I believe, our perception towards life would turn 360 degrees once we have our own child.
Dia hadir dalam hidup kami kira-kira tahun 2009. Kakak meminta ibu menjagakan si kecil ni di rumah ibu. Sejak itu saya berhidup dengan dia. Saya kerap pulang ke rumah kerana rindukan dia. Saya sanggup berjaga malam untuk dia. Saya menangis bila dia kesakitan. Saya menjerit haru bila badannya biru. Saya rasa kehilangan dunia bila dia berhenti bernafas buat seketika.
Kehadiran dia cukup membuatkan hidup saya turn for at least 270 degrees. Ibu banyak mengajar saya tertib menjaga bayi, perkembangan bayi dan sebagainya memandangkan ibu mengambil kursus khas penjagaan dan pendidikan awal bayi/kanak-kanak. Saya banyak belajar pelbagai details tentang bayi. Itu antara ilmu tak ternilai yang saya dapat sepanjang dua tahun ini, melalui pengalaman/praktikal sendiri. Tambah pula pada umur yang sudah begini, maksud saya umur yang lebih akan menjiwai kasih sayang pada seorang anak. Yup, saya menyayangi seperti anak sendiri.
Bukan itu perkara utama yang mahu saya kongsi. Sebenarnya kehadiran si kecil memberi saya satu erti lain yang sama tak ternilainya. Menjiwai penghargaan pada ibu dan ayah. Saya selalu ingat ayat yang selalu ibu bisikkan sambil tersenyum,
"Now you know how hard it is for us to raise you up."
Saya senyum. Dengan kehadiran dia menjadi wasilah (cara) untuk saya sentiasa berfikir dalam tentang pengorbanan ibu dan ayah. Banyak mengubah cara saya menunjukkan penghargaan, cara saya ketika mahu meninggalkan rumah dan sebagainya. Dia adalah satu hikmah.
Tiada apa yang menyenangkan hati seorang ibu melainkan melihat anaknya mendahulukan Allah dalam tiap perkara. Saya kira itulah balasan terbaik yang mereka mahukan, doa yang tidak putus daripada anak-anak yang soleh solehah.
Saya hanya mahu menyeru, berbaktilah kepada kedua ibu bapa tika mana wajahya masih dapat kita lihat di depan mata. Tunjukkanlah rasa kasih kita, rasa sayang kita. Luahkanlah rasa penghargaan, ucapan terima kasih dan permohonan maaf kita tiap kali mahu meninggalkan rumah. Kucuplah pipi ibu pipi ayah, dahi ibu dahi ayah. Peluklah erat tika mana dia masih mampu membalas pelukan kita.
Jangan biar masa berlalu sebelum sempat ibu dan ayah merasakannya. Jangan nanti ibu dan ayah pergi diambil Allah ke alam abadi tika jiwa kita yang masih lalai akan tanggungjawab terhadap mereka.
Moga Allah mengampuni atas segala kekhilafan saya sebagai seorang anak. Jua sebagai seorang hamba yang sentiasa lupa.
__________________________________________________________________
Ya Allah Ya Tuhanku,
cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku
seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil
Ya Allah
rendahkanlah suaraku bagi mereka
perindahlah ucapanku di depan mereka
lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
lembutkan hatiku untuk mereka..
Ameen.
8 comments:
ameen..
:)
sangat beruntung Allah memilih anda untuk punyai pengalaman dan perasaan ibu2 menjaga anaknya :)
Ameen...
Ya Allah comeinya dia...!
nampak cam sihat je.
melihat baby secomei ini sakit, terasa diri sanggup menjadi galang gantinya.
moga si comei hensem ni beroleh syifa' dan cemerlang dunia akhirat.
p/s-
"Ya Allah
rendahkanlah suaraku bagi mereka"
sy xleh cenggitu dgn mak sy as...
akhir2 ni mak tak berapa dengar,
kena cakap kuat2.
ckp pelan2 mak marah.
kalau dia tengok tv, satu rumah volume bergegar.
tahan jelah telinga.
kalau jenjalan dgn mak, kdg2 org jeling tengok sy cakap kuat2 dgn mak.
he3...
an apple of the eyes. :)
take care of yourself, kakak! :)
eh, comel betul gigi dia. dia masih di bawah jagaan parent As ka? saya pernah berpisah dari Azkiya selama dua minggu, terus rasa macam nak pitam jer dunia.
terus decided, kalau apa2 hal, kami tak akan letak beban jaga anak pada mak dan ayah. mesti jaga sendiri. walaupun parent insist nak jaga, tapi jaga baby sebenarnya sangat leceh dan payah.
dengan keadaan mak saya yang tak sihat, post chemo, saya tak mahu letak beban pada ibu bapa.
sebab, dulu diorang dah sangat payah nak besarkan kita.
wallahualam. sekadar pandangan.
eh, kenal tak mahani course pharmacy batch As kot? dia kawin dengan lab mate saya.
Kelon Eric bana
alamak...as tak kenal pula :)
betul tu pelbagai orang pelbagai pandangan :)
mashaAllah,
baby mmg sgt chomel,kan!=)
btw,baby dlm pic tuh umur setahun lebih ea?nmpk mcm 8 gigi.he2
apepn,all the best in ur life!
Post a Comment