23 April 2008

Malaysian Car Boot Sale..??



Car boot sale boleh dikatakan pasar tani British, yelah sebab Malaysia pun ada pasar tani juga. Jualan bonet kereta ini adalah untuk orang perseorangan menjual barang-barang baru dan juga barang-barang terpakai. Tetapi kebanyakan barang-barang tersebut adalah barang yang sudah digunakan tapi tidak lagi diperlukan oleh pemiliknya. Jualan ini bertujuan untuk mengumpulkan sejumlah besar orang awam di satu tempat, supaya mereka dapat menyahut seruan kerajaan dalam kempen kitar semula (erk, ini jika di Malaysia), dalam konsep membeli atau menjual barang-barang yang masih berguna tetapi tidak diperlukan lagi, yang sebelum ini mungkin dibuang begitu sahaja.

Ini hanya berlaku di United Kingdom (UK) dan mungkin United States (US), tetapi saya rasa Malaysia juga sangat patut mengadakan jualan seperti ini secara besar-besaran. Sikap rakyat Malaysia yang suka membazir memeningkan kepala Jabatan Alam Sekitar. Terlalu banyak barang yang masih berguna dibuang begitu sahaja. Mungkin susah hendak mencari siapa yang mahukan barang tersebut, mungkin kerana itu nasibnya berakhir di tong sampah. Jika adanya jualan seperti ini, kan lebih mudah, barang terpakai dijual kepada yang betul-betul memerlukan dengan harga yang murah. Semua rakyat jelata akan belajar untuk berjimat, tidak membazir, dan menghargai barang-barang terpakai. Malah, rakyat yang kurang mampu juga boleh mendapatkan barang-barang yang diperlukan dengan harga yang murah.

Saya banyak kali berbicara dengan teman sebilik yang lama menetap di UK mengenai perkara ini. Seringkali isu yang diutarakan adalah mengenai buku-buku terpakai. Satu lagi sikap rakyat Malaysia yang sangat banyak sudah buktinya, suka bersikap protektif (baca: protective) dalam melindungi buku-buku lama. Maksudnya di sini, buku-buku yang digunakan untuk belajar dulu tidak kira di mana-mana peringkat sekalipun, akhirnya buku-buku tebal itu berakhir nasibnya di dalam stor. Asal-asalnya, sayangkan buku untuk diberi kepada yang memerlukan, ataupun dengan sebab mereka masih akan memerlukan buku tersebut suatu hari nanti dan berbagai-bagai sebab yang lain.

Akhirnya tinggallah buku itu tidak digunakan dan tersimpan begitu sahaja. Masa makin berlalu, hati pun telah terbuka hendak memberi pada saudara mara dan kenalan, sayangnya buku-buku tersebut telah keluar dari masa (baca: out of date). Tidak lagi selari dengan pendidikan terkini kerana ia edisi lama tidak dikemaskini. Dan pengakhiran sekali, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada buku-buku tersebut di penutup tong sampah. Sayang sekali ilmu tidak digunakan.

Antara sebab lain berlakunya pembaziran seperti ini adalah kerana tidak tahu kepada siapa hendak diberikan, tiada yang nampaknya memerlukan. Ada juga yang memberi begitu sahaja kepada siapa-siapa, akhirnya yang mendapat pemberian itu tidak menghargai apa yang diberi. Di sinilah kepentingan adanya jualan seperti ini di Malaysia. Banyak sangat kelebihannya jika hendak disenaraikan. Malah, sesiapa yang mahukan sesuatu barang seperti buku contohnya, akan lebih menghargai kerana buku atau barang itu dibeli, bukan didapati secara percuma. Diguna dan dijaga sebaiknya walaupun barang terpakai.

Siapa yang mahu cadangkan kepada menteri-menteri ya..? Walaubagaimanapun, sukar untuk membuat perubahan di Malaysia, tetapi tidak mustahil. Sementara berlakunya perubahan itu, sebagai rakyat yang berhemah, banyak yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan pembaziran. Bersikap lebih memberi, lebih pemurah. Jangan terlalu sayangkan sesuatu yang tidak lagi kita gunakan. Selagi mana ianya berguna, hulurkanlah kepada yang lebih memerlukan.

Pesan untuk diri yang sentiasa alpa.

Wassalam.

8 comments:

Hasrizal Abdul Jamil said...

Assalamualaikum WBT.

Kalau di UK dan Ireland, carbooth sale ni dimusuhi oleh gereja kerana menjadi punca orang tak datang Mass pada pagi Ahad!

Kalau di Malaysia, seperti biasalah, al-tabi' ashadd min al-matbu' (yang mengikut lebih teruk dari yang diikut), bukan ahad sahaja, malah setiap malam ada uptown downtown... shopping pukul 3 2 pagi... subuh apa cerita!

Hmm...

Macam mana tu ye?

As said...

wa'alaikumussalam ustaz, syukron datang menjenguk..

Yep, sedar tuh, sebab tu di Msia kena wat macam pasar tani, time pagi-pagi sahaja sampai tengahari.
Uptown adalah setiap malam dan di bandar-bandar utama, terutama Kuala Lumpur.

Setiap sesuatu sentiasa ada baik buruk, cara diaplikasikan tu penting supaya dapat mengurangkan ape yang buruk, serta menaikkan apa yang boleh membawa kebaikan.

Uptown downtown, sebenarnya yang berkuasa menggalakkan ke arah itu, makin mudah untuk mereka beraktiviti, tengah2 malam pula tuh.

Apa kata kita galakkan ke arah kebaikan dan prevent ke arah yang tidak baik, kelantan boleh, kenapa kat laen tak boleh..?? Huu..

Wallahu'alam..

AISHAH roslan said...

Salam. setuju! ;)

Anonymous said...

Malaysia masih ada pasar malam yang berkeMUNGKINan mengorbankan Maghrib dan Isya'.

Inilah kehidupan yang hanya permainan dan tipudaya. Mengejar dan dikejar. Meninggalkan dan ditinggalkan.

As said...

sebab itu mintak buat pagi sahaja :)

kalau kita boleh contohi satu negeri yang apabila masuk je waktu solat, sgala perniagaan berhenti seketika..

kalau takde pun, boleh buat kan...

nak seribu daya (^_^)

Anonymous said...

Well it sure did brings back a lot of memories... My dad brought be lots and lots of book from carboot sales...especially on math and sciences... Though at that time I had no idea that it would be very...very... useful to me.

Now when I think back...all those books did helped me a lot in my studies...

ayk said...

setuju pandangan awak dalam entri ni! makanan tambahan untuk ibu mengandung , create website malaysia , tanda-tanda covid

porro said...

Seronok juga buat car boot sale. Dalam seronok seronok tu jangan lupa cek bateri kereta dan tayar kereta sebelum bergerak menjual. ^^