7 September 2009

kitab yang diturunkan

Dari Abu Darda
dia menaiki masjid Damascus dan berkata,
"3 hal yang membuatkan aku tertawa dan kemudian menangis.

Pertama: orang yang memburu dunia sedangkan kematian mengejarnya.
Kedua: orang yang ketawa terbahak-bahak tetapi tidak tahu apakah TuhanNya redha ataupun tidak kepada dirinya.
Ketiga: orang yang lalai tapi dia tidak pernah luput dan dilalaikan dari pantuan Allah"

malam 18 ramadhan
selamat meneruskan hari-hari yang berbaki
yang semakin hari semakin berkurang jumlahnya
namun tetap sama ganjaran pahala
selagi mana masih kita bertapak di bulan mulia
jom rebut sama-sama
tak kira dalam apa jua cara
dan jangan sekali-sekali rasa kita lebih mulia
atau lebih bertaqwa
hanya kerana dengan amalan kita yang sedikit lebih dari manusia yang lain
kerana nilaian taqwa itu bukan pada bilangan banyaknya
tapi pada hati yang khusyu' ikhlas keranaNya...


jadi jika kamu setiap hari berjemaah isya' dan terawikh, tidak semestinya kamu lebih baik daripada mereka yang bertarawikh sendirian..
dan jangan jugak syok sendiri terawikh sendirian terasa lebih baik daripada mereka yang berharian pergi berjemaah.

Ada faham..?
good2.. :D

6 comments:

A'thiqah said...

salam As.. nak share sikit..

kita ada baca somewhere.. Allah swt berfirman yang bermaksud.. Ikhlas itu adalah rahsiaKu.. dan aku berikan kepada mereka yang KUpilih..

salam ukhuwah dari chunkychips~ :))

Anonymous said...

ikhlas tu susah kan? nak master konsep ihsan tu susah gak :p

Anonymous said...

salam.

"jadi jika kamu setiap hari berjemaah isya' dan terawikh, tidak semestinya kamu lebih baik daripada mereka yang bertarawikh sendirian..
dan jangan jugak syok sendiri terawikh sendirian terasa lebih baik daripada mereka yang berharian pergi berjemaah."

hehe..mendalam maksudnya tu..

Ahmad Naeem said...

salam,

waah...lama tak post....ehehe...

tahniah followers dah cecah 100+...

harap2 baki hari2 akhir ramadhan di.isi dengan lebih beribadah.


KEPADA SEMUA YANG MEMBACA, sama2 kita gerak dan FLAG blog Rasul Melayu, Abdul Kahar, he's back and now using the internet as a source to derail people from Islamic faith.

smua usah fikir lagi, gerak terus ni linknya.

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/


p/s: sorry As, guna ur post plak buat iklan, tapi alang2 org ramai lalu lalang kat sini.

Anonymous said...

faham doc...terimakasih kerana mengingatkan... :D

Dammit said...

Faham doc. Eh, ke prof dah? hehe. Mesej diterima, roger. Selamat berpuasa n lebihkan ibadat untuk 10 hari terakhir :)