5 May 2012

Give your best shot!



SEMBANG JUJUR

"Weh aku jujur nak tanya kau satu soalan nih. Aku nak kau jujur ah jawab neh." 

Kepala terus berlipat paling menghadap tuan punya suara. Wajah maintain tenang. Bajet cool macam biasa. Sekilas mata bertentang. Cukuplah takleh lama, kalau tak mana nak hide anak mata unsur cuak neh!

"Tanyalah, takdak hal." Nada setenang air tasik tak menggambar ombak berpusar dalam jiwa.

Yelah weh bila orang da mula guna perkataan jujur tu means ada benda besaq depa nak heart to heart la tuh. Cuak duk pikiaq aku ada buat salah ka apa ka. Penat pikiaq, biaq pun setengah minit tak sampai senggang masa hat ada.

*ni satgi pakcik pharmacist-to-be ni sembuq ayaq lagi kat aku konon ligan duk speaking utagha. Nak buat lagu mana dah terkeluaq.~*

Oke, behave your language.

Si penanya pun berputar pusing-pusing konon nak susun ayat ter-comel agaknya.

"Kau agak-agak kan.." Dia mula bersuara. "Dengan kau sakit camni kan, agak-agak kau boleh kawin tak eh? Nak buat kerja rumah semua. Boleh tak?"

Ceh soklan level 1 je rupanya. Peanut lah~

"Sebab tu aku tak mencari weh."

"Aku tanya betul-betul ni. Kau agak kau mampu tak?"

Luar alam lah soklan tuh. "Kau tak boleh tanya aku, sebab hat tu aku sendiri pun nak kena tanya Allah."

"Yelah istikharah tu memang lah, tapi jujur diri kau sendiri rasa macam mana? Sakit teruk, banyak perkara kau kena limit bagai, agak-agak kau mampu tak nak kahwin? Nak kena manage rumah sendiri segala, tulah maksud aku."

"Ye aku faham je. Cuma still Allah je ada jawapanya beb." Aku jawab. Dan kemudian sambung dalam hati, 'Ada jodoh adelah tu cara Allah nak bagi aku boleh pulun buat kerja-kerja rumah walaupun tak semantap orang sehat segar bugar'.

Sejujurnya time kat Uni dulu aku buat je kerja-kerja basuh baju jemur baju lipat baju kemas bilik buat assignment driving panjat bukit redah hutan dan segala bagai, dengan kudrat dariNya. Tapi memang sambil hari-hari berendam airmata kesakitan extra power. Siap attend patients kat hospital dengan cemerlang lagi kot zaman belajar dulu kala. Hoho. There're good things I did for the ummah neway kan. :)

Silap ah, patutnya time dia tanya tuh aku tanya balik dengan soalan.
"Kenapa, kau ada calon untuk aku ke?" Ngaaa. Harap-harap mak aku tak bacalah artikel ni, haru kena sekeh buat statement lagu neh. Sungguh tak sopan anak gadis, bak kata mak.

KITA DAN KEHIDUPAN

Isu ni memang seriyes lah ada mahkluk Allah tanya kat aku. Dan ia antara yang aku tak fikir pun. Malas nak fikir.

Cuma aku sebenarnya nak tamsil (analogi) je kat korang, dalam kehidupan ni macam-macam akan datang. Kau tak boleh kata kau tak mampu selagi kau belum give your best shot. Belum involve, macam mana nak tau kau mampu, ye dak?

Sama jugak macam isu dakwah, isu berjihad, isu sambung belajar, isu ke depan untuk berucap atau pegang jawatan tinggi dan pelbagai lagi. Especially isu-isu yang mentaliti kita semua duk kena taram bahawa hanya golongan alim ulama' sahaja boleh buat. Macam dakwah. Tiap kita dah dilahirkan dengan kewajipan berdakwah Bro.

Even though kau tahu satu ayat je, tetap wajib kau sampaikan [Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab Ahadis al-Anbiya’, no: 3461]. Tak kira just ajak solat awal waktu ke, just ajak beri sedekah ke atau ape-apepun. Hatta sekecil-kecil perkara kebaikan.

Kitalah penyambung tugas Nabi SAW, sebar bunga-bunga syurga indah ke serata alam. Hallo, bukumuka kau tu boleh kira serata alam la jugak. Daripada kau duk re-post perkara yang manfaat nya zero kepada masyarakat baiklah kau post se-das kata-kata kebaikan atau nasihat.

Contoh simple:
"Think before you re-post."
DAKWAH IS EASY

Yup easy measy. Sepotong kata-kata nasihat dah cukup oke nak sebar kebaikan. Contoh kat bukumuka:
"Be wise."
Yelah skang ni bukumuka tu kira cam medium yang agak besaq lah, sebab orang-orang serata alam rajin nya lah spend masa membaca kat bukumuka tuh. Alang depa membaca tu baik lah kita post kan perkara kebaikan, mengalir jugak pahala.

Kau takyah pun bagi intro cam khutbah Jumaat in order nak sampaikan dakwah Bro. So ape kes yang payah ngat nye? Diri sendiri memang cabaran terbesaq. Kerja dakwah ni wajib Bro, bukan hobi buat masa lapang. Dan santai-santai je kau boleh buat dakwah. Sambil main guli, main bola hatta main sepak raga. Seriyes.

KONKLUSI

Cuba kau renung balik dalam-dalam, deep punya. Apa hakikat kejadian kau, kenapa Allah hantaq kau mai ke dunia dan cuba fikir last nanti ke mana kau akan kembali.

Cubalah fikir. Kita di sini atas satu tujuan, memikul amanah. Yang kelak di akhirat nan abadi akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Doalah moga Allah kuatkan langkah kaki kita. Ameen!

Yang tulus,
Hamba faqir yang masih merangkak mencari cahaya dalam kelam warna hati.


p/s: Nama penyakit - Fibromyalgia.

4 comments:

Anonymous said...

Salam..saudari,sy sering mengikuti p'kembngn blog saudari sedari beberpe bln ke blkgn ini..sy tdk mahu b'simpati pd saudri krn sprt sy, simpati seakn memp'lihtkn lemh..ttp..sy amt kagum dgn saudari..sy sering b'doa utk menjd spt saudri krn idup sy dahulunye penuh ranjau n dose..menjd setbh n sematang saudri..b'dkwh dlm pe jue keadaan..smoge saudari berada di dlm lindungan Allah S.W.T..

Anonymous said...

Salam..saudari,sy sering mengikuti p'kembngn blog saudari sedari beberpe bln ke blkgn ini..sy tdk mahu b'simpati pd saudri krn sprt sy, simpati seakn memp'lihtkn lemh..ttp..sy amt kagum dgn saudari..sy sering b'doa utk menjd spt saudri krn idup sy dahulunye penuh ranjau n dose..menjd setbh n sematang saudri..b'dkwh dlm pe jue keadaan..smoge saudari berada di dlm lindungan Allah S.W.T..

Mak Wardah said...

Salam. Akakpun sama amat kagum dng anda. Bangga sangat dgn anda...

Mak Wardah said...

Bangga dengan anda, sangat berbangga