15 June 2011

Hati, sila duduk diam.

final concerto by As |||
final concerto, a photo by As ||| on Flickr.

Bolak sana. Bolak sini.

Itulah hati yang sentiasa berbolak-balik. Hangatnya bumi disinari mentari moga sejuk tenggelam dalam kegelapan malam. Tapi kadang-kadang ada jugak sinar cahaya bulan bulat penuh dalam sebulan, cerah memberi cahaya.

Hati yang terluka. Hari ini kita memaafkan, ada masa kita menangis kembali teringatkan peristiwa lepas. Hari ni kita dapat HIV +ve sebab kecuaian manusia, esok lusa kita rasa sakit sangat di dalam dada mengenangkan sikap para perawat di hospital. Lusa kita maafkan kembali. Minggu depan rasa sakit terluka akan kembali.
Hehe tok guru pinjam cerita buat masuk script sket :)

Begitulah hakikatnya hati. Yang sangat memerlukan bantuan Ilahi untuk tetap padaNya. Tiba masa macam ni, boleh pulak hampir terlupa kita ada Yang Maha Mendengar dan Memberi.

Wahai Tuhan pemilik segala hati, yang membolak-balik kan hati ini, tetapkanlah hati ini kepadaMu, supaya tetap pada apa yang diredhaiMu.

Lemah. Itulah hakikat manusia. Seorang hamba yang lemah, yang sentiasa memerlukan Ilahi. Tapi ada masa kita menyalahgunakan amanah dan tanggungjawab yang diberi hingga memberi kesan kepada hambaNya yang lain. Di saat itu nantikan sahaja neraca milik Allah di akhirat nanti. Manusia yang ditindas akan datang pada kita menuntut kebaikan yang ada untuk dimasukkan ke dalam akaun mereka.

Allah, tunjukkan keadilanMu. Tidak di sini, di akhirat nanti daku menanti. Neraca timbangan di negeri abadi. Hidup di dunia yang sementara, apalah yang ada pada kuasa dan nama. Hanya Kau Yang Maha Mengetahui segala isi hati.

Kat sekolah universiti sebelum ni aku banyak berlakon. Berlakon kuat, tabah dan tak nampak sakit supaya tiada siapa risaukan atau tanya ape2 pasal kesakitan. Aku cuba yang terbaik dan tidak pernah berjanji untuk menjadi perfect dan perform. Maka itulah aku. Sebaik dan seadanya, hanya buat mata-mata hati yang mahu melihat. Then, apa orang-orang mahu claim pada aku, aku serah antara dia dan Ilahi.

Hati yang terluka, hati kan. Da pujuk dia okay. Bila teringat akan terasa balik. So kena pujuk lagi dan lagi.
Sama macam taubat, taubat kemudian terbuat dosa lagi tiap hari. Taubat lagi dan lagi. Dan Allah menyukai orang-orang yang bertaubat banyak kali (Al-baqarah:222)

Ampunkanlah dosa-dosa hati yang berbaki, Ya Allah. Bantulah kami melupakan kesedihan di hati dan tanamkanlah rasa gembira menanti wangian syurga Firdausi.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." [3:139]

3 comments:

mutiara bd said...

BEST

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

bce n3 as ni sebenarnya sejak awl posting smlm mlalui hfon
tpi baru skang sempat komen.

setiap kali bce n3 as, ianya mbuatkan sy bfikir.
byk perkara yg sy fikir.
mbaca n3 yg ini lagilah byk yg sy fikir.
cuba menyelami & memuhasabh diri.
merebut sgala yg positif.

w/pun masih muda,
sbg slh seorg yg byk mhadapi ujianNya,
Allah kurniakan as dgn keistimewaan tertentu utk myentuh, mnasihati dan menenangkan hati rakan2 senasib.
syukur alhamdulillah.

peringatan utk sendiri juga, kan :)

spakara yg pasti hati mmg sentiasa dibolak-balikkan.
"allazi yuwaswi fi sudurinnaas"
sama ada oleh jin dan manusia yg mengapi2kan & mengadu domba.
kita perlu sentiasa mendidiknya.

t kasih atas ingatan yg sungguh bmakna.

"Berlakon kuat, tabah dan tak nampak sakit supaya tiada siapa risaukan atau tanya ape2 pasal kesakitan."- hati di dalam siapalah yg tahu...

maaflah kalau komen pjg sgt, :)

As said...

Mutiara Bad
:) setia yang mengharukan. He.

AHP
BEST!