siapa-siapa pun dalam dunia yang akan thought that diorang akan sakit itu ini. Sekurang-kurangnya 95% daripada kita semua berfikir begini.
Sebab tu agaknya jadi ramai yang sakit.
Sebab bila selsema kita fikir, oh ini bukan influenza, demam biasa sahaja. Atau bila makan, kita makna tak ingat dunia setiap hari, sebab kita takkan terfikir kita akan sakit sebab makan. Kita takkan fikir kita akan dapat kencing manis, atau diabetes.
As rasa sebab kita fikir camnilah kita jadi tak sedar diri. Ops, maaf. Sebab tulah kita tak berjaga-jaga, tak beringat sebelum kena. Kita tibai je segala benda yang boleh makan. Kita jugak taknak jaga tempat-tempat yang boleh menyebabkan air bertakung contohnya. Sebab kita tak fikir kita akan kena denggi.
Dunia ni ada baaaanyaaak sangat jenis penyakit. Tendency untuk sakit ada di mana-mana. Bukan bermakna as doakan kita semua dapat sakit. Cuma as fikir kita kena beringat sebelum kena, jangan bila da terhantuk baru nak ingat...
Sebab kat hospital as jumpa ramai orang muda-muda kaki dah nak kena potong sebab kencing manis. Muda tu memang muda lah, tak sampai umur 30 tahun pun lagi. Bukan sorang dua as jumpa, kerap pulak.
As ulang semula, sebab kita manusia biasa, fitrah kita untuk fikir yang kita takkan kena sakit itu ini. Sebab tu kita jadi amik lewa. Makanya, beringatlah kita. Berjaga-jaga lah. Pencegahan itu sentiasa lebih baik dari merawat.
Pakailah tali pinggang keledar walaupun bukan anda jadi driver.
Amik masa 10 minit untuk bersihkan kawasan rumah daripada tempat air bertakung.
Amik masa 3 kali seminggu untuk riadhah.
Makanlah secara sihat.
Memandulah secara berhemah, jangan jadi pembunuh di jalan (ok pesan kat diri sendiri jugak..haha)
Jagalah pemakanan anda dan keluarga.
Berhentilah merokok, jangan bunuh diri dan paling penting jangan jadi pembunuh. (Kerajaan patut haramkan kemasukan rokok ke Malaysia. Isk!)
Selalu perhatikan yang tersayang anda, jika ada tanda-tanda tak sehat segeralah jumpa doktor.
Rajin-rajin lah buat medical chek up.
Setialah pada pasangan anda, jangan sebarkan HIV pada anak-anak.
Jauhi dadah!
Jangan fikir diri sendiri je, nasihat-nasihat lah family jugak.
Jangan ikutkan sangat apa anak-anak anda nak makan.
Jangan pergi awal dan pulang pun awal. (eh itu pesanan untuk pasukan bola sepak negara la!)
Er dan banyak lagi pesanan tak berpenaja. FOC untuk akta keselamatan dalam negara.
Kempen sehat sepanjang hayat.
Kempen TakNak
Kempen cara hidup sehat
Ok sudah merepek. Sesape nak tambah pesanan dari kementerian boleh tambah ye kat komen. Hehe. ;)