31 August 2009

9 pergi, 10 sedang, dan yang berbaki akan..

Ape.....31 Ogos?


Bukan2...

Sekejap saje sudah 10 Ramadhan, alhamdulillah Allah panjangkan nyawa kita untuk sampai ke hari ke10 ramadhan ni. Sedang antara ramadhan yang lepas dan ramadhan tahun ini, sudah berapa ramai yang telah pergi meninggalkan kita. Tapi Allah panjangkan umur kita untuk mengecapi bulan nikmat ini...

Dalam ramadhan,
amalan sunat = pahala mengerjakan amalan wajib
amalan wajib = pahala mengerjakan 70 'ibadah wajib di luar bulan ramadhan
[HR ibnu khuzaimah]

Mengecapi nikmat tu bolehlah di analogikan dengan, menghirup dalam-dalam udara sahur, menghirup dalam-dalam udara malam-malam ramadhan. Cuba kamu tarik nafas dalam-dalam sekarang, nikmat kan..? Sebab biasanya kita tak bernafas sepenuhnya pun. Kan?
Cuba kamu tarik nafas dalam-dalam setiap kali di mana-mana tempat, serius mesti ramai suh kamu pergi hospital check dada :D

Untuk ramadhan yang berbaki, kejarlah apa yang telah luput daripada kita pada 9 hari yang telah berlalu. Jangan tunda-tunda. Weih, Aku pesan kat diri sendiri ni, kalau kamu nak ikut sukatilah. Boleh je. Boleh aa kita masuk syurga sama-sama kan. Ameen :D

"Ya Allah, aku berlindung daripada merasa mulia dan agung di dalam jiwaku sendiri. Sementara di dalam jiwa orang lain, aku kecil dan hina." [doa Hassan Al-Basri]

wallahu'alam..

25 August 2009

hati yang aku mohon

dinihari
hati memandang sepi pada diri
memohon pada Rabbi
jika tidak diberi kesembuhan pada kesakitan
maka mohon diluaskan keimanan dalam hati
dalam merasai kesakitan ini
supaya lebih tegar..

dalam rasa lemah dalam diri dalam hati
cuba terus menggali mencari
kekuatan yang mungkin ada tinggal berbaki
mencari dan masih mencari..

dinihari 4 ramadhan 1430H

23 August 2009

awal ramadhan


jangan mudah rasa selesa dengan semangat kita hari ini
ini baru permulaan pada sebulan perjalanan mencari taqwa
dan makna diri
moga kita sama-sama terus tabah dan tenang :)

satu ramadhan
aku dan keluarga sibuk menguruskan urusan pernikahan dan majlis walimah abang
moga dimudahkan urusan pembinaan ikatan suci :)

ramadhan kareem~

16 August 2009

bertentangan

5-6 hari yang lepas ditimpakan sedikit kesusahan yang biasanya tiada dalam hari-hari biasa
2 hari lepas seolah terlalu mudah untuk mendapat kesenangan..

hati gugup rasa gundah gelana
kenapa
kenapa
rasa tidak gembira pada kesenangan yang satu ini
hati hairan
dalam dilema
perlukah diteruskan atau fikiran panjang diperlukan lagi

fikir fikir dalam degup hati yang faqir
cuba meraih ketenangan atas apa yang diperlakukan
bersyukur hati tidak mudah rasa selesa
tidak mudah rasa gembira
atas kesenangan dunia yang sementara cuma..

alhamdulillah syukur.

ini keywords untuk kita bersama:
jangan mudah rasa selesa
jangan mudah putus asa

10 August 2009

mari kita kongsi

tips-tips inshaAllah berguna dengan musibah H1N1, dengan keyakinan kita padaNya

1. sentiasa berwuduk - lancarkan oksigen di seluruh badan dan bertindak sebagai anti-oksidan, jugak automatik bersihkan diri kita daripada germs

2. tidur awal (memulihkan oksigen dalam tubuh) dan bangun awal (oksigen terbaik pada jam 4am ++)

3. kerap mandi sampai rasa sejuk betul - bekalkan oksigen dari luar badan ke dalam badan, juga mengelakkan kekeringan air dalam badan

4. Banyak minum jus buah untuk kansel kan virus-virus seperti H1N1. If im not mistaken there's a research shown that H1N1 boleh ter-delete with fruit juices. dan ini pernah terjadi pada salah seorang pesakit yang amalkan. Time ada sore throat je terus amalkan minum jus apple and orange non stop sampai kebah demam/batuk/flu.

