6 August 2009

Ini musibah besar....akhir zaman aku kira, pastinya.

Dulu aku bahagia betul di tempat aku sambung belajar ni, tempat berbukit dan penuh pokok-pokok..bukak jendela pagi-pagi, nampak berkabus sejuk udara nyaman..

Selama dua tahun lebih..

Tiba-tiba pada hari tersebut, aku mula perasan kabus-kabus itu masih wujud walaupun sudah tengahari. Haih, hairan nih. Dan hari ni jam 6 pagi aku bukak tingkap, penuh berkabus....
tapi kenapa berbau asap eh?

Hah, rupanya jerebu. Yosh...waktu aku pulang dari kelas di jalan hospital petang tadi serasa hidup diselubungi asap, semua nampak sangat kelabu, mata ni macam dah makin rabun. Heh. Tekak pedih.

Bencana apakah ini.....hairan nih tempat berhutan macam tempat aku belajar jadi mcam ni..

Dan..semua orang duk heboh pasal H1n1..dah memang itu yang menular kini. Rata-rata institusi pengajian tinggi dah diberi cuti. Universiit aku masih tegar walaupun penuh students yang suspected dan kena kuarantin.

Setakat hari ini hanya tinggal 3 fakulti yang masih sepenuhnya beroperasi, yang lain sudah selamat di rumah. Yang sakit tinggal untuk kuarantin, yang sehat pulang ke rumah.

Dan fakulti aku akan tetap tegar beroperasi. Kami perlu mengejar silibus untuk semester ini yang akan tamat pada pertengahan ramadhan, inshaAllah. Jadi kami tak boleh cuti. Minggu hadapan sudah bermula peperiksaan pertengahan semester. Kawan2 sekelas yang perlu kuarantin pun terpaksa ke kelas untuk pembentangan dan peperiksaan, aku kesian betul kat mereka.

Sejak isnin lepas aku rasa sunyi semacam je kampus aku. Minggu lepas dan minggu ini semua sedang berbondong-bondong pulang. Dan aku tetap rasa taknak cuti walau fakulti bagi cuti. Sebab jadual kami pasti akan huru-hara nanti. Tapi setakat ini aku bersyukur la sebab tak cuti lagi.

Bak kata seorang pensyarah, jika kamu pulang hari ni sampai seminggu, kalaulah hari terakhir cuti tu kamu infected, kamu pulang ke sini, lepas tu kena bagi cuti semula plak. The cycle goes on. Betul jugak sebab benda ni tetap akan menular. Menular dan menular sampailah vaksin ada.

Aku pelik jugak kat UK dah distribute vaksin di pusat membeli-belah..vaksin tak sampai msia lagi ke atau ada akta pape?
Aku blur betul bab nih.

Then aku duk fikir2, benda ni makin dasyat, betul tak? Kalau makin dasyat makin dasyat....pusat beli belah kena tutup, kedai2 tutup....petrol station tutup...lalu bagaimanakah?
Haih INI BENAR-BENAR MUSIBAH AKHIR ZAMAN...

hanya bagi mereka yang mahu berfikir...

sedikit fakta berbeza yang aku tahu:
- tempat terbuka tak perlu pakai mask, sebab virus mati dulu di udara. Tempat tertutup, si sakit perlu pakai mask, orang2 yang demam etc.
- basuh tangan dengan kerap ye!
- minum air banyak2 =)
- berdoa...yeah!

wallahu'alam......

7 comments:

Faisal Admar said...

hmm rasanya vaksin tu dah sampai di Malaysia cuma politik harga belum diselesaikan :)

pelik juga kan?

apa pula kata pensyarah dan doktor ye? :)

Anonymous said...

Wuwuwu. Orang lain nak cuti, As sorang jelah takmo cuti. Memang pelajar ber dedikasi =D

shafiqrahman said...

hm..kat kl ni pun pagi2 jerebu teruk sampai ke malam..

tentang H1N1 ni ntah lah as.. kementerian kesihatan masih tak benarkan orang ramai ambil vaksin.. Hanya yang positive je dapat vaksin..

Tapi skrang dah dah risau sebab mungkin dah ada virus influenza A H1N1 yg immune dgn Tamiflu..

Tapi kalau sapa2 yg ke hospital utk posting etc, elok lah pakai mask sbg langkah berjaga2 kan..

Hmm..mgkn ni semua tanda2 kita sepatutnye beringat..

CAHAYA said...

semalam pi ppum pun sesak nafas. dah la sesak ngan manusia. jerebu plak lagi. adoi!

shafiqrahman said...

owh..kesilapan teknikal sket as, hehe. vaksin belum ada lagi. tapi tamiflu je yg ada utk fight virus ni. dan skrang gov dah mula bagi klinik bagi tamiflu =)

so kahs bila mau cuti? ke tak mau kacau raya nihh... hehe..

mohad said...

bermacam masalah timbul ya...

Hafeez Kamal said...

"Kalau makin dasyat makin dasyat....pusat beli belah kena tutup, kedai2 tutup....petrol station tutup...lalu bagaimanakah?
Haih INI BENAR-BENAR MUSIBAH AKHIR ZAMAN..."

...wah, farfetched =)

hmm, Malaysia ada tamiflu, tp only enough for 20% of citizen..jadi setiap penggunaan perlu direkod, and not available for prophylactic use...
here: http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=34391-ah1n1-flu-updates-on-10-faqs--dr-david-kl-quek

eh, ada ke bagi kat mall di UK?...i thought they said worldwide demand..jadi sort of shortage?

rasanya, lebih menakutkan bila reports of tamiflu resistant H1N1 are surfacing...
here: http://www.theglobeandmail.com/news/world/tamiflu-resistant-h1n1-viruses-identified-in-china-singapore/article1249650/

=) almost puasa...