31 August 2009

9 pergi, 10 sedang, dan yang berbaki akan..

Ape.....31 Ogos?


Bukan2...

Sekejap saje sudah 10 Ramadhan, alhamdulillah Allah panjangkan nyawa kita untuk sampai ke hari ke10 ramadhan ni. Sedang antara ramadhan yang lepas dan ramadhan tahun ini, sudah berapa ramai yang telah pergi meninggalkan kita. Tapi Allah panjangkan umur kita untuk mengecapi bulan nikmat ini...

Dalam ramadhan,
amalan sunat = pahala mengerjakan amalan wajib
amalan wajib = pahala mengerjakan 70 'ibadah wajib di luar bulan ramadhan
[HR ibnu khuzaimah]

Mengecapi nikmat tu bolehlah di analogikan dengan, menghirup dalam-dalam udara sahur, menghirup dalam-dalam udara malam-malam ramadhan. Cuba kamu tarik nafas dalam-dalam sekarang, nikmat kan..? Sebab biasanya kita tak bernafas sepenuhnya pun. Kan?
Cuba kamu tarik nafas dalam-dalam setiap kali di mana-mana tempat, serius mesti ramai suh kamu pergi hospital check dada :D

Untuk ramadhan yang berbaki, kejarlah apa yang telah luput daripada kita pada 9 hari yang telah berlalu. Jangan tunda-tunda. Weih, Aku pesan kat diri sendiri ni, kalau kamu nak ikut sukatilah. Boleh je. Boleh aa kita masuk syurga sama-sama kan. Ameen :D

"Ya Allah, aku berlindung daripada merasa mulia dan agung di dalam jiwaku sendiri. Sementara di dalam jiwa orang lain, aku kecil dan hina." [doa Hassan Al-Basri]

wallahu'alam..

9 comments:

Liyana Musa said...

merdekanya diri kuasai ramadhan..teruskan..agar lagi teduh, lagi berkajang...

Fatin Baharum said...

hampir 21 tahun idup, ak br aser, a'ah la, bulan pose, setan xde. xpon, mayb, ak je yg lebih2 ikot nafsu before ni. :))

shafiqrahman said...

Selamat berpuasa as =)

Sama-sama kita gunakan masa yang ada yek!

joegrimjow said...

pose semasa merdeka

CAHAYA said...

Love this post!

Semalam baru bercakap2 dengan kawan2 ttg puasa. Alhamdulillah sudah 10 hari. Tak terasa pun.

musafirtibbi said...

Eh,betulla..nikmatnye udara ramadhan!

Anonymous said...

Kannn. Macam tak terasa sangat 31 Ogos tahun ni. Mungkin sebab Ramadhan.

Huhu. As kena pimpin diya kalau nak masuk syurga sama2 yeh.

=)

farah, s. said...

selamat hari merdeka as sayang
sorry lmbt sikit XD

umaralfateh said...

makin ramai ye pembaca tetap kamu.

selamat menghadapi separuh lagi ramadhan.