21 August 2010

11 pergi dan yang berbaki

taken last February

Sekejap saje sudah 11 Ramadhan, dan hari ini hari kedua as mencari sendiri juadah berbuka. Hari-hari yang lepas semuanya atas bantuan rakan-rakan. Ramadhan kali ini, macam-macam terjadi, admission to ward and all.

But alhamdulillah Allah panjangkan nyawa kita untuk sampai ke hari ke11 ramadhan ni. Sedang antara ramadhan yang lepas dan ramadhan tahun ini, sudah berapa ramai yang telah pergi meninggalkan kita. Tapi Allah panjangkan umur kita untuk mengecapi bulan nikmat ini...

Dalam ramadhan,
amalan sunat = pahala mengerjakan amalan wajib
amalan wajib = pahala mengerjakan 70 'ibadah wajib di luar bulan ramadhan
[HR ibnu khuzaimah]

Mengecapi nikmat tu bolehlah di analogikan dengan, menghirup dalam-dalam udara sahur, menghirup dalam-dalam udara malam-malam ramadhan. Cuba kamu tarik nafas dalam-dalam sekarang, nikmat kan..? Sebab biasanya kita tak bernafas sepenuhnya pun. Kan?
Cuba kamu tarik nafas dalam-dalam setiap kali di mana-mana tempat, serius mesti ramai suh kamu pergi hospital check dada :D

Untuk ramadhan yang berbaki, kejarlah apa yang telah luput daripada kita pada 11 hari yang telah berlalu. Belum terlambat. Jangan tunda-tunda. Ini as pesan pada diri sendiri dan ajak kawan-kawan semua.. Boleh aa kita masuk syurga sama-sama kan. Ameen :D

"Ya Allah, aku berlindung daripada merasa mulia dan agung di dalam jiwaku sendiri. Sementara di dalam jiwa orang lain, aku kecil dan hina." [doa Hassan Al-Basri]

wallahu'alam..

2 comments:

~candlesky~ said...

:)
Moga ini bukan Ramadhan terakhir..
Andai ini yang terakhir, moga ini yang terbaik.. Ameeeen

Emran Mohd Tamil said...

terima kaseh utk ingatan...