1 August 2010

it's your day

It's your special day. Might be the last that all 4 of us could celebrate together. Our prayers would follow your footsteps. Keep on walking, Love.

Untuk sahabat yang disayangi..

Pada ulangtahun ke23,
pada jiwa yang menjengah pertambahan usia,
pada usia yang semakin bertambah kurangnya,
dan pada kaki yang kini memijak akhir tahun pengajiannya..

Moga Allah rahmati perjalanan usia,
diberkati ilmu yang di dada,
dikuatkan semangat juang menempuh jihad menuntut baki ilmu tahun akhir, ditegarkan hati untuk terus mengejar kejayaan, kejayaan abadi di sisiNya.

Moga gelaran wanita solehah jadi milikmu teman..dicintaiNya jua dikasihi seorang mujahid yang bakal menemani titian baki usia perjalanan, menebar mawaddah dan rahmah pada dirimu, dirinya, dan permata2 yang bakal dilahirkan.

Daku serahkan segala harapan ini dalam tanganNya. dan daku serahkan kamu dalam jagaanNya.

Remember, WE love you~!

Buatmu sahabat-sahabat. Jauh dan dekat. Kenalan jauh dan rapat. Alam maya dan realiti.

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang

Ampunilah daku dan sahabat-sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu. Wahai Tuhan yang maha penyayang!

6 comments:

bawangmerah said...

kak as, comelnya gambar last tu!

As said...

adik bawang
atas suratkhabar pun layan je :) hehe

Kelon Eric Bana said...

gambax last tu best!

aKuPm said...

so sweet...both of u!

Emran Mohd Tamil said...

besday wawa ker... waahhh... epi besdayyy...

Emran Mohd Tamil said...

arinie besday As plak ekk.. epi besday!