Terlalu sibuk, taaruf pun belum sempat.

"Oh dak aih..ni asbab biasa dengan anak-anak sedara je akak." Sambil senyum tulus dia jawab.

Bila kena tegur macam tu baru Sarah sedar, oh dia suka dan serasi dengan budak-budak sebenarnya. Ingatkan asbab sayang anak-anak sedara je. Padanlah dia harap dapat mengajar budak-budak besar tapi Allah bukak hati hantar resume mengajar kat sekolah yang merangkap anak-anak kecil hati polos.

Dan Allah itu sebaik-baik perencana. Walau bagaimanapun, Sarah duk fikir bukan ke tiap wanita itu sepatutnya dan memang akan ada sifat kasih pada wajah-wajah untainted nih? Pantang tengok baby sure nak dukung. Pantang tengok anak-anak kecil sure bersayang-sayang. Tak ke?

Tapi sesungguhnya rasa kasih dalam hati tu, Allah jua yang anugerahkan.

DIDIKAN DI RUMAH

Harapnya para ibu bapa faham tentang peri penting mendidik anak-anak di rumah terutama tentang bagaimana untuk menjadi hamba, tentang adab dan juga disiplin. Contohnya untuk solat, taat ibu ayah dan berakhlaq mulia. Madrasah hanyalah tempat untuk mengukuhkan ilmu dan kefahaman mereka.

Di rumah anak-anak mendapat fokus penuh daripada ibu ayah berbanding di sekolah guru perlu fokus secara general kepada 20-30 anak-anak sekelas. Kan untung tu bila mana anak-anak ada peluang besar untuk dapat perhatian didikan ilmu secara one to one dengan parents.

Haih itu apa Sarah fikirlah. Anak-anak besar dua tahun pun dah faham bila kita ajar suh ikut orang besar solat. Dia faham sejadah, dia tahu ada pergerakan berbeza dalam solat. Yup dia faham. Kita je selalu ingat dia tak faham apa kita bagitau dia. Hat kat rumah Sarah sorang tuh, setahun lebih dah boleh bagi arahan dan berjaya ikut dengan cemerlang. Paling dia fevret follow orang solat. Tapi Sarah heran da dua tahun lebih ni dia malas dah nak follow. Tapi anak-anak umur 0-7 tahun kena lebih banyak bermain dengan dia sebenarnya.

Fact 101: Otak anak-anak 80% growth dia pada umur 0-2 tahun. Another 10% before 6 years old.

***

Alkisah Sarah dukung anak sedara masuk sekolah disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Ramai dah duk ingat Sarah dah beranak pinak, ingatkan single! Ramai da guru tanya pasal anak kecil tu. Cecikgu single hat lelaki frust alamak keciwa tak dapat nak tackle. Dah beranak pinak rupanya. Hahaha. Sarah senyum kemenangan sebab lepaih ni lebih lapang dan tenang lah jiwanya.

Rule 101: Never assume, ask!

***

Sedang ready untuk solat Dhuha, Sarah ajar anak-anak perempuan kena letak tumit kat satu garisan yang sama setiap barisan saf. Masa tu tunggu semua anak-anak lelaki naik sebelum Ustaz bagi briefing pasal solat Dhuha neh. Tetibe terpacul soalan best daripada sorang anak.

"Kita nak solat Zuhur ke pagi-pagi ni Teacher?"

Erk...

Rule 102: Mesti ajar anak-anak detailsss pasal solat sejak kecil. Senang! Sebab lelama jadi habit kang yang salah tuh.

***

Sarah duk perhati one by one anak-anak yang tengah ready nak angkat takbir untuk Dhuha. Tetibe mata dia ter-spot-lite dekat sorang anak perempuan. 'Pergh anak karkun mana nih?' detik hati Sarah lepas usha dia solat pulak. Terus usha nama ayah beliau kat tag nama. Heheh!

