24 September 2011

Seorang wanita

Hasil foto usai peperiksaan paling akhir dalam sejarah ijazah muda


Entah, entri kali ini mungkin berbaur luahan seorang wanita itu. Andai ramai yang membaca, mungkin sisi-sisi tepi kehidupan dapat dilihat dengan minda yang lebih terbuka.

Aku sebagai wanita, orang sekeliling tidak akan bertanya tentang sumbangan aku pada masyarakat. Persoalannya lebih berkisar pada jodoh dan perkahwinan.

Sewaktu sedang belajar persoalan lebih kepada seputar perkara akademik. Baikkah atau bagaimana? Jika baik maka mereka tumpang gembira. Bila sudah habis belajar, soalannya sudah bekerja kah? Jika bekerja jurusan berbeza daripada kursus yang diambil, orang akan kata, kenapa ambil kursus yang susah dapat kerja?! Bila sudah kerja, orang akan tanya bila mahu kahwin?

Tapi soalannya takkan habis di situ. Kemudian isunya masuk perkara anak pula. Soalannya takkan pernah habis. Ramai manusia jadikan jawapan "sudah" sebagai kayu ukur kejayaan sebuah kehidupan seorang wanita itu.

Manusia, seringkali memandang pada hasilnya. Dan Allah memandang hanya pada usaha. Ada orang usaha sedikit tetapi dapat lebih. Ada orang usaha kuat habis upaya namun hasil tetap setakat cukup makan. Itulah indahnya pandangan Ilahi. Dan manusia akan terus dengan padangan mereka pada hasil, dan juga anugerah2 peringkat keduniaan yang seseorang itu sandang.

Berkisar tentang jodoh, usia aku masuk arena kemuncak pertanyaan dan suruhan untuk berkahwin. Normal. Cumanya seikhlas hati aku katakan, mahu petik calon sesuka hati bukan semudah memetik cili di tangkai. Dan masak spagetti jauh lebih mudah.

Apatah lagi dengan keadaan aku yang begini. Yup begini. Chronic pain yang jika aku sebut ramai akan ternganga apakah alien yang aku sebutkan tu. Yes, kalau rajin sila google Fibromyalgia. Kesakitan sepanjang masa di semua tempat serta emosi yang selalunya tidak stabil. Memang penat weh jika orang tu nak jaga aku dan ada di sisi tiap masa. Penat tengok aku. Which sepatutnya menjadi penyejuk mata pendamai hati. Yes, tiada siapa yang sanggup untuk me-mampu-kan diri.

Sukar nak cakap, tapi untuk memudahkan cerita supaya orang faham, aku akui aku setuju dengan kata-kata kamu. Seperti yang kamu harapkan, aku juga inginkan seseorang yang boleh bersama memikul beban kesakitan yang aku lalui tiap hari, seseorang yang boleh aku berkongsi derita, seseorang yang boleh memberi bahu menadah tangisan kesakitan aku saban waktu.

Memang mudah dan indah jika nak cakap, "mesti ada punya seseorang yang akan tahan semua ni dengan kamu". "Bila kahwin nanti akan lain, dia akan support kamu sepenuhnya tiap masa". Dan pelbagai lagi ayat2 indah. Indah. Imaginasi manusia memang hanya mahukan yang indah2 belaka.

Tahukah kamu bagaimana teruknya kesakitanku tiap saat dan tika? Tahukah kamu bagaimana emosi boleh bertukar deria? Seringkali waktu aku kesakitan dan kemurungan, sahabat2 terpaksa menarik aku kemas dalam dakapan hangat meredakan kepiluan dan kekusutan di jiwa. Dan biasanya tangisan aku akan terhambur di bahu mereka. Yup, aku menulis dengan birai mata menakung air, jiwa menahan sebak.

Kerna itu aku sentiasa berfikir, manusia, sejauh manakah mampu bertahan dengan emosiku yang selalu tak stabil. Manusia, sekuat manakah dia akan bertahan untuk menjaga seorang yang sentiasa kesakitan. Pasti ada masanya turut sama melenting dan meluah rasa perit menjaga seorang pesakit. Apatah lagi jika impian dan harapannya pada sebuah perkahwinan adalah yang indah dan mahukan seorang pendamping yang mampu memberi segala keperluan jiwa.

