1 December 2011

Leave it to Him

hatimu, ibu dan ayah.. by As |||
hatimu, ibu dan ayah.., a photo by As ||| on Flickr.

Kau dah decide, jadi ragu-ragu tu campak tepi longkang. Seriyes!

Dua minggu lepas ada ofismate tanya ala-ala sharing moment,

"Aku tak sure betul tak keputusan aku nak resign nih."

*Takdelah cakap aku engkau, fiksyen semata.*

"Faiza 'azam ta, fa tawakkal 'alaLLah. And when you have decided, then put your trust in Him. Ali-Imran ayat 159, nanti balik try check study sket-sket moga dapat faham insyaAllah." Aku senyum.

Thank you Allah. Ni wasilah Kau bagi kawan tanya soalan camni sebab nak suh aku peringatkan diri sendiri jugak eh? Exactly.

So kau dah doa, dah berusaha dah berazam, tinggal lagi kau tawakkal jelah dengan Dia. Yang selebihnya, urusan Allah pulak nak jadikan lagu mana. Oke?

Pernah dulu zaman belajar kat satu Universiti nih, ada kakak ni pesan. Sebelum tidur solatlah istikharah. Sebab setiap langkah dalam kehidupan kita perlu kepada membuat keputusan. Jadi moganya takda satu pun yang di dalam pilihan kita sendiri. Semoga setiap masa Allah yang pandu.

Itulah antara hikmah belajar kat Universiti yang agak Islamik, aku yang agak jahil ni pun dapat jugak aura-aura bi'ah islamik. Alhamdulillah.

So kenapa aku berhenti kerja?

Well...nantilah tunggu next entry pulak tulis. Sebelum tu sila pulang dan basuh minda sedikit supaya tak terkejut sangat dengan sebab kenapa aku berhenti kerja.

Sekian.

6 comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

sentiasa suka dan sgt2 suka apa saja yg as kongsikan.
harap ramai yg dapat membaca yg tersirat di sebalik yg tersurat.
bicara biar bermakna :)

solat istikharah tu tepat, bukannya tunggu time confuse saja. (ingatan terhadap diri sendiri nih)

moga sabar dan tabah selalu.
sentiasa dlm doa.

fuad ansari said...

tak sabar nak baca entri kenapa berhenti kerja..

mesti iium kan.. sy dulu kerja kat iium, dapat jugak merasa aura islamiknya tu..

p/s: rindu kat iium.. (",)

Insan said...

sy tak study iium, tapi bila da kne keja kat negeri2 islamik nih,, mak aihh.. sendiri pun berubah gak.. mula2 dulu tensen, sekarang ni tiap kali terfikir, syukur sgt2.. :D

Anonymous said...

kau memang best

-insan-

kak nini said...

always ada yg tersirat....like... :)

As said...

Uncle AHP
As gembira yang teramat dengar berita tentang kesihatan uncle sekarang. Mari tambahkan kesyukuran dengan nikmat pemberian Allah. :)

***

Fuad Ansari
Bahagia jiwa muslim jika semua institusi tidak mengambil Islam dalam system secara keseluruhan. :)

InsyaAllah tunggu sihat sikit boleh karang entry kenapa berhenti kerja. Tapi macam banyak dah ditulis di komen-komen blog Bijen M.

***

Insan

Jiwa yang telah diberi faham, moga dikurniakan istiqamah selepasnya buat semua kita. InsyaAllah. :)

***

Kak Nini
Aa akak! Macam mana tersampai sini? *Blushing*
Hehe. Rindu sebab As takda kat ofis kah. :)
Moga Allah kurniakan faham insyaAllah.