Tudung dia lain daripada anak-anak yang lain, mak jahit sendiri agaknya. Siap dia pakai cover semua part of dagu termasuk tulang depan bahagian muka yang bawah. Lepas tu solatnya subhanallah memang ikut sunnah. Bila dia solat, bacaan dia superb, sebab Sarah pi bang dengaq bacaan dia dan anak-anak lain. Siap tenggelam dalam dunia dia sendiri. Subhanallah Sarah pun still ala-ala terpana. Yelah anak Tahun 1 kot!

Balik tu Sarah cerita kat Mak dia.

"Ala Sarah oi, tak semestinya anak karkun je boleh jadi macam tu."

"Ya ka Mak?"

"Ya lah, sapa-sapa hat faham Islam insyaAllah mampu didik anak cara Islam. Esok try perhati semula anak-anak tu semua. Mesti ada punya hat lebih kurang lagu tuh."

Ye tak ye jugak.

"Yang tak join karkun tak makna dia tak baguih. Tak follow sunnah. Mungkin ada la tuh cara depa sendiri korban untuk agama. Karkun ada system dan disiplin sendiri, mungkin depa hat lain tu pun sama. Kita ja tatau aih." Mak nye Sarah menambah lagi. "Tapi Mak memang salute lah kat para karkun."

Esok Sarah pun usha lagi anak-anak to wudhu' dan solat. Sarah pun tersenyum sorang teringat apa Mak beliau cakap semalam. Memerhati tu penting, dan perbincangan selepas pemerhatian pun penting. Oh oh Sarah teringat elemen-elemen dalam laporan Fizik, Bilogi dan Kimia beliau kat sekolah dulu!

***

Baru seminggu duk madrasah ni, dah banyak rasa Sarah kutip cerita unik. Sarah teringat zaman-zaman dia klinikal di hospital dulu. Banyaklah pengajaran dia sendiri boleh hadam dalam jiwa. Sama macam madrasah ni jugak, cuma dalam bentuk yang berbeza. Matlamat dia still sama, ila mardhatillah.

Sarah pun rasa ilmu dia tak guna kat hospital pun takpalah, guna untuk didik anak-anak kat madrasah ni insyaAllah. Dia cuak punya besaq takyah duk cerita lah, pasai nak share ilmu dengan jiwa-jiwa tulus suci murni takdak hat tercemar.

Sarah doa Allah sucikan hati beliau dulu siap-siap dan constant, supaya mudah ilmu mengalir sampai ke hati-hati yang juga suci.

Rule 103: For you to teach, fix yourself, not your student!



15 comments:

Afida Anuar said...

Akak pun dah banyak kali dah As, keluar dengan adik yang darjah 1 waktu tu, orang ingatkan anaK!.... pastu terbaru bawa beg ANAKKU ni, orang pun ingat dah ada anak!..ah belasah la;P

Ya Allah, seronoknya bila dunia dan hidup sentiasa dikelilingi jiwa2 dan jasad kecil yang suci dari dosa.. Allah.. akak doakan moga Allah sentiasa bagi kekuatan kpd As dan semua untuk mendidik anak-anak yang suci ni agar hidup mereka sentiasa mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah...Aminn, insyaAllah...

As said...

Afida Anuar
Hujan lebat kat sini Kakak, As tolong aminkan jelah doa akak. :)
Your time untuk berbakti, one day insyaALlah!

As pun travel pi memana angkut beg baby. Heheh.

Btw air laut kat belakang umah ni cam melimpah ke jalan sket, makin lama makin bertambah je. As pun pelik akak. Adalah dalam 5 min cycling dari rumah. Hmm...

