16 April 2012

Kadang kita tak sedar.


Wah-ha~!

Yup, it is. Penat bila sepanjang masa terpaksa cover perasaan sebenar just not for others to worry. Whatever it is, this is me.

Last week pergi follow-up dengan doktor kesayangan for the first time this year. Sebenarnya tak sedar dah lama tak jumpa Dr. Is. A very gentle at heart doctor. Hati beliau macam akan jatuh berkecai jika beliau sedikit berkeras dengan pesakit. Itulah dia. A good Muslim doctor. 

Teringat dulu kala lecturer salu pesan, be a good Muslim first, then a doctor. That would make you a good Muslim Doctor. Macam mana pun memang sangat terkesan kebenarannya. Dengan sakit kronik macam ni, aku dah jumpa pelbagai ragam doktor. Dan dah scanned ramai jugak. Kesian sebenarnya doctor yang tak jalankan amanah dengan baik.

Tentang amanah ni, aku pun kena sekeh diri dan muhasabah jugak, sebagai guru adakah aku dah jalankan amanah dengan terbaik dan termampu? Moga ada barakah pada ilmu yang mengalir.

Setiap kali jumpa Dr. Is, beliau akan start the session dengan provide aku satu survey boleh kata, untuk evaluate my pain and physical condition for the past weeks. Kali ni, bila siap buat survey tu baru aku perasan yang kondisi fizikal aku makin mendasyat sejak tukar kerjaya jadi guru.

Hmm.

Termenung dan terkejut time tu. Betul Dr. Is cakap, aku selalu tak sedar dan buat-buat macam aku seolahnya oke sedangkan badan aku sangat dipaksa untuk bekerja dan berfungsi.

Kemudian Dr. Is sembang pasal my current life and nature of work. Sebenarnya dah ada bau-bau macam soal siasat. Heh. Yup Dr Is sedikit terkejut bila tahu certain nature of work aku. Aku pulak dengan muka tak bersalah sebab memang rasa cam takda pape yang sounded wrong. Hoho. It's actually so wrong on so many levels.

Yup, it is.

Lepas buat rapid blood test sket untuk hemoglobin dalam darah, check glucose sket dan test urine sket. Macam biasa semua tak normal. Tapi dikira acceptable lah untuk pesakit kronik. Dan ada beberapa kondisi aku yang sebabkan Dr. Is sendiri takdak idea why why and why.

Cuma konklusi kepada perjumpaan tu banyak kali Dr Is nasihat kat aku, *which yang aku sangat rare nak dengar*, "You need more rest and a flexible job to carry on life."

Oh? Mode belum sedar diri.

"And you did suffer of vocal cord abuse."

Heh? First time dengar.

Oh sungguhlah Dr Is seolah boleh baca aku, dan aku masih dalam mode cam tak berapa sedar. Dalam hidup kita ada 4 tingkap, dan salah satu tingkap tu adalah orang tahu tentang kita tapi kita sendiri tak tahu pasal diri kita.

"You need more rest and a flexible job to carry on life."


Dan hari ni bila makin bertambah nasihat pasal aku dan kerjaya sebagai guru, dengan mengambil faktor sakit kronik ke dalam cerita utama, maka aku semakin sedar diri bahawa aku sedang dalam proses memaksa badan untuk berfungsi melebihi kemampuan.

Memang betul kita kena menyumbang sehabis baik, tapi bila fikir semula, jika aku tak mampu nak setelkan amanah sebaik mungkin, anak-anak murid jugak yang akan terkena tempias.

Istisyarah dan istikharah. Yes and yup. Dah lepasi kedua-dua fasa.

Nantilah fikir. Btw aku sarankan kau berhenti membaca di sini je. Oke? Wassalam.

p/s: Oh seriyes aku rindu dan mengidam sejenis tom yam yang nama dia Tom Yam Pot Tet dari tengah negeri Pahang. *?*

__________________________


Eh masih reading? Hmm.