5. Banyak kan berdoa sama-sama kita...dan yakin dengan ketentuanNya =)

aku sebagai health care practitioner, malas dah nak pesan tip-tip saintifik seperti kerap basuh tangan, etc. Cuma aku nak pesan kalau kamu berada di tempat terbuka, tak perlu pakai face mask sebab virus/germs dah mati di udara pun.

Hanya kalau kamu bernafas dalam bilik yang sama seper di ofis, kelas etc, pakailah kalau nak pakai. Hanya face mask yang style ganas sket tu je yang berfungsi, yang tebal keras tu, tahu?Kalau kamu pakai face mask yang ala-ala kat hospital tu cam tak function kot untuk kes ini..

kita berusaha, kerana mencegah itu lebih baik..

wallahu'alam

p/s: credits to ustaz2, and Dr Nor Hisham (pengasas rawatan komplementari islam)

9 August 2009

tentang bayi itu

my beloved nephew, currently one month old

aku sangat sukakan bayi. aku ingin punya hati yang tulus mulus sepertinya, hanya ketenangan tiada sengketa di hati.

paling istimewa, mereka adalah makhluk yang diciptakan Tuhan untuk manusia merasa kasih dan membuatkan sesama manusia semakin menyintai.

__________________________________________________

aku memandu melepasi satu kawasan tempat letak kereta perlahan-lahan, mata terpaku pada seorang bayi di atas dukungan seorang lelaki. Sungguh comel mulus dengan mata memandang sekitar, usia 5 bulan aku kira.

aku senyum bahagia. hati aku memang mudah lemah dengan wajah seorang bayi. kami bergerak lagi, aku memandu perlahan-lahan mengikuti arus. tiba-tiba mata terpaku pada tangan lelaki yang mendukung bayi itu.

dan senyuman aku terus berubah. wajahku mencuka seketika. di jari lelaki itu terselit sebatang rokok. mendukung bayi sambil merokok. damn~

aku terus berpaling, tak sanggup mata ini terus melihat. aku cukup anti makhluk pembunuh yang satu ini. sangat-sangat anti jika mereka mengaut sama manusia sejagat untuk mati bersama mereka.

aku letakkan kereta di suatu tempat. kami berjalan. dan sekali lagi kami melepasi lelaki yang masih sedang mendukung bayi sambil merokok itu. aku pandang...dan tiba-tiba aku lihat bayi itu terbatuk-batuk teruk berbunyi kahak.

aku sebak. kesian bayi itu, baru sahaja mengenal dunia sudah terdedah kepada maut buatan manusia. aku serius sebak. tolonglah, kamu memang tak gunakan aqal kurniaan Tuhan kah?

6 August 2009

Ini musibah besar....akhir zaman aku kira, pastinya.

Dulu aku bahagia betul di tempat aku sambung belajar ni, tempat berbukit dan penuh pokok-pokok..bukak jendela pagi-pagi, nampak berkabus sejuk udara nyaman..

Selama dua tahun lebih..

Tiba-tiba pada hari tersebut, aku mula perasan kabus-kabus itu masih wujud walaupun sudah tengahari. Haih, hairan nih. Dan hari ni jam 6 pagi aku bukak tingkap, penuh berkabus....
tapi kenapa berbau asap eh?

Hah, rupanya jerebu. Yosh...waktu aku pulang dari kelas di jalan hospital petang tadi serasa hidup diselubungi asap, semua nampak sangat kelabu, mata ni macam dah makin rabun. Heh. Tekak pedih.