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

pkongsian yang sentiasa memukau dan mempersona.

kalaulah semua guru faham ilmu mendidik yang sebenar2nya seperti ini.

sudah sekian lama berada dlm sistem, abah semakin payah nak jumpa mereka yg faham konsep ini.

sejak dulu selalu terfikir, beruntungnya sesiapa yg dapat memiliki anak-anak dara abah. tak semestinya pemimpin serba sempurna tetapi cukuplah insan jujur yang tahu menghargai, sentiasa cuba up gred diri dan ikhlas ingat mengingati.

p/s- malu abah membaca pengalaman sarah. tinggalkan komen sambil2 muhasabah diri, adakah abah masih setulus dan seteliti sarah dalam mendidik anak2 sendiri. alhamdulillah setakat ni adik2 memelihara solat tetapi solat yg sempurna segala rukun dan syarat2nya agak subjektif sbb kita mmg perlu sentiasa belajar dan terus belajar w/pun dlm soal yg amat basic.

~PENCHENTA~ said...

Hidup dalam jiwa kanak2 seronok. Suci sangat hati diorang. Dan kita lah yang kena latih mereka dari kecik2 gini untuk bina mereka masa depan kan?

Jeles lah.

Nak jadi cekgu jugaklah! ;)

Anonymous one said...

Malunya nak komen sebab kakak awak ni kaki buli haha.. masa zaman sekolah. Tapi bila dewasa ni lainlah sikit XD.

Ya indahnya perasaan "sarah" Insyallah sarah akan menjadi pendidik yang baik..dan cemerlang gemilang terbilang


Kirim salam ya sama anak2 kecil tu..

tertiba teringat cerita laskar pelangi.

Mindaberbisa said...

Selamat berdakwah. :)

AkuCaptainHero said...

sy bakal jd cg ase sonok bc blog ni..:)

Naj Mi said...

Kanak-kanak kecil tu kan bak sehelai kain yang putih bersih, terpulang pada guru dan terutama sekali mak bapak kanak-kanak itu untuk mencorak kain-kain putih tu kan.

Moga Sarah akan mencorakkan lagi semua kain-kain tu menjadi hasil yang amat mengkagumkan.

Ikhlas mengajar kerana Allah, maka sesungguhnya setiap pendidik diluar sana akan mendapat ganjaran yang amat besar.

Wallahualam

Anonymous said...

sarah = as?

Bintu Salman said...

"Aku menyediakan diriku 20 tahun sebelum kelahirannya." [Bapa Imam Syafie']

Kalau nak berjaya didik anak dengan baik, kena berjaya didik diri dengan baik dulu. InsyaAllah anak akan terdidik lepas tu. :)

EJA said...

entry yg sgt menarik..anak itu lahir nya bersih kita lah yg mencorakkan nya..jemput ziarah,follow dan tinggalkan pendapat anda di entry saya..syuqran jazilan..

http://menulisdenganhati.blogspot.com/2012/01/aku-dan-kamu-ibarat-pensil-dan-pemadam.html

Bijen M. said...

Mana ada anak karkun.
Mana ada karkun ada disiplin sendiri.
Mana ada term-term karkun ni.
Semua umat Nabi.
Dah kata umat Nabi, semua kena amal cara Nabi lah.
Bukan karkun je kena amal sunnah.

As said...

Weh ramainya tak reply!
Baru pasan.

Nak reply to Bijen M.
Hari2 jumpa mama dia kat depan school, memang karkun pun.
Yelah orang je label.
Still karkun ada disiplin sendiri.

Semua perkara cara Nabi SAW, please remember bukan semua perkara adalah sunnah.
Ada yang harus sahaja, ada yang tak boleh dan sebagainya.
Quran dan hadis itu bukan untuk ditafsir direct oleh kita yang cetek ilmu, tapi sepatutnya rujuk tafsir daripada para ulama' yang mempunyai lebih kefahaman, bersikap professional dan tidak taksub pada sesuatu perkara.
InsyaAllah moga Allah bagi faham..

izzu said...

saya nak tanya, karkun tu apa ?

maaf, saya tak pernah dengar istilah ni

As said...

Izzu!

Gelaran untuk orang buat usaha agama :)