Tidak bermakna aku katakan mereka tidak baik. Dan tidak bermakna aku sahaja yang betul. Cumanya menjaga isteri yang sakit juga adalah ujian besar buatnya. Pasti dia akan jatuh jua pada kemuncak kepenatan. Penat emosi mungkin. Kerana fitrah kita ini yang cenderung untuk jadi begitu. Fitrah. Bukan salah seorang suami itu. Ia hanya fitrah.

Sahabat2 ku sudah masuk ke era pelepasan mungkin. Setelah perjalanan meraih sebuah ijazah sarjana muda berakhir. Maka berakhir jua kepenatan emosi mereka melihat diriku yang sentiasa kesakitan. Berakhir jua kepenatan pada sebuah penjagaan yang hampir sempurna buat sahabat yang sakit. Seriyes, aku selalunya untuk menjaga diri pun masih fail akibat kesakitan ini.

Jadi sejujurnya, aku tidak mahu menambah beban buat seseorang. Seseorang yang akan terpaksa menghadap diriku hampir tiap masa. Aku tidak mahu menyukarkan kehidupan seorang dia. Kerna apa yang dia damba selayaknya ada pada wanita-wanita yang jauh lebih baik. Yang tidak punyai sakit kronik sebelum perkahwinan. Jika sihat di awal perkahwinan, sayang dan cinta boleh meresap. Kemudiaanya waktu sakit, hati lebih terbuka untuk menjaga, kerana sayang yang beraja. Aku kira tidak mampu seketul hati itu untuk tiba-tiba menjaga isteri sakit yang baru hendak dikenali hati budinya. Boleh jadi anjakan paradigma begitu. Terkejut juga.

Aku sebenarnya sudah penat mahu menerangkan. Maka kamu baca sahajalah di sini. Mungkin kamu ada fahaman dan pendirian kamu, bahawa ia akan jadi yang indah-indah sahaja pasca perkahwinan buat seorang wanita yang sakit kronik sepertiku. Itu fikir imaginasi kamu. Bagaimana dengan logiknya?

Terima kasih atas segala perhatian daripada kamu atas kesakitan dan perlunya pada sebuah perkahwinan aku.

Demikian hidup ini adalah tautan daripada segala rasa. Tapi percayalah kesakitan yang diberi adalah kerna dia mahu kita sentiasa mengingatiNya. Dia mahu kita sentiasa merasa perlu kepadaNya..

Sepertinya perjuangan itu takkan berakhir, hingga kedua tapak kaki kita menginjak ke syurga..
Mahu ku singkap tabir hatiku yang kelabu, moganya ada ruang untuk cahayaMu!


p/s: Bila sudah habis ijazah muda, soalan seterusnya, bila mahu sambung belajar? -__- manusia...takkan habis.



9 comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

tanpa luahan, ianya tetap difahami.
apa2pun Allah yg lebih mengetahui yg terbaik utk kita.
semoga terus sabar & tabah selalu.


insya-Allah saya akan kongsi pengalaman lebih detail melalui emel

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Sobri said...

sayu hati itu memang takkan bisa pergi ke pinggiran...kerna punya kau hati yang sepi hatta sakit dalam diri yang tak bertempiran lari. namun bisa melangkah kerna-Nya itu, pasti manis rasa seteru darinya takkan bisa haus. dan akan memahami dikau pada deretan langkahan berikut-nya, yang usai ujian dari-Nya penuh dengan cahaya yg senantiasa suluh jalan hidupmu. semoga terus di pimpin. semoga terus dipelihara. usah gusar! kerna siapa pilih untuk percaya maka getarannya takkan bisa himpit setelah buka ia dengan jiwa yg menyala!!!

akubukansesiapa.. said...