Bencana apakah ini.....hairan nih tempat berhutan macam tempat aku belajar jadi mcam ni..

Dan..semua orang duk heboh pasal H1n1..dah memang itu yang menular kini. Rata-rata institusi pengajian tinggi dah diberi cuti. Universiit aku masih tegar walaupun penuh students yang suspected dan kena kuarantin.

Setakat hari ini hanya tinggal 3 fakulti yang masih sepenuhnya beroperasi, yang lain sudah selamat di rumah. Yang sakit tinggal untuk kuarantin, yang sehat pulang ke rumah.

Dan fakulti aku akan tetap tegar beroperasi. Kami perlu mengejar silibus untuk semester ini yang akan tamat pada pertengahan ramadhan, inshaAllah. Jadi kami tak boleh cuti. Minggu hadapan sudah bermula peperiksaan pertengahan semester. Kawan2 sekelas yang perlu kuarantin pun terpaksa ke kelas untuk pembentangan dan peperiksaan, aku kesian betul kat mereka.

Sejak isnin lepas aku rasa sunyi semacam je kampus aku. Minggu lepas dan minggu ini semua sedang berbondong-bondong pulang. Dan aku tetap rasa taknak cuti walau fakulti bagi cuti. Sebab jadual kami pasti akan huru-hara nanti. Tapi setakat ini aku bersyukur la sebab tak cuti lagi.

Bak kata seorang pensyarah, jika kamu pulang hari ni sampai seminggu, kalaulah hari terakhir cuti tu kamu infected, kamu pulang ke sini, lepas tu kena bagi cuti semula plak. The cycle goes on. Betul jugak sebab benda ni tetap akan menular. Menular dan menular sampailah vaksin ada.

Aku pelik jugak kat UK dah distribute vaksin di pusat membeli-belah..vaksin tak sampai msia lagi ke atau ada akta pape?
Aku blur betul bab nih.

Then aku duk fikir2, benda ni makin dasyat, betul tak? Kalau makin dasyat makin dasyat....pusat beli belah kena tutup, kedai2 tutup....petrol station tutup...lalu bagaimanakah?
Haih INI BENAR-BENAR MUSIBAH AKHIR ZAMAN...

hanya bagi mereka yang mahu berfikir...

sedikit fakta berbeza yang aku tahu:
- tempat terbuka tak perlu pakai mask, sebab virus mati dulu di udara. Tempat tertutup, si sakit perlu pakai mask, orang2 yang demam etc.
- basuh tangan dengan kerap ye!
- minum air banyak2 =)
- berdoa...yeah!

wallahu'alam......

5 August 2009

Early in the morning


I browse thru my gmail inbox this morning, and I came across an email from her.

What she did is really unexpected, and I do appreciate all the beautiful words...very much.

But...for my dearest friends out there..I dun mind if u did not wish me anything, seriously. Even that it doesnt matterat all to me, still that, everytime i received those wishes from friends and people whom close to me, it really brighten up my day =)

Many Thanks ^_^

I think all of us feel the same, everyday everytime we need energy to go on life. And only with few words from friends and family, would enlighten the day..

Thus, let us say positive words everyday to each other....is it..??
hehe

it depends on the condition..aite? =)
I do believe it's one of the way for meditation :P

wallahu'alam


p/s: bunga atas tu untuk kalian semua ok!

3 August 2009

rentetan entry lepas

klik on image to enlarge

boleh klik sini
pasal entry lepas

btw...aku macam sangat blur..dan sangat seram nak klik link http://blogger.com kat chrome aku ini. Tataulah kenapa, sebab aku boleh bayang berapa banyak update dari kalian yang aku belum klik..dan berapa kerat aku update bulan ini.

Haih..

tapi jangan risau, aku klik dan baca kamu punya, cuma aku tak klik untuk komen :)


Erm...apa kata kamu klik je sini, hari-hari kot aku update :D
hehe

take care