27 April 2012

Berkorban tak terkorban


Glad to see everyone here!

Well, I choose to leave the entry down there, to be kept here. Rujukan masa-masa akan datang. Hoho.

Tak suka buat entry negatif dan publish. Tapi sentiasa ada hikmah, always.

Minggu sudah sesuatu telah terjadi kat sekolah. Mungkin tu caranya Allah nak cakap, that's enough. Hikmah disebaliknya telah membawa aku view pengertian berkorban ni dari sisi tepi lain. Kita dah terlalu diletakkan dengan pemikiran berkorban ertinya terkorban. Makna kata bila kau berkorban diri untuk orang lain, diri kau akan terbakar.

Tapi tuan-tuan, berkorban tak semestinya kita kena jadi mangsa korban. Boleh je nak terkorban, tentulah kau akan lebih mulia. Contoh mudah pikiaq, tak semestinya dalam proses kau duk tolong orang miskin, diri kau akan on the road to miskin jugak. No no no. Kan lebih comel kalau kau berkorban kerja kuat untuk jadi kaya supaya dengan kekayaan tu kau boleh tolong orang susah. Jadinya kau makin kaya dan depa makin susah. Takdalah konsep yang kaya makin kaya yang miskin makin miskin.

Sapa pernah naik kapal terbang habaq mai sket. Sebelum kapal tu terbang kan ada gadis comey kat depan tu duk bagi aksi keselamatan dengan gaya pelbagai. Salah satunya bila terasa ada masalah kurang oksigen susah bernafas waktu cemas, mak/ayah kena pakai oxygen mask dan bernafas terlebih dahulu sebelum ambil dan pakaikan untuk anak-anak bawah jagaan.

Kalau mak/ayah tu tak boleh bernafas tapi duk kalut nak pakaikan kat anak-anak dulu, silap-silap tak sempat pape tak berjaya tolong anak-anak. Makanya mudarat kat diri sendiri dan anak-anak serentak. Gitulah maknanya. Berkorban tu sentiasa perlu tapi tak semestinya kita turut sama terkorban. Bila diri kita terjaga dan dalam keadaan yang baik, kita akan lebih cemerlang membantu orang lain. Tak gitu der?

Brader-brader dan sister-sister yang dihormati sekalian,

Contoh yang lebih dekat dengan diri kita la ni, maybe situasi seorang ibu yang sibuk menjaga suami dan anak-anak sepenuh jiwa raga sampai terabai kesihatan dan kecomelan diri. Memang betul, kasih sayang seorang ibu a.k.a isteri ni sangat-sangat mendalam dan sanggup berkorban besar. Tapi cuba fikir, jika seorang ibu tu sihat dirinya, bertambah-tambah kecemerlangan pengorbanan beliau. Sebab dia tengah sihat, ceria, gembira dan segala aura positif lain lah! Kan?

GURU IBARAT LILIN

Memang betullah tuh. Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi alam. Berkorban dan juga turut terkorban.

Time usrah kat sekolah hari tuh naqibah suh round table semua orang kena bagi short tazkirah (sistem madrasah kami, semua guru dah di-group-kan untuk usrah sesama guru). Aku teringat nak cerita hat ni lah. Cumanya akhir kalam aku konklusikan, 

"Tapi maaflah untuk para guru patik tak berjaya nak masukkan terma ini. Guru, bila sakit, asalkan masih mampu berjalan tetap kena mai sekolah mengajar. Walau dapat MC sebolehnya mai jugak sebab banyak kekangan guru-guru lain yang kena ganti dan sebagainya. Guru, kena korban weekend untuk aktiviti sekolah. Guru kena korban banyak masa bersama keluarga untuk bersama anak-anak murid. Dan sebagainya lagi."

Yup, tugasnya sangat mulia. Provided, guru-guru ni redha dan buat semua kerana Allah. Tak harapkan balasan daripada makhluk-makhluk yang telah dia curahkan ilmu ni.

PENGUMUMAN

Yup itulah hikmah yang aku dapat sementelah daripada ujian yang Allah timpakan baru-baru ni.

Dan yes nak bitau neh, hari ni titik tolak kehidupan baru bagi seorang aku. Sebab aku dikira petani moden full time kerja tanam anggur la ni. Cuma anggurnya tak berbuah-buah.

Secara positifnya, aku banyak bekerja busy sana sini start hari ni walaupun tak kerja jadi teacher dah. Cuma kerja-kerja aku yang ini income-nya tuntut nanti kat akhirat. Tengah main saham, pelaburan akhirat. Sure untung je takkan ada rugi punya. ;P

KONKLUSI

Jumpa lagi lain kalam. Mungkin kerap sikitlah menulis lepas ni since tenaga dah tak terlalu banyak keluar untuk kerja-kerja ekstrem di madrasah seperti sebelum ni.

Allah knows. Aku plan kot lain, tapi Allah dah siap-siap plan tang lain lak dalam proses untuk expell aku daripada madrasah tu. Walaupun aku duk fikir aku mampu, aku mampu. Allah Maha Mengetahui keadaan hambaNya. Tiadalah apa pun dalam pengetahuan aku pun senanya.

Wallahualam. :)


8 comments:

Mindaberbisa said...

positive... i like :)

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

jadi lampu suluh je lah kut?
hehehe...
gurau2 je

Anonymous said...

Insyallah yang baik2 saja.. akan datang :)

bidadari said...

Assalamualaikum..
Journey Towards Light..
Betul2 menggambarkan hidup akak
:)
Kita kena kuat.
Kalau x kuat pun buat2 kuat.
Biar org sekeliling x susah hati tgok kita.
Biar apa org nak kata n buat tanggapan.
Y menanggungnya kita, dan keluarga.
Buatlah apa2 pun.
Just pastikan akak bahagia k.
Dan semoga bertemu Adam y boleh berkongsi suka duka dgn akak secepat y mgkin.

ho ho ho

love u.

cik misi said...

teruskan update ya... suka baca kisah2 as neh.. kuatkan semangat, jadi guru neh memang banyak cabaran..

Ahmad Naeem said...

kalau guru tu ibarat lilin, As dah boleh dikategorikan lebih pada itu, sebab dengan segala kesakitan yang sedia ada, masih membakar diri, walaupun diri sudah cair(mcm lilin) tapi masih meneruskan perjuangan.
Kuatkanlah qalbu dan teruskan perjuangan!
my prayers are with you! =)

p/s: amboi ligat noh dok berbahasa utara..haha

As said...

Bidadari comel!
Moga kekuatan Baginda jadi sumber inspirasi naaa~
Suka lah ayat awak hat last-last tuh, terbaek~

Love you too!

***

Cik Misi

Fuh cik misi mimpi ape semalam. Glad u came. Mencemar duli ke teratak patik neh.

***

Naeem

Hallo? Ingat kita masuk zaman tun teja mana tadi guna analogi sikit punya shakespeare da. Fuh.
Belajar jadi pharmacist gitu eh, nak ngayat patients suh makan ubat :P

p/s: ang rasa cheq ligat ka? Sikit jah! ang jadi tok guru cheq lah, oke? :P

Thanks for the never ending support naaa

ayk said...

jemput baca gastrik , penyakit gout , cara buat website