Bertahanlah..bertahanlah sehingga ke nafas terakhir...kesusahanmu didunia InsyaAllah akan menjadi kebahagiaanmu di akhirat..percayalah..yakinlah..redhalah..bahawasanya Allah lebih sayang kamu dari hamba2nya yg sihat.. mmg diakui,bahu yg memikul lebih berat dari yg melihat. Tetapi yakinlah juga, ganjaranmu kelak akan lebih berat dari mereka yang melihat. Kesakitan adalah sejenis makhluk. Dan makhluk itu lemah. Yg kuat hanyalah Allah yg Esa. Pandanglah kesakitan itu hanya sekadar impulse2 yg bergerak melalui neuron2 pain di badan kita. Hanya sekadar sejenis makhluk ciptaan Allah yang hanya mengikut turutan PenciptaNya.. Binalah kekuatan dengan iman, sabar, doa dan solat. Semoga kamu akan terus diberi kekuatan untuk menghadapi hari2 yang mendatang.. dikala kamu merasa sakit. Wallahua'lam

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

jenjalan lagi ziarah as...

Anonymous said...

semoga Allah Memberi rahmat kepada kita

Anonymous said...

Tiba-tiba malam ni saya rasa nak membebel.. kalau bebelan saya malam ni macam tak kena mohon teguran dari semua pihak :)

Saya bukanlah siapa-siapa untuk berkata-kata tapi insyallah kita semua di sini saling berkongsi kesakitan walaupun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..

Bila kita berkata tentang ujian .. tentulah ujian dari Allah lah yang menduga kita .. tidak sehebat seseorang andai di sijil dan kertas peperiksaanya semuanya A tapi ujian dunia ianya lemah.. ujian dari Allah ini datang pelbagai cara..

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Ya, ujian Allah itu hanya untuk orang yang sanggup memikulnya
Jadi berbahagialah orang yang di uji Allah kerana anda adalah golongan yang mampu dalam menerima ujian ini.

Sahabat, pandanglah ujian ini sebagai kifarah dan rahmat Allah kepada kita lalu titipkan rasa syukur terhadap rahmat Allah yang lain Insyallah kebahagian itu akan dapat kita rasakan, walaupun kebahagian itu kecil di mata sahabat-sahabat kita yang lain namun besar buat kita.. Insyallah.

Pandanglah dunia ini hanya sementara dan pinjaman lalu kehidupan akhirat merupakan sebuah kehidupan yang abadi lantas jika kita merasa sedikit kekurangan berbanding yang lain insyallah hati kita merasa sedikit tenang walaupun hanya beroleh sedikit kebahagian.

Jangan sesekali berputus asa terhadap rahmat Allah

Allah SWT berfirman (artinya), "Mereka menjawab, 'Kami menyampaikan berita gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa.' Ibrahim berkata, 'Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-Nya, kecuali orang-orang yang sesat'." (Al-Hijr: 55-56).

Allah SWT berfirman, "Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).

Tanamkan dalam hati yang kita ini sentiasa di kasihi dan di rahmati oleh Allah dan jangan sesekali kita berputus asa terhadap rahmat Allah..kerana Seperti mana dalam firman Allah dalam Hadith Qudsi : "Aku adalah apa yang hambaku sangkakan, dan Aku akan selalu bersamanya selama ia mengingatku"

Jadi bersangka baiklah kepada Allah.. yang jodoh pertemuan, ajal dan maut itu di tangan Allah.

Sangkalah yang saudari as akan berjumpa jodoh dengan orang yang hebat, mempunyai jiwa yang besar dan kasih sayang.. kerana apa sangkaan kita ialah doa kita.

Kami di sini mendoakan yang terbaik buat saudari..

Berjalan di bumi Allah di bawah lindungan keyakinan terhadap pencipta kita, berbahagialah kita dengan hati milikNYA. Isyaallah..

Insyallah saudari saya yakin Allah akan memberikan saudari jodoh yang terbaik buat saudari. Insyallah :) YAKIN! YAKIN YAKIN! =)

saya kalau kecewa saya selalu pesan dekat diri saya yang Allah akan bagi rezeki yang tidak di sangka-sangka kepada saya.. hehe XD

setakat itulah dari saya, andai post saya ni mengguris hati saudari ampun dan maaf dipinta tiada niat untuk mengguris hati saudari ini hanyalah post memujuk buat saudari

saya suka menyarankan kepada kawan2 wanita saya supaya membaca buku "jangan bersedih wanita". satu buku yang baik untuk memujuk hati wanita, buku yang begitu santai tapi dapat tenangkan hati seorang wanita.

:) :) :)

moga Allah tetapkan hati kita kepadaNya..

dari Anonymous one