11 June 2011

Jika itu dalam redhaMu

Kerap kali berbicara dengan Tuhan, sudah pasti. Talian percuma yang sepatutnya direbut setiap jiwa insan. Sejak bertimpa dugaan tentang hubungan saya dan insan mulia. Mohon ditunjuk jalan kebaikan serta dibukakan jalan tenang.

Hati pasti tertanya, jiwa pasti mahu koreksi. Apa kesilapan yang boleh dibaiki, apa kelemahan yang mampu diatasi.

Hari ini Jumaat, rezeki mendengar khutbah solat Jumaat ulamak yang disegani di negeri Terengganu ini.

Hanya mendengar dari jauh sebagai golongan yang tidak diwajibkan solat Jumaat ;)

Seputarnya kisah dakwah kekasih Allah, Rasulullah s.a.w di Taif. Terasa hati sepertinya disiram dengan air. Seolahnya diubati dengan takdir Allah hari ini.

Akibat dilukakan dan ditindas di Taif, baginda berdoa,"Ya Allah, Engkaulah Tuhan mereka yang lemah dan yang ditindas. Kepada siapa Kau tinggalkan aku? Adakah kepada mereka yang tidak mengenaliku atau kepada musuhku. Jika tiada murkaMu, maka aku tidak bersalah. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat. DaripadaMu jualah aku ditimpa kemarahanMu atau murkaMu. KepadaMu lah aku tetap merayu hingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau."

Rasulullah s.a.w yang penuh sifat kasih tidak pernah menaruh dendam apatah lagi mendoakan keburukan kepada mereka yang pernah menyakiti Baginda.

Kesakitan itu neither forgive nor forget. Perkara sakit bukan mainan apatah lagi boleh direka. Hanya yang pernah merasa kesakitan chronic mampu menyelami. Juga buat hati yang mahu memandang dengan iman.Saya cuma mengharapkan luka ini tidak terlalu dalam. Memaafkan itu pasti buat insan yang dimuliakan.

Jika itu yang Kau redha, maka aku redha Ya Allah. Sembuhkanlah hati hambaMu!

Ya Allah...saya dapat ubat hati yang indah hari ini. Pada Yaumul Barakah! Subhanallah, Allah sangat baik! :)

4 comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

bergenang kelopak mata lelaki tua ini membaca luahan as.
doa sentiasa mengiringi.
Alhamdulillah, sekurang-kurang ada nada postif di hujung ayat.

Anonymous said...

As, gambar-gambar yang dihasilkan oleh As tak pernah "sakit" mata ini memandang :)

wawi said...

apakah saya mampu bertahan kalau saya di tempat awak.....

btw, tahniah untuk karangan yang sentiasa berjaya mencuit hati pembaca :)

anugerah dari Dia untuk awak meluahkan apa yang terpendam di jiwa..

Unknown said...

As, kfi kenal As rapat juga kan? kfi cam najwa, As mungkin kita jarang bercakap, maafkan kfi kalau lupa-lupa ingat ye..