Aku menulis dalam fasa airmata nak tertumpah-tumpah dan juga sedang kesakitan amat. Tapi demi nak meng-cover airmata yang nak tumpah ni, aku memaksa diri untuk menaip. Aku dah mintak kalian stop reading kat atas tadi. Sebab sesi yang ni sesi sekadar nak spill.

Dalam keadaan aku kesakitan sepanjang masa, seolah setiap inci badan dikorek, ditukul dan disiat, ditambah dengan tak tidur malam. Ramai yang mudah salah faham dengan aku. Jenis pulak payah nak mengeluarkan isi sebenar dalam kepala dan jiwa kat orang. Sebab tak larat nak bercakap banyak. Jadi makin mudah pelbagai salah faham terbit.

Emosi tak stabil tu kira normal. Sebab haywire. Orang pun tak snaggup nak bertahan. Heh. Sebab tu aku pun tak berapa rajin nak share pasal sakit. Aku suka buat malas nak cerita. Buat oke je, pretend sihat cergas ceria. Sebab penglibatan orang dalam kehidupan aku akan buatkan orang tu terluka dalaaam sangat tiap kali aku emo. Dan rasanya korang da tau aku pun pesakit klinik Kesihatan Mental & Psikiatri. So silalah nak judgemental pun.

Tak kisah lah ape korang nak cakap atau nasihat. Korang yang rajin nak membaca sampai sini. Aku saje nak spill sini. Yup insyaAllah bersabar dengan sabar yang indah. Memang sedih tiap kali lukakan orang yang kita sayang bila kita terlalu kesakitan dan campur-campur semua. Sedih, pedih. Dan sungguhlah seorang aku ini yang banyak kekurangan, banyak memberi masalah serta banyak merentap ceria.

Sungguhlah itulah aku.

Maka seperti biasa aku meninggalkan segala kesedihan dan keperitan untuk dikongsi hanya dengan Pencipta.

Berdoalah semoga Allah mengampuni seorang aku, wanita akhir zaman yang banyak berdosa..banyak melukakan hati-hati..

Moga ketemu penawar yang mengocak jiwa. Semoga.

WA.



9 comments:

Ahmad Naeem said...

Salam,

Dear friend,
Keep on fighting!
With every morsel of pain
you endure, surely He will
relieve you of your sins!
may Allah continue to shower you with His blessings =)
As kan budak kuat...!!

p/s: Dah lama tak comment, but no worries, I've been reading =)

sinzzfaiza ismail said...

feeling like to hold your hand and say whatever you want to hear to make u happy :')

syarifah radiah ibrahim said...

I pray that everything will be fine.
Fighting!!
;D

Mindaberbisa said...

Dulu saya terkenang-kenang semasa baca post sebelum ni mengatakan kak mendapat peluang kerja banyak dan lumayan, tapi siapa terfikir bahawa di sebalik setiap kejayaan terselit kesakitan. ALLAH MAHA ADIL. MasyaALLAH. Terharu sangat.

~candlesky~ said...

more rest and a flexible job...more rest and a flexible job...more rest and a flexible job..

<3

fuad ansari said...

hmm......

tak salah kan kalau kak as berhenti kerja dan buat kerja yg lebih ringan??

saya rasa, dalam keadaan yg macam ni, kadang2 kita perlu berlaku adil utk diri sendiri.. insyaAllah, orang yg melihat akan faham dan cuba membantu.. (",)

Anonymous said...

assalamualaikum akak..actually ada something yang ijam still tak faham..:) tapi takpela...:)but ijam nak bagitahu yang akak sangat bertuah sebab ad ramai orang yang menyayangi akak dan selalu ad untuk akak..:)

As said...

Naeem, Faiza, syarifah radiah, pencari Allah, candlesky, fuad and ijam.

Sahabat adalah seperti darah dalam badan. Kita jarang akan dapat jumpa dia. Tapi dia akan mengalir keluar bila kita terluka. :)

ayk said...

jom baca sakit jantung , kencing manis , sakit lutut ,