14 September 2009

maen bunga api

dan maen mercun

sebelum-sebelum ni aku macam rasa geram biasa-biasa je kat budak-budak yang main mercun. Sebab free-free je aku dapat heart attack bila dengar bunyi berdentam-berdentum.

Sakit jiwa dan raga serta bakul-bakul sampah kat uamh ni. Haihh...
Tapi camne-camne pun aku okay lagi kot.

Tapi bila bunyi mercun tu berdentam berdentum, time aku betul-betul baru lepas susah payah tidurkan bayi yang duk menangis sungguh-sungguh hati, aku ada gak rasa cam nak gi sekeh je sorang-sorang budak-budak tuh. Berapi kejap kot..kesian kat budak-budak kecik dapat yerkejut tengah tidur, menangis kuat.

Haih geram nih geram..

Tapi aku fikir-fikir balik, watpe aku nak gi sekeh budak-budak tu, baik lah aku gi sekeh mak ayah budak-budak tu yang pergi biar anak-anak merayau malam-malam buta duk main mercun merata. Yang paling best, siap main sama-sama ngan anak-anak.

Yelah nak main takpe, main lah yang biasa-biasa, bungan api sudah untuk hiburkan si kecil. Ini tak..haiyoh~!

Duhai Ibu, Duhai Ayah...~!!
Sedarlah..mengertilah...ajarilah..didiklah anak-anakmu jadi insan yang berguna....
melentur buluh biarlah dari rebungnya..
ha amik satu peribahasa yang orang guna dalam karangan PMR je kot.
tapi tak bermakna dah jadi buluh takleh nak didik lagi..jangan putus asa..

Semuanya..segalanya..bermula daripada Ibu dan Ayah...bermula dari rumah..I believe in this. Aku tak peduli korang nak bangkang ke ape..tapi cubalah korang fikir sendiri secara logikalnya perkara ini... ^_^

haih..malas nak berleter kat blog neh...tapi perlu kot kadang2 kan :P

aku nak ucap kat korang,
berhati-hatilah
beringatlah
mungkin semua sedang mood hari raya
jangan abaikan baki-baki yang tinggal
baki-baki ramadhan
yang mungkin tidak akan lagi nkita temui akan datang..

wallahu'alam

9 comments:

Anonymous said...

teringat cerita saidina umar senyum diam saja bila isteri dia meleter

As said...

huhu....senyum saje as..
sekali sekala dalam sebulan bising2 kan :D

tusky said...

mercun...
lame dah xmaen..
jom..:)

al-ikhsan said...

=)

masa saya balik kampung sat aritu, dekat surau ada sorang mamat(abang?) yg dlm 20s. dia ajak borak so saya layan je lah.

tup2, borak sampai part main mercun. dia dah excited cerita pengalaman dia main mercun, jual mercun etc2 n sampai dia somehow somewhat tanyalah saya;

"main mercun ke tak?"

selamba saya jawab;

"dah besar dah pun. tak main lagi dah.."

muka dia terus berubah menjadi sedikit kelat!

=)

Unknown said...

owh dah tulis kat blog :D

Fatin Baharum said...

agree, agree..
tp, ibu ayah saya dah marah, anak dia degil..
anak dia kate, xmeriah raya kalo xdengar mercun..
so? mari, tolong sekeh anak ibu ayah saya boleh.. hhee`

Anonymous said...

Haha. San budak matured. Tak main mercun dah ^-^

Part mercun ni memang satu perkara yg mengujakan lah bagi keseluruhan family diya *rasa mcm pernah blog psl ni. Tambah pulak, takde baby2 kecik, jd tak worried sgt. Tapi, yg pastinya diya setakat berani main bunga api jelah. Kalau mercun tu tengok dari jauh pun dah menjerit mcm org terkena histeria ngah3. Pernah sekali, bebudak [org dewasa pun termasuk sekali] main mercun sampai terbunyik alarm kereta dengan sendiri nya. Kira macam kereta pun pandai melatah jugak la. Hahaha *okay, tak tahu apa motif cerita semua nih

=))

CAHAYA said...

teringin nak main bunga api. yang normal punya, bukan yang meletup2.

Salam Aidilfitri. Maaf kalau ada salah silap yer.

Unknown said...

salam perjuangan...

dah lame tak singgah...

ada satu kali tu tengah kitorang solat terawih kat surau depan rumah budak-budak baling mercun masuk surau time tengah sujud...

huhu, habis melatah orang tua2...

haisyes, sabo je la... :(