3 April 2012

Sebuah ungkapan

tautan by As |||

tautan, a photo by As ||| on Flickr.

TERIMA KASIH

Dah sangat biasa dengar. If zaman klinikal kat hospital lagilah biasa. La ni masuk kerja kat sekolah lagilah biasa. Anak-anak murid asyik cakap;

"Syukron wa jazakillahu khairan kathiran!"

It's a prayer somehow, nak-nak bila anak-anak kecil bersih daripada dosa duk cakap. Hopefully insyaAllah.

Kat madrasah kami, selain mengajar akademik dan dinniyah, semua guru wajib mengajar Al-Quran setiap pagi selama sejam pada kelas mentee masing-masing. 5 kali seminggu kiranya.

Alkisah aku dapat 15 orang kanak-kanak lelaki hyperactive riang gembira Darjah 1. Semua guru pun pening kepala nak kontrol depa sekelas. Termasuklah yang menulis ni.

Kanak-kanak aktif tu biasa lah kan, just that depa ni memang luarbiasa osem! Hoho. Inilah ujian dunia buat aku yang kena ngadap depa 5 kali seminggu. Hehe.

Dah berbagai cara guna untuk ajaq Quran kat depa, dan untuk make them menjadi soleh sedikit dengan status kanak-kanak. Time Januari dulu lagilah dasyat. Skang ni much much better then before.
*Tu pun still dapat komen berjela daripada para guru, ngeh ngeh ngeh. Akulah guru yang hampeh.*

Korang takyahlah suggest pape, ni dah bulan ke4, dah berbagai cara guna. Semua yang orang suggest so far dah guna. Cuma bukan tulah topik utama kali ni.

Ni cerita utama dia, beberapa hari lalu, lepas habis kelas Quran tiba-tiba ada sorang kanak-kanak duk cakap berulang-ulang.

"Terima kasih muallimah ajar kita ngaji. Terima kasih muallimah, terima kasih ajar ngaji."

Dia sebut ni dengan gaya kanak-kanak dan sambil sibuk buat kerja lain, tapi nada dia serius.

Aku pulak time tu yang sedikit tercengang, speechless dan segala rasa yang sukar diungkapkan...

Mungkin ketulusan pengucapan dia tu yang dah sampai ke tangkai hati aku. Airmata bergenang dalam hati. *Erk?*

See, message terima kasih tu sangat biasa diterima dan biasa di dengar. But..still a short and a very simple message berjaya menakluk sekeping hati guru.

Yup, berjaya. Walaupun akulah guru yang hampeh itu.

Nakal macam mana pun, still aku akan sentiasa rasa bersalah dan question back to myself. Aku ni dah bebetul fulfill amanah aku pada anak didik ke? Pada sekolah dan paling utama pada Tuhan. Dengan sakit kronik ni, masalah tidur dan kesakitan telah berjaya juga membuatkan aku buat sekadar mampu sahaja dalam melaksanakan tugas seorang guru.

Pada mata manusia lain maybe aku ni buat ala kadar jelah hatta aku buat sehabis airmata darah dah. Hehe. But still amanh sebagai pendidik tuh... T___T

Oke, again rasa nak sekeh diri sendiri. -_-

Aku pernah mintak tender resign sebab kadang time aku kesakitan super duper yummy, aku tak mampu kontrol anak-anak dalam kelas sampai ganggu kelas sebelah menyebelah.

Still...ada solution aku rasa..tapi tulah. Dia sebaik-baik Penolong. Walaupun orang cakap aku tak cukup kuat lagi lawan sakit, masih bermanjaaan. Baiklah. Baiklah.


*Btw, anak-anak, teacher mintak maaf.* T__T



9 comments:

fuad ansari said...

sedih pulak rasanya baca entri ni...

sabar ye.. masing2 dengan ujian tersendiri.. tidaklah Allah swt membiarkan seseorang berkata, aku telah beriman, tanpa Allah swt menguji mereka..

moga ilmu yg bermanfaat tu nanti jadi saham buat kehidupan akhirat yg cemerlang..

(",)

Anonymous said...

salam....first thanks a lot...sejujurny air mataku terus mengalir tatkala membaca coretan ini..ape yang akak tulis memang lahir dari lubuk hati akak sendiri n ijam tahu akak memang seorang yang sangat tabah!!..:)ada sedikit persamaan...dah feeling dah...:0 habis la..setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya...mungkin ada hikmah mengapa ALLAH mempertemukan ak dengan kak as..kerana ALLAH menemukan ijam dengan seorang yang hebat! :)..like my mum!!so, ijam pun mesti boleh buat!! yang pasti ALLAH menyayangiku kerana sentiasa memberi aku peluang n ruang untuk aku berubah n mencari sinarNYA....always..syukur ya ALLAH.. aku telah dapat sesuatu...

Mindaberbisa said...

InsyaALLAH dipermudahkan selepas menulis entry ni. :)

As said...

Fuad

True enough. Moga jiwa-jiwa jadi besaq dan lapang. ;)

***

Ijam

Semua perkara even tiny things ada hikmah kan my dear :)

***

Pencari Allah
Allah tu sentiasa permudahkan jalan, sama ada dalam kita sedar atau separa sedar..it's how we wud take it positively kan :)

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

melakukan kebajikan takkan pernah 'melukakan'.
teori terbaik untuk kawalan kelas adalah pengalaman. lalui sahaja segala kritikan dan kesakitan tersebut secara optimis. as mampu menghadapinya kerana as memang antara yang terbaik

As said...

As tak mampu kawal not becoz of pengalaman. Since as berjaya kawal kelas2 lain.

Cuma this one class. Sebab hari2 as too weak *sebab tak rested malam* dan sedang kesakitan.

Where on earth nak korek energy to control kanak2 if tak mampu nak nyaringkan tone suara dan follow depa serata kelas. :)

Anonymous said...

Boleh tak kak nak bagi cadangan. Untuk mengawal sebuah kelas kita tak perlukan suara yang nyaring.

Ya kak tak melalui apa yang as lalui. tapi akak rasa akak tahu karenah anak-anak hyperaktif. mereka tak boleh di didik dengan suara yang keras atau nyaring tapi as buat begini.

entah lah as cuba dulu..

as pandang mereka setiap kali mereka buat bising.. pandang tapi jangan keluar suara pun satu pun ..insyallah berkesan..

try lah dulu.. jangan putus asa sayang.. as masih hijau dalam dunia pendidikan.. mencuba semua cara adalah pengalaman yang terbaik dalam hidup.. no body perfect ..kita harus mencuba sehabis baik.. Insyallah. kak sendiri di blog banyak pendekatan di gunakan untuk memberi kefaham HIV. insyallah cuba yang terbaik ..pasti boleh!.

As said...

Kakak, tu antara kaedah pertama yang As guna. Dan masih guna. Tak berjaya pun.

Till now as bukan jenis nyaringkan suara dalam kelas, sebab suara as memang tak nyaring pun :D

ayk said...

jemput baca supplement ibu mengandung , sakit tapak kaki , punca sakit belakang , kaki bengkak