taken 12th ramadhan, we at the beach watching the sun rising.
Jika cinta, katakan cinta. Jika sayang, katakan sayang. Fuh. Cam ape je.
May Allah shower us with His barakah. We have met, and been together in this world, in the journey towards Him. He, who has guide us to this path, to here we are.
Kita semua telah bersatu hati dan sama-sama berjalan ke arah mencari redhaNya. Dialah yang selayaknya dipuji atas segala kurnia kebersamaan ini.
Even so, jalanan kita ini, kebersamaan kita ini, pasti takkan sunyi daripada liku liku kekeliruan, noda dan ujian dalam persahabatan. Namun tetap, hati ini mahu mengatakan, jiwa ini kasih keranaNya.
Kata orang, mencari kawan itu mudah. Namun sahabat sukar dicari. Jauh perjalanan, lama kehidupan, barulah ketemu sahabat sebenar. Namun syukur atas kurniaanNya, sahabat sebenar sahabat, ada disekeliling diri ini.
Sesungguhnya orang yang beriman tu, bersaudara kan (Al hujurat:10). Persahabatan, teman, kasih sayang, rasa ambil berat, this is all a gift from God. This is among the hikmah stated in Al-Quran.
"Walaupun kamu membelanjakan (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. "
With this I understand, pertautan hati kerana selain Allah tidak akan menyatukan hati-hati manusia. tidak akan...hmmm...
Bersahabat kerana Allah, syarat ke syurga. Oh mengapakah...
Kita tidak akan masuk syurga kecuali apabila kita beriman. Dan kita ni, tidak dikira beriman selagi kita tidak saling berkasih sayang. Dan nabi tanyakan pada sahabat-sahabat, nak tau tak apa yang boleh kamu lakukan supaya kamu saling menyayangi?
"Sebarkanlah salam di antara kalian."
Fuh, kan best gi mana-mana semua saling bagi salam. And this is very RARE.
And last, one of the form of love between us all. To think of them secretly in prayers. Dan ada malaikat di sisi yang akan sentiasa menjawab doa kita
"dan untukmu jua apa yang kau pinta."
Rasulullah mengibaratkan Muslim sebagai satu tubuh, di mana seluruh tubuh akan merasa sakit apabila satu anggota merasa sakit..
Allahumma solli 'ala Muhammad ~
Aku bermohon padaNya, moha dihimpunkan kita semua di Jannatul Firdaus yang tertinggi, menjadikan perhimpunan kita, perhimpunan yang penuh kasih sayang. Sedangkan perpisahan kita adalah perpisahan yang bersih daripada dosa.
2 comments:
gambar yg atas tuh.. gempak gileee!!!
body not in profile. jatuh sket saham lawa die cekgu emran :)
Post a Comment