25 September 2009

post-raya

pulang ke rumah seminggu puasa dan seminggu beraya
banyak pulak yang aku tiba-tiba pelajari
dan juga tiba-tiba dapat keazaman
dan merubahnya dengan tindakan sendiri
barulah namanya kata dikota
aku bersyukur ^_^

haih
pelik neh
tapi bagus pe kan :D

esok pergi ketemu abang
yang bakal jadi suami orang
moga Tuhan permudahkan urusan pernikahan pagi-pagi esok
seperti mana ibu dan ayah juga yang memudahkan segala bicara

daripada perkenalan awal 2009
pertunangan awal agustus
dan pernikahan di akhir september
aku terasa betapa Tuhan memudahkan
dan me-wasilah-kan kepada kedua ayahanda dan bonda kedua belah pihak lelaki dan perempuan
untuk memudahkan urusan pembinaan baitul muslim
atau orang-orang kita kata
nak bina masjid lah

bagi aku
tak perlu pertunangan yang berzaman
kerna mungkin membawa kepada sesuatu yang tidak pasti
aku agak aje
yang tentunya, segala takdir daripada Tuhan
kita manusia berusaha sedaya kita
kan..?
usaha tu takdelah nak suh kau beria-ia pergi cari calon
tapi berusaha mempersiapkan diri kita dari segala segi
itu usaha la kiranya
ape daa~

makin nak kahwin
abang makin lain
makin buat kami selalu terharu
makin kerap kol umah
dan segala makin yang boleh

harapnya segala keperitan yang lepas
tertanam dan terkubur
dengan kebahagiaan masa hadapan
moga pernikahan itu merubah diri ke arah yang lebih baik
itu doa kami sekeluarga untuk kau, abang.
ameen.


nota 1: erk sape2 ada kontra pendapat dengan aku, maaf zahir batin
nota 2: erk aku tak cakap kau aku dengan abang, mau kena sekeh nanti. hehe.

p/s: erk..entry ni ada berbaur emosi kah? gulp... :D

8 comments:

CAHAYA said...

Best pe dpt belajar perkara baru. Apa2 pun yang baik amalkan, yang x elok sempadan kan. ye tak?

Nasihat diri sendiri sebenarnya ni.

'atiqah said...

baca entri nih, teringat semula kenangan yang akak lalui hampir setahun yang lalu..em,cepat masa berlalu..Alhamdulillah, ALLAH ada untuk sentiasa 'betulkan' langkah..=)

Best wishes for the bakal-suami-orang tu =) Barakallahu laka, wabaraka 'alaika wajama'a bainakuma fil khair.ameen

Eid mubrak as..kull 'am wa anti bikhair..salam untuk ibu dan yang lain2 tau =)

KNOWLEE said...

1) Entri tak emo lah...

2) Pendapat akak pun lebih kurang. Bertunang tak perlu lama2 sbb kata org, bertunang ni darah manis. Itu kata orang. Seeloknya pernikahan itu dicepatkan kalau dah cukup segala.

izzati.abdullah said...

ucap selamat pengantin baru kat abang ye!

AnjeRuby a.k.a Kak Abell said...

selamat hari raya as...as bila nak bertunang..hehe

DK said...

Selamat pengantin baru in advance to ur abang. Mungkin abang As sedang dlm proses nak membentuk diri jadi ketua keluarga yg baik nanti =)

zahidzuhri said...

lama tak berkunjung ke blog As. Selamat hari raya maaf zahir batin ;) Jodoh dan rezeki setiap orang lain, tapi harapnya dapat jadi semudah dan se'ideal' abg as ;p hehe.. Doa dan usaha kena diteruskan, untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan yang abadi...(macam lirik nur kasih plak,hehe)

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

wow