19 April 2008

Kata mereka..



Mereka bertanyakan keadaan diri saya, saya jadi bingung, cara apakah yang terbaik untuk saya khabarkan.

"Macam mana sekarang, sehat?"

Ini soalan pembunuh (killer question) buat saya. Tak dikhabarkan pun ramai yang tahu, entah dari mana. Biasalah, sahabat-sahabat banyak yang mengambil berat (concern), mungkin. Tahu mengenai musibah, dikhabarkan kepada yang laen, harapnya beserta doa.

Saya tidak khabarkan, tetapi saya menulis di blog pula. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya berkongsi, dek kerana suka memendam rasa. Terima kasih buat yang melawat setelah saya diletakkan semula (warded) setelah baru sahaja dibebaskan (discharged) dari penjara di katil putih beserta jarum di tangan yang setia. Ia begitu setia, kemana-mana sahaja bersama saya. Tidak dilupakan botol normal saline (NS) @ sodium chloride yang sentiasa berganti, patah tumbuh hilang berganti.

Duhai doktor, saya tidak perlukan pengganti NS tersebut. Saya telah dipaksa menelan makanan oleh sahabat-sahabat. Saya cukup kuat untuk hidup lagi, sodium chloride boleh saya bancuh sendiri di rumah. Itu kata saya, kata doktor..? Susah untuk mereka percayakan pesakit. Melainkan seorang doktor yang saya temui di katil putih sebelum kali ini. Dia doktor atau malaikat..?? Tanya saya di dalam hati.

Moga Allah berkati kesemua doktor-doktor, kerana mereka sibuk untuk pesakit. Saya faham, saya mengerti, tetapi ini jalan yang dipilih kalian, maka mengapa menidakkan..? Kamu memilih, kamu patut mendalami, bukan lari. Moga generasi kesihatan dan sains perubatan (health & medical sciences) akan datang lebih mengerti hakikatnya seorang pesakit yang juga seorang manusia, punya hati dan perasan. Merawat bukan sahaja fizikal, malah apa jua yang di dalam.

Saya berkata-kata kerana, saya juga bakal menjadi seperti mereka.

Mengenai kesihatan, alhamdulillah, makin baik makin diberi nikmat, walaupun masih dalam kesusahan untuk sujud padaNya..

wallahu'alam

1 comment:

Anonymous said...

sblm apa2,sorry2 sbb slalu juga komen entry2 kat blog ni..hehe..
bukan apa, tp sy benar2 tertarik dgn pgalaman2 yg dikongsikn..

blog ni has really made a profound difference in d way i view d medical profession..

tak lama lagi kptsn tajaan MARA utk bdg medik akan keluar..dan sy harap2 sy diterima muga dpt sy berbakti kpd 'masyrkt' lebih dr sekadar berbakti pd 'kerajaan' kelak..

anyway,minta izin link ke blog ni ye..hehe